Monday, 10 February 2014

Kerja Oh Kerja

Bismillahirrahmanirrahim . .


Assalamualaikum w.b.t .



Jumaat lepas , Shi dengan family pergi KL . rumah kak Syanida@Alang (anak Mak Ngah Linda) . pergi sana sebab hari keesokkan harinya which is hari Sabtu Shi ada interview kerja kat pejabat Tol Litrak . Abang Arul dengan Mak Ngah LInda yang bagitau pasal kerja kosong kat situ . plus Abang Arul pun sebenanrnya kerja kat situ . so memang dapat tahu direct la . . heee



malam tu stay kat rumah Alang kat Puchong . esoknya , bangun awal pagi siap siap terus pergi pejabat Litrak tu . abang Arul yang bawak sebab senang sikit . hee . tapi kesian Abang Arul . dah la malam sebelum tu balik pukul 2 pagi sebab ada kerja mengaudit , pagi pagi dah kena hantar adik sedara dia yang noob ni haa . rasa bersalah pun ada . sorry Abang Arul . . .





okay , sampai kat office tu pukul 8 . daftar interviewnya pukul 9 . sejam menunggu . ramai jugak yang datang . masa sampai tu takde rasa apa pun . selalunya ada la rasa nervous , takut , kali ni tak . masa interview kerja kat speedmart dulu jantung ni berdegup rasa macam nak pecah . kali ni rilex je . heee . Alhamdulillah . dah daftar , mula mula kena buat ujian bertulis . dalam ujian bertulis ada 2 bahagian . satu ujian kecerdasan dengan kira kira . nama pun nak jadi jurutol kan , kena la tahu kira kira . takkan nak jadi Jurutol kena buat karangan pulak kan . ujian bertulis lepas . Alhamdulillah . lepas tu isi borang . .  dah isi borang buat pulak ujian mata . pun lepas jugak . Alhamdulillah . . 



dah buat semua ujian tu , sesi interview pulak . Shi dapat no 2 . masa interview tu , langsung takde rasa nervous langsung . tenang je . orang yang interview tu pun tak banyak tanya . masa calon pertama di interview , almost half an hour . Shi rasanya lebih kurang 10 minit je . lepas tu yang paling mengejutkan orang tu terus bagi surat tawaran kerja . masa tu memang terkejut sesangat la kan . Shi tak expect yang dia nak offer terus . selalunya dalam masa 2 minggu baru dia kasi tau kita dapat atau tidak . ni tak , on the spot dia bagi surat ! memang rasa bersyukur sangat . dah ambik surat semua , call Abang Arul kata dah selesai . dalam pukul 12 habis interview . lama gila ! rasa bersalah kat Abang Arul makin membuak la . banyak kali dia text , call kata dah habis ke belum . sorry once again Abang T_T . .



Alhamdulillah , syukur sangat sangat ! semua proses masa interview tu dipermudahkan Allah . memang mudah segalanya . termakbul doa Shi . semua orang happy . hee . lepas interview pergi Bestari Jaya ada kenduri kawen . kenduri kawen anak besan Mak Ngah Linda . on the way nak ke sana , Shi tidor je . tau tau dah sampai . makan makan , lepak lepak kejap , terus balik Puchong . malam tu tak kemana dok rumah je . petang tu pulak Mama dengan Ayah terpaksa balik sebab Acu Ani nak guna kereta . Shi dengan Ati stay kat rumah Alang . Balik dengan Mak Ngah Linda hari Ahad , Abang Arul hantar . (Abang Arul lagi . haihh ==' ) 

 yang tengah tu Abang Arul . handsome kan ? haha XD


okay , tu je untuk kali ni . Jazakallahu khair ^^,


Assalamualaikum . . 



Notes : lepas ni jadi orang Key El la pulak . haihh . doakan Shi sukses . heee 

Tuesday, 4 February 2014

Update

Bismillahirrahmanirrahim . . 


