Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah , semalam merupakan hari terakhir untuk tahun 2013 . ya , tahu . semua orang dah tau benda tu . okay , rasanya tak terlewat lagi kan kalau Shi nak wish salam ulang tahun Masihi kat semua . Alhamdulillah syukur kita masih lagi dikurniakan nyawa untuk hidup kat atas muka Bumi Allah yang luas ni . semoga segala kenangan , kebahagiaan , kesakitan dan keperitan sepanjang tahun 2013 kita simpan sebagai kenangan . nanti boleh la cerita kat cucu cicit nanti . *apakah ? ? *
untuk entry kali ni , Shi nak rangkumkan semua benda yang Shi dah lalui sama ada suka duka sepanjang tahun 2013 . tapi tak semua la kot . Shi ada masalah dengan memory Shi . tak boleh nak ingat sangat . mana yang Shi mampu je . in shaa Allah =)
1 . Bercuti kat Cameron Highlands
awal awal tahun tu , Shi , MaMa dengan Ati dah dipelawa oleh Aunty Farah untuk bercuti kat Cameron tu . sekali pergi dengan Aunty Liza , Toksu and Acu Mie sefamily . a very nice vacation . time tu hujan pulak . memang sejuk la rasanya kat atas tu . sampai kena beli stokin sebab tak boleh nak pijak lantai apartmen yang disewa tu . sejuk sesangat ! pergi ramai ramai memang best !
2 . Yan bertunang .
abang sulung Shi bertunang masa bulan 2 hari tu . tapi dia bertunang nuuunnn jauh kat Sabah sana tu . disebabkan jauh and nak cut cost , Shi dengan Atie ditinggalkan . sedih ='( in shaa Allah bulan 6 2014 ni depa akan kawen . IN SHAA ALLAH . tapi kali ni , kau kena bawak aku jugak Yan . kalau tak , aku boikot , sabotaj kau punya wedding kat sini nanti . muahahahahha XD *jahat tak ?*
3 . Salah seorang pelajar cemerlang STPM SMK BIDOR
ya , tahun 2013 sangat bermakna dengan anugerah pelajar cemerlang STPM . mau tak tak bermaknanya . sepanjang sekolah tak pernah pernah dapat anugerah tetiba time STPM pulak dapat . haaa , tu namanya rezeki . Alhamdulillah , terima kasih Allah =')
4 . Picnic dengan family Makteh .
for the first time in my life , kami pergi berkelah kat PD dengan family makteh . tu yang rasa macam memorable sangat . tak pernah pernah pun dapat berpicnic dengan diorang , sekali dapat , memang happy sangat . sebelum ni tak pernah disebabkan banyak faktor . hee . memang best !
5 . Blog dah genap setahun !
okay , yang ni memang terbaik . bulan 11 hari tu , blog MY LIFE , MY SOUL ni dah pun genap setahun penubuhannya . sorry lah blog , aku tak dapat nak buat entry untuk first anniversary kau sebab aku tak dapat nak buat . maybe next time ye . aku nak kau tau yang aku sayang gila kat kau blog ! serius !
6 . Kucing banyak hilang ='(
yang ni memang sedih . sebelum ni , kat rumah Shi ni ada lebih kurang 11 ekor kucing . tapi yang tinggal sekarang just sekor je ! mana pergi yang lain ? ? kebanyakkannya hilang . ada jugak mati . huuu , sedih gilos . yang ada ni pun tinggal si Thor tu je . kena super duper protactive !
7 . tak dapat tawaran mana mana pusat pengajian .
yang ni berdouble sedihnya . Shi tak dapat mana mana pun tawaran belajar kat dalam Malaysia ni . memang rasa sedih sangat . kecewa ! punyalah berharap dapat kat mana mana , tapi satu pun tadak . langsung takde okay ! tapi , minggu lepas dapat offer kat UniKL tapi terpaksa tolak atas sebab sebab yang sangat kukuh . jangan tanya sebab dah tak larat nak explain . tapi yang penting bukan sebab Shi tolak rezeki . heee
8 . Abang Hafiz kawen !
bulan 10 hari tu , cousin terdekat si Abang Hafiz dah selamat jadi laki orang . isterinya orang nogori . kat Palong 8 sana nun . jauh gilos ! *tapi tak sejauh si Lala tu * Abang Hafiz punya majlis kat Kajang meriah kata kau . disebabkan masak gotong royong , hambik kau dia punya letih . tak sedar dibuatnya bila dah tidor !
9 . Umur dah masuk pangkal "2"
ya , dalam tahun 2013 ni , umur Shi dah bermula dengan angka '2' . rasa macam tak best pun ada . heee . takde laa . dah lama berkelana dengan umur pangkal '1' tetiba masuk '2' , ada la rasa awkward sikit . mana tak awkward nya , umur dah masuk pangkal '2' perangai macam budak budak lagi . haish . sila berubah Shi , sila . .
haaa , tu la sedikit sebanyak kenangan Shi dalam tahun 2013 tu . mungkin ada lagi tapi macam yang Shi dah mention kat atas tu , Shi ada problem short term memory . Shi susah nak ingat sangat apa apa Shi dah buat . ni pun Alhamdulillah dapat la ingat sikit sikit . heee . Shi harap tahun 2014 ni dikurniakan rezeki yang melimpah ruah , kesihatan yang baik dan berharap diri ni semakin matang . heee . semoga kita semua sentiasa berada dalam keredhaan-NYA . amiinn . .
Assalamualaikum .
Notes : Maas Salamah 2013 , Ahlan Wasahlan 2014 =)
Post a Comment