Thursday, 17 October 2013

Dating .

Assalamualaikum w.b.t


sepatutnya entry ni ditaip semalam . tapi disebabkan perasaan rindu masa Form 6 dulu membuak buak , maka entry Rindu .(klik) terlebih dahulu mendahului . haa tengok tajuk pun dah macam apa je kan . mesti tertanya tanya dengan siapa la si Forever Alone ni dating kan . dah nama Forever Alone , tapi berdating pulak . okay , sila jangan salah sangka . actually semalam Shi keluar dengan one of my bestfriend , Asmaliyana Suhaimi . kami keluar ke Tapah jalan jalan , makan makan . Asma tinggal kat Tapah tapi sanggup datang ke Bidor semata mata nak ambik Shi ni then patah balik ke Tapah . dah habis berjimba , dia hantar balik Shi ke Bidor then balik semula ke Tapah . haa , nampak tak macam mana perjalanan Asma berulang alik dari Tapah ke Bidor semata mata nak keluar bersama . Love you Asma :')


semalam , kami keluar lebih kurang pukul 2.30 pm gitu . Asma teringin makan kek maka destinasi kami setelah sampai Tapah is pergi kedai kek . Asma punya teringin nak makan kek , sampai dua slice dia tibai , Cheese cake dengan Oreo Cheese cake . haaa hambik kau . dua dua ber'cheese' . kalau Shi dibagi kek ber'cheese' banyak macam tu , mau muntah berlahak . ohh tidak . Shi pulak ambik 1 slice which is Mocha Mousse Cake . sedap jugak . dah beli cake semua , ada satu problem pulak . nak makan kat mana . nak makan kat taman , panas la pulak . so kami decide , makan kat KFC . haa , sejuk sikit kan . ada air cond . heee :D


dah selesai segala urusan jualbeli Asma dengan cashier KFC tu , kami pun mula borak borak sambil makan . macam macam topik kami bualkan . lebih kurang sejam lebih macam tu kami lepak dalam KFC tu . time tu pulak memang banyak budak sekolah lepak dalam tu . ada yang main UNO la , main daun terup laa . hebat betul bebudak ni . habis waktu sekolah bukan reti nak balik . boleh pulak lepak KFC tu . haishhh -_-


dah puas tengok gelagat orang dalam tu , kami pun keluar la balik . Sampai Bidor , Asma sempat singgah rumah . sambung balik borak . around pukul 5 Asma balik Tapah balik . actually dah dekat sebulan kami tak jumpa @ lepak sebab masing masing busy . semalam je okay sebab Asma cuti . and hari ni Shi pulak kena ke Kajang balik sebab nak tolong Mak Teh buat preparation kenduri kawen anak dia . so , semalam je laa dapat jumpa dengan SAHABATKU yang tercinta ni . well Asma , i'm gonna miss you dear . take care . till then , Assalamualaikum :')


 Gambar yang Asma bagi masa 2 bulan persahabatan kami <3


Note : Persahabatan kerana ALLAH memang manis . kini ku nikmatinya . walaupun baru je kenal dan bersahabat , tapi aku sudah mula menyayangi persahabatan ini . terima kasih Asmaliyana Suhaimi & Umi Aliah Azhar :')

RINDU .

Assalamualaikum w.b.t

siapa la yang kau rindu tengah tengah malam ni Shi oii . . awat ? rindu ni boleh siang siang je ke ? malam tak boleh ? heee . okay , sudah merepek . actually semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak *okay cukup la tu kan* selalu benor rasa rindu kat kengkawan Form 6 dulu . dah dekat setahun kami tinggalkan form 6 , tapi dia punya moment still ingat sampai sekarang . and now , masing masing ada yang dah berjaya further studies diorang *well , Shi masih belum diterima untuk sambung belajar* proud of you guys :') study rajin rajin . jangan ikut sangat perangai form 6 tu . degree ni susah ! study hard hard ! *nasihat orang macam kau ada experience je ambik degree kan Shi ? ?*


tak tau la kenapa kan , rasa rindu kat Form 6 ni lain sangat . tak macam rasa rindu masa sekolah dari form 1-5 . padahal Form 6 ni setahun setengah je . maybe sebab masa form 5 dulu Shi tak berapa nak normal kot *i mean tak normal macam student biasa* dengan sakitnya . but Alhamdulillah , masuk Form 6 tak sakit dah . hee . 


masa masa kat Form 6 ni , lagi banyak masa yang happy daripada yang tak happy . boleh katakan 80% waktu waktu jadi student Form 6 ni sangat menyeronokkan ! seriously ! yeah , walaupun ada sikit salah paham , gaduh sana sini , tapi still ada kenangan kat situ . daripada situ jugak , kita boleh mematangkan diri yang kadang kadang mengalahkan budak tadika . yeah , Shi sangat rindu masa masa tu :')


Shi sangat rindu kat sekolah SMKB *walaupun pada mulanya tak suka nak mati* , rindu kat kelas yang warna purple pink tu , rindu kat Dewan Bestari yang kadang kadang panas kadang kadang sejuk tu , rindu nak kutip duit bebudak kelas *mesti tau kan apa jawatan Shi dalam kelas* rindu kat tempat duduk sendiri , rindu nak dengar Quna ucap selamat , Rindu nak dengar cikgu Joe story politik , rindu nak dengar cikgu Wan bagi nasihat about life , rindu nak dengar cikgu Fendi cerita pasal sejarah , Rindu nak dengar cikgu Hasmahani gelak time ngajar , rindu nak dengar Cik Wa cerita hal misteri , semualah ! kalau nak kasi tau semua benda yang Shi rindu , sampai lusa belum tentu habis . tapi SEMESTINYA Shi terlalu rindu kat . . . . .

