Thursday, 26 December 2013

Esok Result UniKL Keluar .

Bismillahirrahmanirrahim . .


Assalamualaikum w.b.t


esok 27 Disember , result permohonan Shi kat UniKL keluar . nervous ? a little bit . tak nak mengharap sangat . bukan apa , Shi takut dikecewakan lagi . before this ada apply U lain , tapi semua resultnya menghampakan Shi T_T . sampai rasa nak putus asa dah nak apply U lain . seriously memang rasa putus asa sangat . .



Kenapa Shi apply UniKL ? sebab Shi tak pernah apply lagi , lepas tu kawan Shi cakap kalau apply UniKL in shaa ALLAH 80% graduan UniKL ni akan dapat kerja . before this tak pernah apply pun UniKL ni . ye laa , sebab dia U swasta kan . and bila dah namanya U swasta , mesti lah mahal kan ? actually , Shi rasa semua bayaran yuran U ni sama je . tak kiralah government ke swasta . yang bezakannya , IPTA ni kerajaan tanggung sikit dia punya yuran dan IPTS pulak kita kena bayar sendiri tanpa ditanggung mana mana pihak . 



mula mula dulu kalau boleh tak nak laa apply IPTS ni . ye laa , as I told you before , yuran yang a little bit mahal plus ayah macam tak berapa nak setuju (kami bukanlah keluarga yang berada) . thats why laa tak pernah terlintas pun nak apply IPTS ni . tapi , disebabkan IPTA ni dah banyak kali KECEWAKAN Shi , so Shi pun decide nak apply IPTS which is UniKL . 



actually , nak apply lagi satu IPTS which is UNITEN . tapi tarikh tutup dia lambat lagi . kalau tak dapat jugak UniKL ni , nak apply pulak UNITEN . bestfriend Shi dah dapat tau dah result dia semalam . dia dah berjaya dapat masuk UNITEN . tahniah Umi . memang dia nak sangat masuk UNITEN tu . Shi pulak esok result untuk UniKL . 



before this ada jugak apply UiTM bulan 10 hari tu . tapi result dia lambat lagi . 31 January baru keluar . so , Shi apply UniKL ni sebagai back up plan Shi . harap ada la sangkut salah satu ni . dah terlalu lama Shi menunggu . Shi pun nak jadi macam kawan kawan Shi yang lain . semuanya dah masuk IPTA and IPTS . tapi kalau tak dapat jugak , mungkin ALLAH ada perancangan yang lagi baik dari perancangan Shi . well , sebaik baik perancang adalah perancangan ALLAH . 


Note : doakan Shi :)

Friday, 20 December 2013

Engkaulah Satu Satunya . .

Bismillahirrahmanirrahim . . 


Assalamualaikum w.b.t . 


21 Disember 1959 , Mama Shi telah selamat dilahirkan oleh Allahyarhamah nenek Shi . dan pada hari ni , 21 Disember 2013 , Mama Shi telah genap umurnya 54 tahun . Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah S.W.T sebab telah memanjangkan umur mama Shi sehingga hari ni . dan Alhamdulillah jugak , Mama masih lagi sihat tubuh badannya walaupun kadang kadang ada jugak sakit sikit , masih kuat lagi untuk menjalankan aktiviti hariannya . 



yeah , hari ni birthday Mama Shi . Selamat Hari Lahir Mama ! Alang doakan Mama sentiasa diberkati Allah , dikurnikan kesihatan yang baik dan hidup bahagia dunia akhirat . Love you soo much Mama ! <3




Mama Shi seorang yang penyayang , tegas , garang (kadang kadang) , tersangat lah baik , rajin , cantik , comel , ayu . alaaa senang cerita Mama ni best lah ! walaupun kadang kadang Mama selalu marah Shi , tapi Shi tau yang Mama marah sebab Mama nak yang terbaik untuk Shi . so , bila Mama marah , Shi diam je . sebab Shi tau Mama sayangkan Shi . heee . 



disebabkan hari ni birthday Mama , Shi nak bagi something kat Mama . nak beli hadiah mahal mahal , Shi mana laa ada duit . penganggur lah katakan . . heee . so Shi decide nak buat card untuk Mama . buat punya buat , maka ni lah hasilnya !




dah siap benda ni , Shi pergi print malam tadi . ingatkan nak terus laminate , tapi kedai pulak tutup . so , pagi tadi , Shi pergi laminate kan benda ni kat kedai . balik dari kedai , terus bagi kat Mama sambil wish Happy Birthday kat Mama . . heee


thats all
Assalamualaikum w.b.t



Note : we love you so much Mama ! <3

Thursday, 19 December 2013

Tahniah Opit dan Kak Intan !

