Monday 10 February 2014

Kerja Oh Kerja

Bismillahirrahmanirrahim . .


Assalamualaikum w.b.t .



Jumaat lepas , Shi dengan family pergi KL . rumah kak Syanida@Alang (anak Mak Ngah Linda) . pergi sana sebab hari keesokkan harinya which is hari Sabtu Shi ada interview kerja kat pejabat Tol Litrak . Abang Arul dengan Mak Ngah LInda yang bagitau pasal kerja kosong kat situ . plus Abang Arul pun sebenanrnya kerja kat situ . so memang dapat tahu direct la . . heee



malam tu stay kat rumah Alang kat Puchong . esoknya , bangun awal pagi siap siap terus pergi pejabat Litrak tu . abang Arul yang bawak sebab senang sikit . hee . tapi kesian Abang Arul . dah la malam sebelum tu balik pukul 2 pagi sebab ada kerja mengaudit , pagi pagi dah kena hantar adik sedara dia yang noob ni haa . rasa bersalah pun ada . sorry Abang Arul . . .





okay , sampai kat office tu pukul 8 . daftar interviewnya pukul 9 . sejam menunggu . ramai jugak yang datang . masa sampai tu takde rasa apa pun . selalunya ada la rasa nervous , takut , kali ni tak . masa interview kerja kat speedmart dulu jantung ni berdegup rasa macam nak pecah . kali ni rilex je . heee . Alhamdulillah . dah daftar , mula mula kena buat ujian bertulis . dalam ujian bertulis ada 2 bahagian . satu ujian kecerdasan dengan kira kira . nama pun nak jadi jurutol kan , kena la tahu kira kira . takkan nak jadi Jurutol kena buat karangan pulak kan . ujian bertulis lepas . Alhamdulillah . lepas tu isi borang . .  dah isi borang buat pulak ujian mata . pun lepas jugak . Alhamdulillah . . 



dah buat semua ujian tu , sesi interview pulak . Shi dapat no 2 . masa interview tu , langsung takde rasa nervous langsung . tenang je . orang yang interview tu pun tak banyak tanya . masa calon pertama di interview , almost half an hour . Shi rasanya lebih kurang 10 minit je . lepas tu yang paling mengejutkan orang tu terus bagi surat tawaran kerja . masa tu memang terkejut sesangat la kan . Shi tak expect yang dia nak offer terus . selalunya dalam masa 2 minggu baru dia kasi tau kita dapat atau tidak . ni tak , on the spot dia bagi surat ! memang rasa bersyukur sangat . dah ambik surat semua , call Abang Arul kata dah selesai . dalam pukul 12 habis interview . lama gila ! rasa bersalah kat Abang Arul makin membuak la . banyak kali dia text , call kata dah habis ke belum . sorry once again Abang T_T . .



Alhamdulillah , syukur sangat sangat ! semua proses masa interview tu dipermudahkan Allah . memang mudah segalanya . termakbul doa Shi . semua orang happy . hee . lepas interview pergi Bestari Jaya ada kenduri kawen . kenduri kawen anak besan Mak Ngah Linda . on the way nak ke sana , Shi tidor je . tau tau dah sampai . makan makan , lepak lepak kejap , terus balik Puchong . malam tu tak kemana dok rumah je . petang tu pulak Mama dengan Ayah terpaksa balik sebab Acu Ani nak guna kereta . Shi dengan Ati stay kat rumah Alang . Balik dengan Mak Ngah Linda hari Ahad , Abang Arul hantar . (Abang Arul lagi . haihh ==' ) 

 yang tengah tu Abang Arul . handsome kan ? haha XD


okay , tu je untuk kali ni . Jazakallahu khair ^^,


Assalamualaikum . . 



Notes : lepas ni jadi orang Key El la pulak . haihh . doakan Shi sukses . heee 

2 comments:

  1. abg arul tu hensem..mcm model.hehehe..
    thniah shida dh dpt keja tu.. pasni blanja saya kepci.ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa hensem kan ? percaya tak dia single lagi ? hehe . terima kasih ^^,

      Delete