Friday 30 August 2013

Semoga Berjaya !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t . .
malam ni , bila bukak Facebook , ramai kengkawan yang update status yang menunjukkan diorang happy . yea , lagi 2 hari pendaftaran untuk program Ijazah Sarjana Muda sesi 2013/2014 . terserlah keterujaan depa . tapi saya cuma mampu jadi pemerhati sahaja . saya jugak tumpang gembira untuk diorang . kalau saya kat tempat diorang pun saya akan rasa benda yang sama . impian yang selama ni nak menjejakkan kaki ke menara gading dah tercapai . siapa tak happy kan ? well , rezeki masing masing Tuhan dah kasi . kita tak boleh nak pertikaikan .
saya ? haha , tak dapat tawaran mana mana pun . dah buat rayuan . tunggu keputusan je sekarang ni . mungkin minggu ke 2 bulan September . harap harap keputusannya mampu menggembirakan kedua orang tua . kalau tak , mungkin takde rezeki . semuanya dah ditetapkan Tuhan . kita tak mampu nak mengubahnya . kalau ada , Alhamdulillah . kalau takde , maybe rezeki saya ke arah yang lain . in shaa Allah . doakan kami yang buat rayuan ni . . .
kepada rakan rakan yang bakal mendaftar 1 & 2 September ni , saya nak ucapkan semoga berjaya . belajar sungguh sungguh , jaga diri . gunakan peluang yang ada sebaik mungkin . in shaa Allah , kalau ada jodoh , ada rezeki kita akan jumpa lagi . 
SEMOGA BERJAYA !
Assalamualaikum . .

Thursday 29 August 2013

Sambutan Merdeka Hari Ini .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang .

Assalamualaikum w.b.t

lagi 2 hari negara kita , Malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya yang ke 56 . Alhamdulillah , Allah masih kurniakan kita keamanan untuk negara kita yang tercinta ni . tiap tiap tahun , akan ada sambutan hari kemerdekaan secara besar besaran . dalam sambutan tu , akan ada perarakan , pertunjukan kereta berhias , nyanyian dan macam macam lagi . semua itu memakan belanja yang besar pastinya . persoalannya kini , kenapa kita menyambut kemerdekaan dengan cara macam tu ? kenapa kita isi pengisian kemerdekaan kita dengan cara macam tu ? adakah pemimpin dan pejuang kemerdekaan terdahulu mahu dihargai dengan cara macam ni ?



bagi saya , kita patut mengubah cara kita menghargai dan menyambut kemerdekaan negara kita ni . sering kali kita diasak dengan hiburan setiap kali menyambut hari kemerdekaan . bagi saya , yang lebih penting kita mendoakan kesejahteraan pejuang pejuang kemerdekaan kita yang terdahulu . kita selalu tengok kat tv , bila tiba hari kemerdekaan , akan ada acara Ambang Merdeka , pertunjukkan bunga api dan sebagainya . jarang sekali kita tengok kat tv orang sambut kemerdekaan dengan mengadakan bacaan tahlil dan doa selamat untuk pemimpin dan pejuang kemerdekaan yang dah gugur . adakah mereka yang dah bermati matian untuk mendapatkan kemerdekaan untuk negara kita ni mahu dihargai dengan acara perarakan , pertunjukan bunga api dan sewaktu dengannya ? ? saya rasa tidak . 

sebagai seorang anak muda , saya rasa kita perlu mengubah cara kita menyambut hari kemerdekaan . kita boleh mengisi hari kemerdekaan negara kita dengan acara bacaan Yaasiin beramai ramai , solat hajat agar negara kita ni kekal aman sentosa , bacaan tahlil dan doa selamat untuk pemimpin dn pejuang kemerdekaan kita yang dah gugur masa dijajah dulu . cara macam ni rasanya lebih baik untuk menghargai kemerdekaan yang kita ada sekarang . 

semoga kita semua mendapat keberkatan daripada yang Maha Besar . In shaa Allah . .

Salam Merdeka . .

Thats all for now 
Assalamualaikum

 

Saturday 17 August 2013

Its All About Asmaliyana Suhaimi . My New Friend .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Assalamualaikum w.b.t

aku ada seorang kawan baru . nama dia Asmaliyana Suhaimi . aku panggil dia Asma , kadang kadang aku panggil dia Ma je . aku mula kenal dia pada tanggal 4 Ogos 2013 bersamaan 26 Ramadhan 1434 H iaitu pada hari lahirnya . aku kenal dia melalui seorang kawan . pada waktu itu , kawan aku nak menyambut hari lahirnya di KFC . lalu dia mengajak aku untuk memeriahkan lagi . bermula dari situ aku mula berkenalan dengannya . 