Bismillahirrahmanirrahim . .

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , Allah masih panjangkan umur Shi . Alhamdulillah jugak sebab masih lagi boleh berblogging . hee . dah sebulan lebih Shi tinggalkan blog Shi ni tanpa sebarang khabar berita . Shi baru lebih kurang seminggu balik Bidor . selama sebulan lebih menghilang , Shi dok kat rumah Mak Teh kat Kajang .



sepatutnya entry ni dipost hari Isnin lepas . tapi disebabkan mood yang MALAS , keadaan diri yang tak berapa nak sihat ditambah lagi dengan selalu tak ada kat rumah , maka entry ni ditunda dari hari ke hari . jadi ,baru malam ni dapat menaip dan In shaa Allah akan di publish (dah publish kan ? hee)



hari Sabtu dan Ahad lepas , telah berlangsungnya majlis perkahwinan 2 orang kawan Shi = Opit & Kak Intan = majlis kat rumah kak Intan buat hari Sabtu dan majlis kat rumah Opit keesokkan harinya . dua dua majlis Shi attend . Alhamdulillah , majlis kedua dua belah pihak berjalan dengan lancar . 


kat rumah Kak Intan

 





kat rumah Opit








kepada Le Pengantins , Alang (nama panggilan) nak ucapkan Selamat Pengantin Baru ! semoga Opit and kak Intan happy dan berbahagia melalui alam berumahtangga . take care each other . Opit , nanti jadi suami dan ayah yang soleh untuk anak anak . kak Intan pun . jadi isteri dan ibu yang penyayang kepada anak anak . In shaa Allah . tak sabar nak tunggu baby kak Intan dengan Opit . teehee . . mesti kiut miut . heehee . 


till then , Assalamualaikum w.b.t




Note : bagi nasihat macam orang dah kawen kan Shi ni . hee . .

Tuesday, 5 November 2013

5 Tips Ringkas Hijrah

Assalamualaikum w.b.t
 
 
dalam dok belek belek surat khabar Harian Metro hari ni , jumpa pulak satu artikel tentang tips untuk berhijrah . bila baca artikel tu , rasa macam best je , macam nak share je kat blog ni . plus , dia punya tips pun pendek , simple dan mudah difahami . dah nama pun tips ringkas kan . . takkan laa tips ringkas dia nak letak sampai 2 muka surat kan . so , benda baik ni elok di bawak kongsi sama sama . yeah , walaupun Shi tau dah ramai dah baca pasal tips ni kat surat khabar , tapi Shi still nak share jugak . ye lah kan , surat khabar tu , anytime je boleh jadi pembungkus nasi lemak , so kalau ditulis kat blog ni , dapat laa dijadikan rujukan in future esspecially untuk diri Shi ni yang still lagi dalam proses Hijrah . hee . moga bermanfaat untuk semua :)
 
 
Harian Metro : Selasa 5 November 2013
 
5 Tips Ringkas Hijrah
 
1. NIAT
Hijrah seharusnya dimulakan dengan niat yang ikhlas dalam mengharapkan keredhaan Allah . perubahan diri yang disertakan niat pasti mendapat pertolongan . Ingat remaja semua , jika anda melakukan hijrah tapi menunjuk nunjuk pasti mengundang padah malah tidak kekal lama kebaikan yang diterima tu .
 
 
 
2. MATLAMAT
Matlamat yang ditetapkan itu perlulah relevan dan mampu untuk dicapai . jangan meletakkan matlamat sukar dijangkau dalam tempoh yang singkat . Mulakan dalam usaha yang mudah . 
 
 
3. BUANG ANGGAPAN SALAH
Selama ini anda mungkin mempunyai persepsi yang salah terhadap diri anda dan kehidupan . mungkin anda pernah beranggapan , golongan baik baik saja yang mampu memperoleh kemanisna iman sedangkan anda tidak . buang jauh jauh perasaan nagatif itu yang boleh mencacatkan semangat anda untuk melakukan penghirahan .
 
 
4. BANYAKKAN BACA KISAH ORANG BERJAYA 
Bagi remaja yang ingin bertudung contohnya , bacalah buku buku di pasaran mengenai bagaimana akhirnya wanita berkenaan mendapat hidayah untuk tampil bertudung dan menutup aurat . Banyak bahan bacaan yang mendorong kita untuk berubah . Itulah kuasa Hijrah .
 