 .

.

.

.

.

.

.


 BEBUDAK ni semua ! seriously I really really miss you guys ! :')



to all my classmates Pra U Atas 2 2011/2012 , I just wanna say that I really miss you guys . I know , right now we cannot do all the things that we go through together , but I just want you to know that I always remember the moment that we're created . and I really really proud of you guys ! I hope our frienship will last forever . In shaa Allah :')

Note : nanti nak buat entry pasal life Shi waktu Form 6 dedulu . maybe later laa sebab esok dah nak ke Kajang dan masa masa untuk Online tidak ada dalam kehidupan buat sementara . ada masa panjang umur wujud la entry tu . mungkin akan jadi banyak part sebab banyak sangat moment Form 6

Tuesday, 15 October 2013

Korban Kasih : Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum w.b.t

13 Oktober 2013 , dekat Tapah ada satu program Ceramah Perdana sempena Aidiladha ni . As seen on the title above , tajuknya ceramah malam tu Korban Kasih disampaikan oleh Ustaz yang popular dekat Astro Oasis dalam program Kalau dah Jodoh : Ustaz Kazim Elias . yeah , ustaz Kazim Elias yang suka selitkan nyanyian dalam ceramah beliau . program Ceramah Perdana malam tu buat kat Mini Stadium Tapah dan dianjurkan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti *rare tak nama sekolah ni ? * orang yang datang kat dalam majlis ilmu tu , SubhanAllah ! ramai gila . sampai orang yang datang kena duduk atas rumput . nasib baik rumput kering . kalau basah . . tak tau laa ada orang ke tak nak duduk . tapi rasanya kalau basah pun mesti ada orang nak duduk jugak . ye la , majlis ilmu kan . beribu ribu malaikat turun ke bumi nak memayungi setiap orang yang datang malam tu . in shaa Allah . .

disebabkan ceramah yang dibuat ni sempena Aidiladha , for sure tajuk ceramahnya berkaitan dengan pengorbanan . yeah , pengorbanan . mula mula ingat , alaa mesti cerita pasal Nabi Ibrahim yang mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Agung . tapi sangkaan Shi salah . cerita pengorbanan yang disampaikan lebih kepada orang orang yang dekat sangat dengan kehidupan kita esspecially our parents . 

but before dia cerita pasal 'Korban Kasih' , Ustaz Kazim ada kasi tau perkara perkara sunat yang boleh kita buat sempena Aidiladha ni . antara perkara sunat yang kita boleh buat is :

1 . kita boleh PUASA SUNAT dari 1-9 ZULHIJJAH
2 . Simpan kuku , misai , janggut dll
3 . bagi yang uzur yang tak boleh puasa , kita boleh berzikir . berzikir ni kan sunah Nabi . bila bila masa dimana jua kita boleh berzikir

di samping perkara perkara sunat , bulan ni jugak ada keistimewaannya . antaranya :
1. bulan Zulhijjah ni ada Hari Raya Aidiladha *weeee*

2. kita boleh bertakbir selama 4 hari . ya , 4 hari . lama tak ? hee
3. melakukan ibadah korban . ibadah korban hukumnya sunat muakad . tapi harus diingat , binatang yang boleh dibuat korban ialah binatang an'am *nak tau binatang an'am tu apa , sila google*

haaa , tu baru dia punya intro ceramah . after dah intro , dia pun mulakan ceramah dia pasal pengorbanan . antara isi kandungan yang dia cerita masa ceramah beliau , pengorbanan seorang ibu dan ayah , guru guru dan orang sekeliling kita . sepanjang ceramah yang Ustaz Kazim ni bagi , orang ramai non stop gelak . setiap kali dia cerita , mesti ada je dia selitkan lawak . 

antara point yang Shi suka sepanjang ceramah beliau is , "kalau kita buat sesuatu perkara kerana Allah , In shaa Allah kita akan mendapat bahagia . kalau kita buat sesuatu perkara kerana manusia , kita akan rasa kecewa" . 

sebagai seorang hamba Allah , kita digesa supaya menghargai kasih sayang sesama manusia ESPECIALLY dengan family . sebab family kita dah terlalu banyak buat pengorbanan kat kita since kita kecik lagi . so , kita sebagai anak , jangan lah biarkan air mata parents kita jatuh sebab kecewa dengan kita . mohon dijauhkan perkara sedemikian . In shaa Allah . . 

before ceramah tu habis , Ustaz Kazim ada bagi tips macam mana nak lembutkan hati anak anak yang degil , tak mau dengar kata . caranya , ambik rambut anak tu , buat solat hajat 2 rakaat , baca bismillah 1000 kali , sebut 'Ya Allah' 1000 kali dan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan dan diterangi hati anak . lepas tu , letak rambut anak tu tadi kat bawah bantal tempat tidur anak . in shaa Allah dengan izinnya , hati anak tersebut akan lembut . 

Thats all for now

Thank you


note : sambutan Aidiladha kali ni dah macam Aidilfitri . banyak sangat makanan . siap ada kuih raya lagi . Selamat Hari Raya Aidiladha !