Tuesday 21 May 2013

Review Movie : Star Trek Into Darkness in 3D . Memang Awesome !

Bismillahirrahmanirrahim . .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . baru baru ni saya dengan kengkawan pergi tengok wayang . kami pergi tengok cerita Star Trek Into Darkness . cerita dia memang best , awesome and gempak ! memang hebat la omputih ni bila buat movie fiction science . real habis ! okay , ni nak cerita sikit macam mana jalan cerita dia . actually , saya tak berapa pandai nak mengulas satu satu benda ni . but , I'll try my best . In shaa Allah . . 



before that , (ceewaah ! mentang mentang baru lepas tengok movie omputih , terus kau nak speaking ye shida ) saya nak introduce beberapa pelakon utama yang dah menjayakan cerita ni . kalau nak listkan semua pelakon yang ado , memang tak mampu la . antara pelakon pelakonnya adalah :

  • Chris Pine - James T Kirk
  • Zachary Quinto - Spock
  • Eric Bana - Nero 
  • Karl Urban - Dr. Bones
  • Simon Pegg - Scooty
  • Zoe Saldana - Uhura
  • John Cho - Sulu
  • Anton Yelchin - Chekov
  • Benedict Cumberbatch - John Harrison a.k.a Khan
cerita dia mula cenggini . Kapten Kirk and the gang ada misi yakni dia kena selamatkan penduduk orang asli daripada letusan gunung berapi kat sebuah planet tah apa namanya . dalam nak menyelamakan orang asli tu daripada musnah kena letusan gunung berapi , Spock dah ditugaskan untuk masuk ke dalam gunung berapi untuk membekukan api gunung berapi tu . Spock nyaris nyaris tak mati sebab ada complication masa nak jalankan tugas dia tu . then Kapten Kirk selamatkan dia . disebabkan Kirk ni dah langgar undang undang @ arahan pihak atasan , dia hampir dilucutkan jawatan . sebabnya , si Spock sendiri yang melaporkan kesalahan Kirk kat pihak atasan . masa ni hubungan persahabatan antara Kirk dengan Spock hampir rosak la . 

 Kapten Kirk ^^
 

Spock yang hanya fikir ikut logik -_-


 the 'dalang'


tapi disebabkan ada satu tragedi berdarah , hubungan Kirk dengan Spock kembali baik sebab diorang kena bekerjasama untuk menjejaki siapa dalang di sebalik tragedi berdarah tu . maka bermulalah misi Kapten Kirk dan anak kapalnya bersama kapal USS Enterprise . dalam nak menjejaki dalang kejadian berdarah tu , macam macam masalah dan konflik yang timbul . kalau nak tau cerita selanjutnya , silalah ke panggung wayang yang berdekatan dengan anda . haha . 

keseluruhannya , cerita ni memang awesome ! terdapat mesej yang baik yang boleh kita ambik dalam cerita ni . nilai nilai kemanusiaan , persahabatan , kasih sayang , dan pengorbanan . Kapten Kirk sanggup langgar arahan daripada pihak atasan semata mata nak selamatkan Spock . Kapten Kirk juga ada buat pengorbanan besar dalam nak menyelamatkan anak kapalnya daripada bahaya . so far , this movie is not bad . lepas dah tengok movie ni , saya baru dapat tau yang cerita Star Trek ni cerita yang jenis berfrancais ( ketinggalan betul kau ni shida) 

so , kepada sesiapa yang kaki wayang tu , yang minat cerita cerita action ni , saya sarankan korang tengoklah cerita ni . lagi best kalau tengok yang 3D punya . memang terbaik ! tak sia sia bayar tiket harga RM16 . memang berbaloi ! :D