 
5. PEDULIKAN KATA ORANG
Untuk berhijrah memang memerlukan pengorbanan . Orang akan melihat sebarang perubahan diri yang dilakukan . Pasti ada yang memuji malah ada yang mengeji . Apa yang penting itulah rencah dan dugaan hidup yang perlu anda lalui . Jangan berkecil hati dan kuatkan semangat .
 
 


Note : Salam Maal Hijrah 1435 . moga perubahan yang dilakukan ini berterusan . amiinn .
      
 
 

Monday, 4 November 2013

Abang Hafiz Dah Bergelar Suami . Weee !

Assalamualaikum w.b.t

holla ! after 2 weeks dapat balik update blog ni . ni pun balik kejap je dari Kajang sebab ada benda nak kena buat . InShaa Allah Jumaat ni balik ke Kajang balik untuk Majlis Persandingan Abang Hafiz pulak . fuh , busy jugak Shi ni kan *sila jangan poyo* . sementara dah balik ni kan , boleh la jugak share kisah pernikahan dan persandingan Abang Hafiz dekat belah perempuan kat Palong 7 . so , here we go =)


Abang nikah hari Sabtu (2112013) lepas Zohor . so kami gerak dari Kajang pukul 9 pagi .6 kereta pergi menghantar . disebabkan malam sebelum tu Shi tak tidur , maka sepanjang perjalanan Shi tidur je dalam kereta . tau tau je dah sampai kat Palong . sampi sampai je kat Palong terus pergi masjid untuk get ready nak nikah . sementara nak tunggu masuk waktu Zohor , kami sempat gila gilaan kat luar masjid . 





 


Azan Zohor berkumandang , maka aktiviti gila gilaan terhenti seketika . perlu menunaikan kewajipan dulu . hee . so , lepas solat semua dok berkumpul untuk majlis nikah . nasib baik la proses nak nikah tu lama . selalunya kalau pergi tengok orang bernikah , lama gila . banyak sangat yang ditanya jurunikah tu . tapi nasib Abang baik . kejap je . dan dengan sekali lafaz , Abang dah sah bergelar suami kepada Kak Azie ! whoa ! macam tak caya je . bergenang jugak la air mata kegembiraan . hee . so Abang , tahniah la ! sekali lafaz je tu ! hee . bukan senang kan ? hehe






haaa ! nampak muka happy Abang kat situ . hehe ;)


so , the next day , majlis persandingan . tema belah perempuan warna purple . cantik the pengantins . hee . majlis persandingan mula pukul 1.30 pm . ada la sesi menepung tawar . and for the first time , Shi menepung tawar . hahaha , macam aneh je bila Shi pergi buat benda tu . dah nama pun first time kan . mesti rasa macam pelik je , macam tak kena je . *ehhh ? ? * hahaha =D







dah selesai berjimba kat rumah pengantin , kami pun bergerak balik . Abang ditinggalkan kat rumah pengantin untuk membasuh segala periuk belanga . wahahaha XD . okay , tak lawak . 


to Muhammad Hafiz Bahari dan Noraziah Taslem , Selamat Pengantin Baru ! hujung minggu ni ada lagi sanding sanding . kali ni kat Kajang pulak . heee . Kak Azie , jaga Abang elok elok . hee . and Abang , semoga menjadi ketua keluarga yang baik dan soleh untuk isteri dan anak anak nanti . In shaa Allah . .


Note : Semoga berbahagia and cepat cepat dapat anak ! heee :D
  

 

Thursday, 17 October 2013

Dating .

Assalamualaikum w.b.t


sepatutnya entry ni ditaip semalam . tapi disebabkan perasaan rindu masa Form 6 dulu membuak buak , maka entry Rindu .(klik) terlebih dahulu mendahului . haa tengok tajuk pun dah macam apa je kan . mesti tertanya tanya dengan siapa la si Forever Alone ni dating kan . dah nama Forever Alone , tapi berdating pulak . okay , sila jangan salah sangka . actually semalam Shi keluar dengan one of my bestfriend , Asmaliyana Suhaimi . kami keluar ke Tapah jalan jalan , makan makan . Asma tinggal kat Tapah tapi sanggup datang ke Bidor semata mata nak ambik Shi ni then patah balik ke Tapah . dah habis berjimba , dia hantar balik Shi ke Bidor then balik semula ke Tapah . haa , nampak tak macam mana perjalanan Asma berulang alik dari Tapah ke Bidor semata mata nak keluar bersama . Love you Asma :')


