Assalamualaikum . .
dalam dok tengok TV ni , tetiba je teringat pasal Majlis Graduasi dan Makan Malam kat Cameron bulan lepas . actually , ni kali pertama sekolah saya buat majlis graduasi . kiranya , kami la first batch yang buat majlis ni (bangga!) . batch sebelumnya just buat makan-makan biasa je . so , kiranya ni la kejayaan pertama PERTINAM (Persatuan Tingkatan 6) buat majlis graduasi ni . hehe . PERTINAM sekolah kami dipengerusikan oleh Shomaskumar a.k.a diva tingkatan 6 sekolah kami dan pengarah projek untuk majlis ni ialah Fadzlee atau kami panggil Cupot !
so kami memulakan perjalanan kami pada pagi 20 Oktober 2012 . kami bertolak dari sekolah lebih kurang pukul 9.30 pagi . waktu berkumpul , saya tengok ada segelintir rakan rakan yang bawak beg macam nak pindah @ lari dari rumah ! padahal nak pergi nya 2 hari je pun . hahaha . on the way pergi sana , macam macam gelagat yang saya dapat tengok . haha .
lepas tu kami singgah kejap kat air Terjun Lata Iskandar . lepas dari Lata Iskandar tu , jalan dia , ambik kau , bengkang bengkok . pening kami . nasib laaa takde yang muntah . kalau dak , kompom satu bas berbau .
sampai je kat Cameron , kami terus pergi satu sekolah ni (nama sekolahnya udah lupa) untuk lunch . lepas lunch , kami pun gerak la ke tempat penginapan kami . sebelum kami gerak ke apartmen , kami dapat tau yang enjin bas kami tak boleh start ! alamak ! saya dah cuak laa time tu . yee laa kalau tak dapat start enjin macam mana nak balik nanti (baru sampai dah pikir nak balik . ceh ! ) lepas tuu budak budak lelaki di suruh untuk tolak bas tu beramai ramai . nasib laa bas tu boleh start dia punya enjin . kalau dak , tak tau laa macam mana . haha :D
lepas check in , kami diberi masa untuk berehat rehat . kami sewa 3 apartmen . 1 untuk lelaki , 2 untuk perempuan (rombongan ni , student perempuan yang paling ramai) lepas dah rehat , solat , kemas-kemas apa yang patut , kami pun bergerak laa kat pasar malam Brinchang . kat sana kami diberi masa lebih kurang sejam lebih . kalau dah ada kat Cameron ni , kat mana-mana mesti ada jual buah strawberi termasuklah kat pasar malam ni . saya tengok kawan saya si Ain beli banyak gila buah strawberi . macam nak bawak balik untuk berdagang . hahaha .
lepas dah 'shopping' sakan kat pasar malam tuu , kami pun kena bergerak balik ke apartmen . kami pun pergi laa cari bas . tengok tengok takde . Shomas bas ada tapi dia parking agak jauh laa . okay , so kami pun jalan laa cari bas . lepas dah melepasi bas bas yang ada kat tepi jalan tu , tak juga jumpa bas kami . ni memang jauh parking nya . lepas lebih kurang 1KM (saya rasa udah sampai 1KM pun) berjalan cari bas , barulah kami jumpa basnya ! uish , melampau betul uncle yang bawak bas ni . dok parking jauh jauh pasai apa . kesian kawan kawan yang bawak banyak barang dari pasar malam nun . terpaksa buat banyak pit stop berehat . haish ! terasa macam dah terbakar lemak lemak yang ada kat dalam badan ni . (hahaha , perasan sungguh ! ) then , kami semua pun bergerak laa balik ke apartmen untuk siap-siap untuk Dinner and Majlis Graduasi malam tuu .
Okay , saya rasa cukup setakat ni dulu . lepas ni kalau berkesempatan , saya akan continue untuk part 2 pulak . dalam part 2 nanti , saya akan ceritakan apa yang jadi kat masa Majlis Graduasi tu nanti . sekian , untuk kali ini ;)
ni lah pengerusi PERTINAM kami :)
Pengarah Projek Majlis Graduasi dan
Makan Malam kami :)
bas rosak ! tak pasai pasai kena menolak !
hahahahaha :D
ASSALAMUALAIKUM :D
Post a Comment