Okay , thats all for now
Thank you

Assalamualaikum    

11 Things About Me .

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera . saya telah ditag oleh Kimi Jamai untuk join satu permainan ni . nama permainan tu seperti yang tertera pada tajuk . yeah , 11 things about me . apa nak tulis 11 benda pasai diri saya ? kadang kadang , saya pun tak paham dengan diri sendiri . haa macam mana tu ? haha . okay , setiap permainan mesti ada peraturan dia kan ? so , ni dia peraturannya : 

1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.

set , peraturan pertama sudah diikuti . sekarang move on ke peraturan yang kedua pulak . tulis 11 perkara tentang diri anda . okay , ni serba sedikit tentang diri saya :




  1. seorang pencinta kucing
  2. sangat suka kepada bayi dan kanak kanak
  3. anak ketiga daripada 4 orang adik beradik
  4. lahir tahun 1993
  5. kurang berminat dengan warna pink
  6. suka dengan aktiviti lasak / extreme
  7. tak pandai bawak kereta 
  8. fobia dengan anjing
  9. lepasan STPM
  10. kuat makan (lebih lebih lagi dah tak sekolah ni)
  11. tak suka dengan binatang yang tak ada tulang belakang @ jenis yang lembik lembik
haa dah lepas dengan peraturan yang ke 2 . so , itulah serba sedikit about myself . sekarang ni nak jawab pulak soalan dari Mr. Kimi Jamai yakni orang yang telah menge-tag saya untuk join program ni . so Kimi , ni ha jawapannya ^^ 

1. Nama penuh hgpa ?
  ~ NurHashidah binti Zulkefli

2. Umur ? 
  ~ 19 tahun 5 bulan .dah habis jujur dah . haha

3. Buah kegemaran dan kenapa ?
  ~ buah mangga sebab dia sedap

4. Selalu dak datang blog Kimi ? sebab .
  ~ selalu sangat . sebabnya best baca tulisan dari Kimi . 

5. Bila Accident yang paling teruk dan langgar apa ?
  ~ paling teruk yang pernah kena masa Form 2 masa nak balik sekolah . motor yang langgar sampai guling guling tengah jalan

6. pernah nampak hantu ? hantu apa ?
  ~ tak pernah , tapi kelibat dia pernah laa . nampak sekali lalu je . tak tau pulak hantu apa

7. kalau ada buku , nak bubuh tajuk apa ?
  ~ entah laa . tak tau lagi . haha

8. suka kucing tak ? 
  ~ mestilah suka ! kat atas tu pun dah kata pencinta kucing :D

9. ayat bila angkat fon selepas bagi salam ?
  ~ tak cakap apa lepas bagi salam sebab tunggu orang yang call tu jawab salam dulu ^^

10 . teringin nak belajar bahasa apa ?
  ~ bahasa Perancis , Jepun , Arab

11. pengalaman memalukan ?
   ~ bila family cerita kisah masa kecik kecik dulu kat sedara mara . (malu gila!)

haa dah habis jawab soalan daripada Mr.Kimi . harap Kimi puas hati dengan jawapan yang shida kasi ni . haha . sekarang nak bagi soalan pulak kat rakan blogger yang akan ditag . so , here the questions ^^
  1. nama manja dalam family ?
  2. suka buat apa bila ada waktu free selain blogging , facebooking ?
  3. minat warna apa ?
  4. negeri mana yang tak pernah pergi lagi ?
  5. suka makan apa ?
  6. sudah berapa lama berkecimpung dalam dunia blogging ?
  7. suka baca blog siapa ? kenapa ?
  8. subjek yang dibenci masa sekolah ?
  9. benda yang meng-annoyingkan anda ?
  10. benda yang buat anda happy ?
  11. suka dengar lagu genre apa ? kenapa ?
itu sahaja soalan dari saya . kalau boleh sila jawab dengan jujur . heee . okay sekarang misi untuk menge-tag rakan blogger pulak . saya tag Mira , Nysa , AlynDheaMurni , Miza , AmnaAireyn , Puteri , Yayai , Wany . selamat menjawab soalan ^^

Okay , thats all for now 
Thank you

Assalamualaikum