semalam , kami keluar lebih kurang pukul 2.30 pm gitu . Asma teringin makan kek maka destinasi kami setelah sampai Tapah is pergi kedai kek . Asma punya teringin nak makan kek , sampai dua slice dia tibai , Cheese cake dengan Oreo Cheese cake . haaa hambik kau . dua dua ber'cheese' . kalau Shi dibagi kek ber'cheese' banyak macam tu , mau muntah berlahak . ohh tidak . Shi pulak ambik 1 slice which is Mocha Mousse Cake . sedap jugak . dah beli cake semua , ada satu problem pulak . nak makan kat mana . nak makan kat taman , panas la pulak . so kami decide , makan kat KFC . haa , sejuk sikit kan . ada air cond . heee :D


dah selesai segala urusan jualbeli Asma dengan cashier KFC tu , kami pun mula borak borak sambil makan . macam macam topik kami bualkan . lebih kurang sejam lebih macam tu kami lepak dalam KFC tu . time tu pulak memang banyak budak sekolah lepak dalam tu . ada yang main UNO la , main daun terup laa . hebat betul bebudak ni . habis waktu sekolah bukan reti nak balik . boleh pulak lepak KFC tu . haishhh -_-


dah puas tengok gelagat orang dalam tu , kami pun keluar la balik . Sampai Bidor , Asma sempat singgah rumah . sambung balik borak . around pukul 5 Asma balik Tapah balik . actually dah dekat sebulan kami tak jumpa @ lepak sebab masing masing busy . semalam je okay sebab Asma cuti . and hari ni Shi pulak kena ke Kajang balik sebab nak tolong Mak Teh buat preparation kenduri kawen anak dia . so , semalam je laa dapat jumpa dengan SAHABATKU yang tercinta ni . well Asma , i'm gonna miss you dear . take care . till then , Assalamualaikum :')


 Gambar yang Asma bagi masa 2 bulan persahabatan kami <3


Note : Persahabatan kerana ALLAH memang manis . kini ku nikmatinya . walaupun baru je kenal dan bersahabat , tapi aku sudah mula menyayangi persahabatan ini . terima kasih Asmaliyana Suhaimi & Umi Aliah Azhar :')

RINDU .

Assalamualaikum w.b.t

siapa la yang kau rindu tengah tengah malam ni Shi oii . . awat ? rindu ni boleh siang siang je ke ? malam tak boleh ? heee . okay , sudah merepek . actually semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak *okay cukup la tu kan* selalu benor rasa rindu kat kengkawan Form 6 dulu . dah dekat setahun kami tinggalkan form 6 , tapi dia punya moment still ingat sampai sekarang . and now , masing masing ada yang dah berjaya further studies diorang *well , Shi masih belum diterima untuk sambung belajar* proud of you guys :') study rajin rajin . jangan ikut sangat perangai form 6 tu . degree ni susah ! study hard hard ! *nasihat orang macam kau ada experience je ambik degree kan Shi ? ?*


tak tau la kenapa kan , rasa rindu kat Form 6 ni lain sangat . tak macam rasa rindu masa sekolah dari form 1-5 . padahal Form 6 ni setahun setengah je . maybe sebab masa form 5 dulu Shi tak berapa nak normal kot *i mean tak normal macam student biasa* dengan sakitnya . but Alhamdulillah , masuk Form 6 tak sakit dah . hee . 


masa masa kat Form 6 ni , lagi banyak masa yang happy daripada yang tak happy . boleh katakan 80% waktu waktu jadi student Form 6 ni sangat menyeronokkan ! seriously ! yeah , walaupun ada sikit salah paham , gaduh sana sini , tapi still ada kenangan kat situ . daripada situ jugak , kita boleh mematangkan diri yang kadang kadang mengalahkan budak tadika . yeah , Shi sangat rindu masa masa tu :')


Shi sangat rindu kat sekolah SMKB *walaupun pada mulanya tak suka nak mati* , rindu kat kelas yang warna purple pink tu , rindu kat Dewan Bestari yang kadang kadang panas kadang kadang sejuk tu , rindu nak kutip duit bebudak kelas *mesti tau kan apa jawatan Shi dalam kelas* rindu kat tempat duduk sendiri , rindu nak dengar Quna ucap selamat , Rindu nak dengar cikgu Joe story politik , rindu nak dengar cikgu Wan bagi nasihat about life , rindu nak dengar cikgu Fendi cerita pasal sejarah , Rindu nak dengar cikgu Hasmahani gelak time ngajar , rindu nak dengar Cik Wa cerita hal misteri , semualah ! kalau nak kasi tau semua benda yang Shi rindu , sampai lusa belum tentu habis . tapi SEMESTINYA Shi terlalu rindu kat . . . . .