dia seorang gadis yang manis , lawa dan seorang yang sangat baik . tak pernah lagi aku jumpa seorang kawan yang baru kenal melakukan seperti yang dilakukannya . pada malam hari lahirnya itu , seorang lagi rakanku tidak dapat menyertai sewaktu menyambutnya . selepas dia menghantarku pulang setelah berbuka di KFC tu , dia pun pulang kembali ke rumahnya dia Tapah . Jarak antara Bidor dan Tapah hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit menaiki kereta . pada jam 10 , malam yang sama , dia sanggup datang ke Bidor dan mengambil aku untuk ke rumah rakan ku yang lagi satu semata mata nak potong kek hari jadinya itu . kemudian dia hantar aku balik . sejak daripada tu , kami mula rapat .

pada raya ke 3 , dia ada mengajak untuk pergi beraya ke rumah rakan rakan yang lain . pada waktu tu , aku takde kat rumah . tapi pada raya ke 6 , dia ajak aku dan rakan ku pergi ke Ipoh untuk berjalan jalan . biasalah orang muda . hee . sepanjang kami berjalan kat Ipoh tu , kalau boleh , semua benda dia nak bayarkan . aku hanya mengeluarkan duit untuk membeli makanan aku dan dia dan membayar tiket wayang . tu pun aku berkeras dengan dia untuk aku bayar sendiri . kalau tak , semuanya dia nak bayar . bagi aku , itu tak cukup . kalau boleh aku nak membayar duit tol , duit minyak , duit makan ( ye , kamu ada makan lagi selepas tengok wayang .

keeseokkannya pulak , kami keluar lagi . kali ni pergi ke open house rumah cikgu . then , kami ke KFC pulak . tu pun dia ada belanja jugak . aku sampai segan dengan dia . tapi dia tak kisah . 

keesokkannya lagi , kami keluar lagi . kali ni ke rumah open house kawan pulak . selepas tu kami berjalan jalan . dalam jalan jalan tu , ada je benda yang dibelikan untuk kami . ye . bila aku menolak , dia akan memaksa untuk menerimanya . aku bertambah segan . sepanjang kami keluar , hanya dia sahaja yang mengeluarkan wangnya . aku menjadi serba salah . 

aku bercerita bukan untuk menunjukkan betapa kayanya dia atau apa . cuma aku terfikir , kawan yang aku baru sahaja kenal , sanggup buat macam tu . kalau sudah lama kenal takpe la kan . selalunya , kalau orang yang baru kita kenal , dia takkan buat macam ni . tapi dia tak . dia sangat berbeza . 

pada hari yang kami keluar bersama tu , aku ada meluahkan satu perkara kat dia . entah kenapa , aku boleh menceritakan apa yang terpendam kat dalam hati aku selama ni kat dia . aku rasa sangat selesa dengan dia . dan dia juga ada memberi nasihat tentang perkara yang aku ceritakan padanya . kini , aku mula sayang pada dirinya . sayang sebagai seorang sahabat . aku harap dia juga rasa apa yang aku rasa ni . 

terima kasih ALLAH sebab Kau kurniakan seorang sahabat yang baik ke atas diriku . ditambah perkenalan kami itu , terjadi pada bulan Ramadhan . bulan yang baik . pasti ada hikmahnya di situ . aku mengharapkan perkenalan kami akan berterusan sehingga hujung nyawa kami . in shaa ALLAH . .

luahan rasa tulus dari hati . . .

HASHIDAH ZULKEFLI  . . 

Friday 16 August 2013

Percy Jackson - Sea of Monster .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t


Hari Selasa lepas , saya , Asma dan Faqeh pergi Jusco Ipoh . saje je jalan jalan time raya ni . agenda utama nak pergi tengok wayang . masa perjalanan lebih kurang 1 jam . jauh tak nak pergi tengok wayang ? hehe . well , nak buat macam mana . dok ceruk mana la nak ada panggung bagai . so , di sini nak cerita kan cerita apa yang kami tengok semalam . kami tengok cerita yang diinspirasikan daripada novel . bukan novel melayu , tapi novel omputih . Percy Jackson . bukan love story , tapi action movie . mula mula saya dan Asma tak tau nak tengok cerita apa . tanya si Faqeh , dia pun tak tau . last last kami decide nak tengok cerita Percy Jackson – Sea of Monster . selesai beli tiket , ada banyak lagi waktu lapang . memandangkan time tu kami ada masa lebih kurang satu jam , kami pergi la solat dulu then have a lunch . around 2.50 pm , kami pun masukkan kedalam panggung , hall no 3 . (perlu ke bagi tau hall berapa shida oi ? ) bila masuk je , tengok tengok ramai gila manusia kat dalam tu . agak full jugak laa . so , ni nak cerita la sikit macam mana jalan cerita Percy Jackson ni . so , here we go . .