Assalamualaikum w.b.t



hye blog . lama gila Shi tak jengah awak kan ? sebulan lebih . last hapdate pun 1st January hari tu . sekarang baru nak hapdate balik ? apa ? awak nak merajuk ? alaaa jangan la merajuk . ni kan saya tengah buat entry baru ni haa . dah siap nanti saya publish ye awak *berkata seolah olah blog ni mempunyai perasaan* apa la yang buat kau busy sangat ni Shi sampai tak hapdate kau punya blog ni ? ? apa kau hingat kau ni PM ke sampai takde masa nak jengah blog ni ? *bermonolog sebentar*


actually , bukan Shi tak nak update blog ni . memang nak sangat . tapi bila dah sign in blogger , macam banyak pulak halangan . ada kerja lain lah , idea tetiba mati lah . haish . .  susah betul . sekarang ni pun idea nak menaip entry ni dah menerewang entah ke mana . okay Shi , sila jangan putus asa . teruskan . . .



ni nak cerita la sikit apa yang dah berlaku dalam hidup Shi sepanjang bulan Jan lepas . awal bulan hari tu , Shi , adik Shi , Mama , Mak Ngah Linda , Yang Aba dengan Dada pergi KL . rumah Along anak Mak Ngah Linda . pergi KL kali ni bukan untuk suka suka tapi penuh dengan misi . misi apa ? misi cari barang untuk majlis kenduri kawen abang Shi nanti . kami ke KL naik train . naik train ETS yang laju tu . laju tak laju jugak laa tapi boleh pening la bila naik train tu . mungkin sebab jarang naik kot . naik pukul 6.30pm dari Tapah Road  sampai ke Kepong Sentral pukul 8pm . sampai sana Abang Arul ambik . 





esoknya , terus menjalankan misi mencari barang kat Jalan TAR . habis semua orang diangkutnya . 2 kereta pergi ke Jalan TAR nun . kami pergi Semua House cari the stuffs sampai 2 jam tak habis habis . mak mak bila dapat membeli tak hingat dunia . dah selesai shopping kat Semua House , pergi kedai Jakel beli langsir . tu pun take time sampai sejam lebih kat kedai kain tu . mama beli langsir tak silapnya 60 metre . kak Lala pulak beli kain nak buat baju nikah . selesai memborong langsir , singgah pulak kat Sogo . Angah nak belanja kasut untuk Yang Aba dengan Mama . dekat SOGO pun sama jugak . dekat sejam lebih dok dalam tu . Shi pun ada la try kecek dengan Yan kot kot dapat pow kasut dari dia . tapi tu semua hanyalah anganku di siang hari . jenuh la pujuk , bagi alasan yang tersangat lah kukuh sebab nak kasut baru . still tak dapat jugak . dia kata nanti laa . haihh nanti tu bilaa la agaknya kannn . . .  ~~

 2 little girls with le Aunty away to KL ;)


 Masjid Besi kat Putrajaya . after dinner , Abang Arul bawak pergi lepak lepak kat Putrajaya =)


event seterusnya , kenduri Tahlil dan doa selamat kat rumah Achik Sarimah . 2 weeks after kami balik dari KL . bila kenduri , semua balik . memang meriah . tak kira lah kenduri kecik ke besor , kemeriahannya memang tak terkata . sebut je nak makan apa . terus dapat . ada je yang nak sponsor . hee . Shi hari tu request aiskrim . Achik Man beli aiskrim sampai 2 kotak . haaa , hambik . nak sangat aiskrim kan . heee . bila family kami buat kenduri , the foods memang banyak gila . hari tu je lauknya dekat 10 jenis . banyakkan ? padahal kenduri tahlil dengan doa selamat je . lauknya mengalahkan orang kenduri kawen . orang yang datang pun ramai gila . sampai tak cukup nasi . Alhamdulillah . lepas habis kenduri , petang tu pulak Yang Aba buat mi kari pulak . haihh , memang lots of food on that day . sampai tak larat nak makan . teeheee . .



and at the end of the month , result UiTM untuk second intake pun keluar . well , macam biasa jawapannya DUKACITA . sedih tu ada la sikit . tapi tak lama pun sedihnya . Shi yakin yang rezeki Shi untuk further study . hari tu dapat UniKL shi tak pergi . ada sebab yang tersendiri kenapa Shi tolak tawaran tu . =) in shaa Allah hari Sabtu ni Shi ada interview kat KL . wish me luck =D



pheww ~~ habis jugak kisah yang nak diceritakan . Alhamdulillah . in shaa Allah nanti kalau ada masa , ada kerajinan , ada cerita yang nak diceritakan , Shi akan update lagi ye blog . sampai ketemu di lain entry . Jazakallahu khair . . 


Assalamualaikum =)



Notes : actually ada banyak gambar yang dah dicapture , tapi malas nak masukkan dalam lappy ni . yang ada pun ambik dari FB . heee . peace yoww ~~