Monday 3 June 2013

Minggu Yang Agak Busy . .

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . dah lama sangat rasanya tak menulis kat blog ni . actually , banyak benda yang nak ditulis kat sini , tapi macam tak berkesempatan nak menulis . Ingatkan nak menulis minggu lepas tapi bila nak mula menulis ada je benda . minggu lepas penuh dengan kerja katering . hari Isnin sekali . lepas tu sambung dari hari Khamis sampai la Ahad .

Hari Isnin okay . sebab tak banyak sangat kerja . Hari Khamis sampai Ahad tu yang agak busy . pagi Khamis Andak call suruh ke Tapah . katanya mintak tolong pasang kain untuk khemah orang kawen . 2 tempat pulak tu . satu tempat 6 khemah . satu lagi 8 khemah . banyak gila . pergi dari pukul 1 , balik rumah pukul 2 pagi . lama kan ? ? esoknya pulak , pukul 8.30 pagi Cik Nor call suruh datang balik ke Tapah untuk sambung pasang kain kat tempat lain . lepas dah siap pasang kain sambung pulak kerja kerja memasak untuk katering pulak . 

Hari Sabtu pulak , masak katering untuk kenduri kawen 1000 orang . dari tengah hari Sabtu tu sampai pukul 2 pagi . kerja saya , potong bawang , buat preparation untuk memasak , cuci ayam , senang cerita kerja kerja penyediaan saya dengan sorang lagi pekerja , Kak Intan . agak memenatkan + tak cukup tidur . 



Subuh Ahad sambung balik kerja kerja katering . masak untuk hidangan pengantin . saya dengan kak Intan dipertanggungjawabkan untuk menghias + menyediakan hidangan pengantin . haa , nampak senang tapi memerlukan kreativiti (kreatif la sangatkan) and Alhamdulillah , semuanya okay . lepas dah beres tu , kena pergi ke tempat orang kawen tu hantar makanan dan kami la penanggahnya . kerja punya kerja punya kerja , selesai lah sudah kenduri kawen orang tu . lepas tu sambung pulak kerja kerja membasuh pinggan , periuk belanga semua . basuh punya basuh , semuanya selesai dalam pukul 8 malam . sampai rumah , mandi lepas tu teruih tidoq . ganti balik tidur yang tak cukup 3 hari tu dan sekarang baru berkesempatan untuk menulis . Alhamdulillah , rezeki cuti sekolah ni . ada la sikit nak buat belanja . boleh tolong mak sikit sikit kan . heee . 

Okay thats all for now 
Thank you

Assalamualaikum

2 comments:

  1. Busy btoi kwan kimi sorang ni.. jgn lupa rehat k shida.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha . Alhamdulillah , dah tak busy sangat . dah puas rehat tu yang sekali kena tu busy gila . hee :D

      Delete