Cerita ni mengisahkan tentang Percy , Luke , Annabeth , and Thalia yang berasal daripada keturunan tuhan zeus , Poseidon and …. (lupa dah apa namanya lagi satu ) kiranya depa ni separuh manusia separuh tuhan atau dipanggil ‘half blood’. Depa ni dah tak ada mak bapak dari kecik . so , depa berempat ni , hidup dalam pelarian . satu hari , ada satu makhluk gergasi serang depa . so depa kena masuk dalam satu kawasan yang selamat . salah seorang dari depa which is Thalia tu terjatuh . so , tak dapat nak masuk kawasan yang selamat sebab gergasi tu dah dekat . Thalia decide untuk lawan makhluk tu . and then Thalia terbunuh . tapi , tuhan zeus tak sia siakan kematian Thalia , maka Thalia dijadikan sebatang pokok yang mengeluarkan pelindung untuk kawasan tempat tinggal depa . dalam masa beberapa tahun , kawasan tu dipanggil Olympus dan ada ramai penduduk . ada dari species centeur , satir and macam macam lagi .



satu hari , pelindung tempat tinggal depa tu dah hancur , semuanya sebab Luke yang dah racunkan pokok Thalia . then , ada la sekor lembu jantan dah serang kawasan depa tu . macam biasa , hero cerita ni , si Percy yang dah berjaya kalahkan lembu jantan tu . then , untuk selamatkan kawasan tu , depa kena cari bulu bebiri emas yang terletak jauh dari tempat tinggal depa . bila dibuat pemilihan siapa yang layak pergi cari bulu tu , bukan Percy yang dapat tapi Clarrise , seorang yang sombong gila . tapi disebabkan ada satu ramalan , so , Percy terpaksa jugak pergi cari tanpa pengetahuan orang lain . yang ikut Percy ni , Annabeth , Grover and Tyson . Tyson ni adik kepada Percy yang baru jumpa . tapi dia dari species cyclop . cyclop ni species mata satu (dalam otak saya , yang saya tau mata satu ni dajjal je ) . si Annabeth ni tak suka gila dengan si Tyson .  dalam masa yang sama , geng si jahat , Luke pun pergi cari bulu tu untuk menghidupkan Tuhan Kronos semula . adakah Clarisse atau Percy and the gang yang berjaya dapatkan  bulu bebiri tu , atau si jahat Luke ? kenapa Luke membelot dengan Percy , Annabeth dan seluruh penduduk Olympus ? apa tujuan Luke nak hidupkan Tuhan Kronos ? kenapa Annabeth benci sangat dengan Tyson ?  and adakah pokok Thalia dapat diselamatkan dan penduduk Olympus akan selamat ?

so , kalau nak tau , kena lah tengok cerita ni kat panggung . movie ni baru je keluar , so memang penuh la panggung .. cerita dia best , banyak aksi jugak , lawak pun ada . pendek cerita memang best la untuk ditengok . dinasihatkan kepada para ibu bapa , bimbingan AMAT diperlukan kepada kanak kanak dibawah umur 13 tahun . sebab cerita ni berkisar lebih kurang kepada ketuhanan orang barat laa . so , bimbingan agama untuk yang beragama Islam tersangatlah diperlukan . itu menurut pendapat saya . so , bagi sesiapa yang tak tengok lagi cerita ni , pergi lah ke panggung yang berdekatan dengan anda . hee

thats all for now
Thank you

Assalamualaikum .  

Wednesday 7 August 2013

Kini Ku Kembali dan Salam Aidilfitri .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .

Assalamualaikum w.b.t

its been a while shidah tak menulis blog . rindu ? ? haruslah kan . . banyak benda nak diceritakan . hampir 2 bulan shidah tak menulis kat sini . well , malam raya baru berkesempatan nak buat satu entry . hehe . in shaa Allah , shidah akan terus kembali aktif berblogging . mudah mudahan . .

sepanjang lebih kurang 2 bulan ni , macam macam benda yang shidah dah lalui . daripada menjadi seorang penganggur sampai masuk ke alam pekerjaan sekejap , then menganggur balik , result upu yang agak menyedihkan , dan sekarang dah pun raya . in shaa Allah , ada kesempatan , shidah akan ceritakan satu persatu dalam entry akan datang . nak tulis semua dalam satu entry memang tak larat la kan . ni pun curi curi masa menaip entry ni . 

di kesempatan ini , shidah nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , HAPPY EID MUBARAK kepada semua blogger kat Malaysia ni . shidah nak mohon maaf kalau dalam penulisan shidah sebelum ni ada yang menyinggung perasaan sesiapa . shida mohon ampun sangat sangat . moga di hari yang mulia ni . kita mendapat keberkatan Yang Maha Esa .  in shaa Allah . .

Salam Aidilfitri :D

thats all for now 

Assalamualaikum