Thursday 29 November 2012

Majlis Graduasi Dan Makan Malam Di Cameron Highland (Part 1)

Assalamualaikum . .

dalam dok tengok TV ni , tetiba je teringat pasal Majlis Graduasi dan Makan Malam kat Cameron bulan lepas . actually , ni kali pertama sekolah saya buat majlis graduasi . kiranya , kami la first batch yang buat majlis ni (bangga!) . batch sebelumnya just buat makan-makan biasa je . so , kiranya ni la kejayaan pertama PERTINAM (Persatuan Tingkatan 6) buat majlis graduasi ni . hehe . PERTINAM sekolah kami dipengerusikan oleh Shomaskumar a.k.a diva tingkatan 6 sekolah kami dan pengarah projek untuk majlis ni ialah Fadzlee atau kami panggil Cupot !

Friday 23 November 2012

saya budak baru :D

Assalamualaikum . .
okay first sekali saya just nak mention kat sini bahawa saya merupakan pengguna blog yang baru ( maaf , saya memang suka guna bahasa baku . hehehe ) saya harap sila beri tunjuk ajar kat saya yang kurang arif ni . untuk first entry ni , saya nak cerita pasal satu award yang saya tengok kat 8TV semalam . anda semua mesti tau kan award apa . pada yang tak tau tuu , malam tadi ada SHOUT AWARD ! for me takde la spesial mana pun award ni . sama je dengan award yang lain . tapi ada satu kategori ni yang buat saya tertarik . tak tau la apa nama kategori tuu tapi dia pasal pengguna media sosial like youtube semua tuu (mungkin sebelum ni dah sedia ada kategori ni , tapi baru kali ni saya berkesempatan menontonnya . *hamboi , ayat aku ) . and the winner for this category is MATLUTHFI !!! saya dengan adik saya happy gila bila nama si matluthfi ni naik . semua orang mesti tau kan siapa si matluthfi ni . mamat ni popular kat youtube . dia punya video semua best yang amat and the most important is video dia semua sarat dengan pelajaran + lawak . congratz matluthfi ! hehe rasanya cukup dulu kot untuk first entry ni . kalau ada masa , saya post lagi .

sekian , terima kasih :)