Thursday 17 October 2013

Dating .

Assalamualaikum w.b.t


sepatutnya entry ni ditaip semalam . tapi disebabkan perasaan rindu masa Form 6 dulu membuak buak , maka entry Rindu .(klik) terlebih dahulu mendahului . haa tengok tajuk pun dah macam apa je kan . mesti tertanya tanya dengan siapa la si Forever Alone ni dating kan . dah nama Forever Alone , tapi berdating pulak . okay , sila jangan salah sangka . actually semalam Shi keluar dengan one of my bestfriend , Asmaliyana Suhaimi . kami keluar ke Tapah jalan jalan , makan makan . Asma tinggal kat Tapah tapi sanggup datang ke Bidor semata mata nak ambik Shi ni then patah balik ke Tapah . dah habis berjimba , dia hantar balik Shi ke Bidor then balik semula ke Tapah . haa , nampak tak macam mana perjalanan Asma berulang alik dari Tapah ke Bidor semata mata nak keluar bersama . Love you Asma :')


semalam , kami keluar lebih kurang pukul 2.30 pm gitu . Asma teringin makan kek maka destinasi kami setelah sampai Tapah is pergi kedai kek . Asma punya teringin nak makan kek , sampai dua slice dia tibai , Cheese cake dengan Oreo Cheese cake . haaa hambik kau . dua dua ber'cheese' . kalau Shi dibagi kek ber'cheese' banyak macam tu , mau muntah berlahak . ohh tidak . Shi pulak ambik 1 slice which is Mocha Mousse Cake . sedap jugak . dah beli cake semua , ada satu problem pulak . nak makan kat mana . nak makan kat taman , panas la pulak . so kami decide , makan kat KFC . haa , sejuk sikit kan . ada air cond . heee :D


dah selesai segala urusan jualbeli Asma dengan cashier KFC tu , kami pun mula borak borak sambil makan . macam macam topik kami bualkan . lebih kurang sejam lebih macam tu kami lepak dalam KFC tu . time tu pulak memang banyak budak sekolah lepak dalam tu . ada yang main UNO la , main daun terup laa . hebat betul bebudak ni . habis waktu sekolah bukan reti nak balik . boleh pulak lepak KFC tu . haishhh -_-


dah puas tengok gelagat orang dalam tu , kami pun keluar la balik . Sampai Bidor , Asma sempat singgah rumah . sambung balik borak . around pukul 5 Asma balik Tapah balik . actually dah dekat sebulan kami tak jumpa @ lepak sebab masing masing busy . semalam je okay sebab Asma cuti . and hari ni Shi pulak kena ke Kajang balik sebab nak tolong Mak Teh buat preparation kenduri kawen anak dia . so , semalam je laa dapat jumpa dengan SAHABATKU yang tercinta ni . well Asma , i'm gonna miss you dear . take care . till then , Assalamualaikum :')


 Gambar yang Asma bagi masa 2 bulan persahabatan kami <3


Note : Persahabatan kerana ALLAH memang manis . kini ku nikmatinya . walaupun baru je kenal dan bersahabat , tapi aku sudah mula menyayangi persahabatan ini . terima kasih Asmaliyana Suhaimi & Umi Aliah Azhar :')

Post a Comment