Tuesday 4 June 2013

Akademi Fantasia Kembali Lagi ? ? ?

Bismillahirrahmanirrahim . .

Assalamualaikum . lately ni kalau bukak TV saluran Astro , mesti ada iklan pasal uji bakat Akademi Fantasia . adakah AF akan kembali lagi ? nampak gayanya macam tu la . takkan la pihak Astro buat ujibakat tapi tak ada rancangannya kan  ? ?



dulu kata AF9 dulu yang penghabisannya . lepas tu dah tak ada dah AF-AF ni . tup tup after a few years , dia mai balik pulak . motip rancangan ni dikembalikan , Wallahu'alam . hanya pihak yang berkaitan sahaja yang tau . adakah sebab permintaan daripada peminat rancangan AF itu sendiri ? hmm , entah laah . banyak probability kenapa rancangan AF ni nak kembali bersiaran . relevankah rancangan ni dikembalikan lagi ? fikir fikirkan lah . setiap orang ada pendapat masing masing . .

lepas ni , ramai yang berpusu pusu nak pergi audition AF tu . sekarang ni terlalu ramai penyayi segera kat Malaysia ni . popular sekejap , lepas tu senyap jee . tapi bila tengok iklan kat TV , konsep kali ni macam lain sikit sebab sebelum ni penyanyi solo je kan ? tapi kali ni duo pun boleh join . mungkin nak lari sikit daripada konsep biasa . sekarang ni pun tengah busy audition , maybe dalam sebulan dua lagi , keluar laa program ni kat TV nanti . so , kita tengoklah nanti macam mana perjalanan program ni nanti . 

Okay , thats all for now
Thank you

Assalamualaikum 

Monday 3 June 2013

Minggu Yang Agak Busy . .

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . dah lama sangat rasanya tak menulis kat blog ni . actually , banyak benda yang nak ditulis kat sini , tapi macam tak berkesempatan nak menulis . Ingatkan nak menulis minggu lepas tapi bila nak mula menulis ada je benda . minggu lepas penuh dengan kerja katering . hari Isnin sekali . lepas tu sambung dari hari Khamis sampai la Ahad .

Hari Isnin okay . sebab tak banyak sangat kerja . Hari Khamis sampai Ahad tu yang agak busy . pagi Khamis Andak call suruh ke Tapah . katanya mintak tolong pasang kain untuk khemah orang kawen . 2 tempat pulak tu . satu tempat 6 khemah . satu lagi 8 khemah . banyak gila . pergi dari pukul 1 , balik rumah pukul 2 pagi . lama kan ? ? esoknya pulak , pukul 8.30 pagi Cik Nor call suruh datang balik ke Tapah untuk sambung pasang kain kat tempat lain . lepas dah siap pasang kain sambung pulak kerja kerja memasak untuk katering pulak . 

Hari Sabtu pulak , masak katering untuk kenduri kawen 1000 orang . dari tengah hari Sabtu tu sampai pukul 2 pagi . kerja saya , potong bawang , buat preparation untuk memasak , cuci ayam , senang cerita kerja kerja penyediaan saya dengan sorang lagi pekerja , Kak Intan . agak memenatkan + tak cukup tidur . 



Subuh Ahad sambung balik kerja kerja katering . masak untuk hidangan pengantin . saya dengan kak Intan dipertanggungjawabkan untuk menghias + menyediakan hidangan pengantin . haa , nampak senang tapi memerlukan kreativiti (kreatif la sangatkan) and Alhamdulillah , semuanya okay . lepas dah beres tu , kena pergi ke tempat orang kawen tu hantar makanan dan kami la penanggahnya . kerja punya kerja punya kerja , selesai lah sudah kenduri kawen orang tu . lepas tu sambung pulak kerja kerja membasuh pinggan , periuk belanga semua . basuh punya basuh , semuanya selesai dalam pukul 8 malam . sampai rumah , mandi lepas tu teruih tidoq . ganti balik tidur yang tak cukup 3 hari tu dan sekarang baru berkesempatan untuk menulis . Alhamdulillah , rezeki cuti sekolah ni . ada la sikit nak buat belanja . boleh tolong mak sikit sikit kan . heee . 

Okay thats all for now 
Thank you

Assalamualaikum