Tuesday, 5 November 2013

5 Tips Ringkas Hijrah

Assalamualaikum w.b.t
 
 
dalam dok belek belek surat khabar Harian Metro hari ni , jumpa pulak satu artikel tentang tips untuk berhijrah . bila baca artikel tu , rasa macam best je , macam nak share je kat blog ni . plus , dia punya tips pun pendek , simple dan mudah difahami . dah nama pun tips ringkas kan . . takkan laa tips ringkas dia nak letak sampai 2 muka surat kan . so , benda baik ni elok di bawak kongsi sama sama . yeah , walaupun Shi tau dah ramai dah baca pasal tips ni kat surat khabar , tapi Shi still nak share jugak . ye lah kan , surat khabar tu , anytime je boleh jadi pembungkus nasi lemak , so kalau ditulis kat blog ni , dapat laa dijadikan rujukan in future esspecially untuk diri Shi ni yang still lagi dalam proses Hijrah . hee . moga bermanfaat untuk semua :)
 
 
Harian Metro : Selasa 5 November 2013
 
5 Tips Ringkas Hijrah
 
1. NIAT
Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah . perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan . Ingat remaja semua , jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima tu .
 
 
 
2. MATLAMAT
Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai . jangan meletakkan matlamat sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat . Mulakan dalam usaha yang mudah . 
 
 
3. BUANG ANGGAPAN SALAH
Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan . mungkin anda pernah beranggapan , golongan baik baik saja yang mampu memperoleh kemanisna iman sedangkan anda tidak . buang jauh jauh perasaan nagatif itu yang boleh mencacatkan semangat anda untuk melakukan penghirahan .
 
 
4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA 
Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya , bacalah buku buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat . Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah . Itulah kuasa Hijrah .
 
 
5. PEDULIKAN KATA ORANG
Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan . Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan . Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji . Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui . Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat .
 
 


Note : Salam Maal Hijrah 1435 . moga perubahan yang dilakukan ini berterusan . amiinn .
      
 
 

Monday, 4 November 2013

Abang Hafiz Dah Bergelar Suami . Weee !

Assalamualaikum w.b.t

holla ! after 2 weeks dapat balik update blog ni . ni pun balik kejap je dari Kajang sebab ada benda nak kena buat . InShaa Allah Jumaat ni balik ke Kajang balik untuk Majlis Persandingan Abang Hafiz pulak . fuh , busy jugak Shi ni kan *sila jangan poyo* . sementara dah balik ni kan , boleh la jugak share kisah pernikahan dan persandingan Abang Hafiz dekat belah perempuan kat Palong 7 . so , here we go =)


Abang nikah hari Sabtu (2112013) lepas Zohor . so kami gerak dari Kajang pukul 9 pagi .6 kereta pergi menghantar . disebabkan malam sebelum tu Shi tak tidur , maka sepanjang perjalanan Shi tidur je dalam kereta . tau tau je dah sampai kat Palong . sampi sampai je kat Palong terus pergi masjid untuk get ready nak nikah . sementara nak tunggu masuk waktu Zohor , kami sempat gila gilaan kat luar masjid . 





 


Azan Zohor berkumandang , maka aktiviti gila gilaan terhenti seketika . perlu menunaikan kewajipan dulu . hee . so , lepas solat semua dok berkumpul untuk majlis nikah . nasib baik la proses nak nikah tu lama . selalunya kalau pergi tengok orang bernikah , lama gila . banyak sangat yang ditanya jurunikah tu . tapi nasib Abang baik . kejap je . dan dengan sekali lafaz , Abang dah sah bergelar suami kepada Kak Azie ! whoa ! macam tak caya je . bergenang jugak la air mata kegembiraan . hee . so Abang , tahniah la ! sekali lafaz je tu ! hee . bukan senang kan ? hehe






haaa ! nampak muka happy Abang kat situ . hehe ;)


so , the next day , majlis persandingan . tema belah perempuan warna purple . cantik the pengantins . hee . majlis persandingan mula pukul 1.30 pm . ada la sesi menepung tawar . and for the first time , Shi menepung tawar . hahaha , macam aneh je bila Shi pergi buat benda tu . dah nama pun first time kan . mesti rasa macam pelik je , macam tak kena je . *ehhh ? ? * hahaha =D







dah selesai berjimba kat rumah pengantin , kami pun bergerak balik . Abang ditinggalkan kat rumah pengantin untuk membasuh segala periuk belanga . wahahaha XD . okay , tak lawak . 


to Muhammad Hafiz Bahari dan Noraziah Taslem , Selamat Pengantin Baru ! hujung minggu ni ada lagi sanding sanding . kali ni kat Kajang pulak . heee . Kak Azie , jaga Abang elok elok . hee . and Abang , semoga menjadi ketua keluarga yang baik dan soleh untuk isteri dan anak anak nanti . In shaa Allah . .


Note : Semoga berbahagia and cepat cepat dapat anak ! heee :D