Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Cikgu ! :D

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera . hari ni 16 Mei . semua orang tau yang tarikh 16 Mei ni merupakan tarikh sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia . Tema sambutan Hari Guru tahun ni , " GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI , 1 AGENDA " saya pun tak terlepas sambutnya tadi kat sekolah (walaupun dah tak bergelar pelajar sekolah


macam mana saya boleh celebrate Hari Guru kat sekolah tadi ? haa , gini ceritanya . semalam Syahir ada call , dia ajak buat surprise kat sekolah sempena hari guru . saya pun okay la . tapi bila fikir fikir balik , ehh boleh ke masuk sekolah tu sesuka hati je ? tak marah ke cikgu nanti ?
macam macam persoalan . dalam banyak persoalan tu , bersiap la jugak pagi tadi . hee . pukul 8.45 pagi tadi , Syahir datang ambik pergi sekolah . yang join program ni tak ramai . ada 7 orang je , yang lain tak dapat datang , mungkin ada urusan lain . okay takpe lah . =)

dalm pukul 9.30 pagi , maka bermulalah projek yang dah dicadangkan si Syahir ni . yang join tadi , Syahir , Umi , Shomas , Ter , Khalik dengan Fadil . Ter ada bawak kek . tu kiranya hadiah dari kami untuk cikgu cikgu . masa kami sampai kat bilik guru , cikgu tengah makan makan . so dengan diketuai oleh Shomas , kami pun serbu la bilik guru tu . masa tu nervous la jugak . tapi rupanya cikgu cikgu esspecially Pengetua nampak happy bila tengok kami datang . bagi kek , bergambar semua lepas tu salam salam la cikgu yang ada terutamanya cikgu cikgu Tingkatan 6 . =)

lepas tu , lepak lepak dengan cikgu Form 6 . macam macam yang disembangkan . al maklum la , dah lama tak dapat menyembang dengan cikgu . sekali dapat , kecoh jugak :D . lepas tu tengok cikgu cikgu main sukaneka . hamboih , ecxited cikgu cikgu ni main . dah puas lepak , bergambar , dalam pukul 11 . 30 pagi , kami pun balik . tak sempat nak tunggu acara kat dewan . sebab , The Boys ada hal lain . 
 

Alhamdulillah , hari ni memang best . seronok dapat pergi sekolah tadi . terkenang balik time sekolah dedulu ( ceewaah ! baru 5 bulan habis sekolah , dah guna perkataan " dedulu " ) By the way , SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada cikgu :

  • Tadika Islam Kampung Petalin ( 6 tahun )
  • Sekolah Agama
  • S.K Seri Bidor ( darjah 1-6)
  • SMK Syeikh Abdul Ghani ( Form 1-5 )
  • SMK Bidor ( Lower-Upper 6 )   


Okay , thats all for now
Thank You 

Assalamualaikum 
 


 

Post a Comment