 .

.

.

.

.

.

.


 BEBUDAK ni semua ! seriously I really really miss you guys ! :')



to all my classmates Pra U Atas 2 2011/2012 , I just wanna say that I really miss you guys . I know , right now we cannot do all the things that we go through together , but I just want you to know that I always remember the moment that we're created . and I really really proud of you guys ! I hope our frienship will last forever . In shaa Allah :')

Note : nanti nak buat entry pasal life Shi waktu Form 6 dedulu . maybe later laa sebab esok dah nak ke Kajang dan masa masa untuk Online tidak ada dalam kehidupan buat sementara . ada masa panjang umur wujud la entry tu . mungkin akan jadi banyak part sebab banyak sangat moment Form 6

Tuesday, 15 October 2013

Korban Kasih : Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum w.b.t

13 Oktober 2013 , dekat Tapah ada satu program Ceramah Perdana sempena Aidiladha ni . As seen on the title above , tajuknya ceramah malam tu Korban Kasih disampaikan oleh Ustaz yang popular dekat Astro Oasis dalam program Kalau dah Jodoh : Ustaz Kazim Elias . yeah , ustaz Kazim Elias yang suka selitkan nyanyian dalam ceramah beliau . program Ceramah Perdana malam tu buat kat Mini Stadium Tapah dan dianjurkan oleh PIBG Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti *rare tak nama sekolah ni ? * orang yang datang kat dalam majlis ilmu tu , SubhanAllah ! ramai gila . sampai orang yang datang kena duduk atas rumput . nasib baik rumput kering . kalau basah . . tak tau laa ada orang ke tak nak duduk . tapi rasanya kalau basah pun mesti ada orang nak duduk jugak . ye la , majlis ilmu kan . beribu ribu malaikat turun ke bumi nak memayungi setiap orang yang datang malam tu . in shaa Allah . .

disebabkan ceramah yang dibuat ni sempena Aidiladha , for sure tajuk ceramahnya berkaitan dengan pengorbanan . yeah , pengorbanan . mula mula ingat , alaa mesti cerita pasal Nabi Ibrahim yang mengorbankan anaknya Nabi Ismail demi melaksanakan perintah Tuhan Yang Maha Agung . tapi sangkaan Shi salah . cerita pengorbanan yang disampaikan lebih kepada orang orang yang dekat sangat dengan kehidupan kita esspecially our parents . 

but before dia cerita pasal 'Korban Kasih' , Ustaz Kazim ada kasi tau perkara perkara sunat yang boleh kita buat sempena Aidiladha ni . antara perkara sunat yang kita boleh buat is :

1 . kita boleh PUASA SUNAT dari 1-9 ZULHIJJAH
2 . Simpan kuku , misai , janggut dll
3 . bagi yang uzur yang tak boleh puasa , kita boleh berzikir . berzikir ni kan sunah Nabi . bila bila masa dimana jua kita boleh berzikir

di samping perkara perkara sunat , bulan ni jugak ada keistimewaannya . antaranya :
1. bulan Zulhijjah ni ada Hari Raya Aidiladha *weeee*

2. kita boleh bertakbir selama 4 hari . ya , 4 hari . lama tak ? hee
3. melakukan ibadah korban . ibadah korban hukumnya sunat muakad . tapi harus diingat , binatang yang boleh dibuat korban ialah binatang an'am *nak tau binatang an'am tu apa , sila google*

haaa , tu baru dia punya intro ceramah . after dah intro , dia pun mulakan ceramah dia pasal pengorbanan . antara isi kandungan yang dia cerita masa ceramah beliau , pengorbanan seorang ibu dan ayah , guru guru dan orang sekeliling kita . sepanjang ceramah yang Ustaz Kazim ni bagi , orang ramai non stop gelak . setiap kali dia cerita , mesti ada je dia selitkan lawak . 

antara point yang Shi suka sepanjang ceramah beliau is , "kalau kita buat sesuatu perkara kerana Allah , In shaa Allah kita akan mendapat bahagia . kalau kita buat sesuatu perkara kerana manusia , kita akan rasa kecewa" . 

sebagai seorang hamba Allah , kita digesa supaya menghargai kasih sayang sesama manusia ESPECIALLY dengan family . sebab family kita dah terlalu banyak buat pengorbanan kat kita since kita kecik lagi . so , kita sebagai anak , jangan lah biarkan air mata parents kita jatuh sebab kecewa dengan kita . mohon dijauhkan perkara sedemikian . In shaa Allah . . 

before ceramah tu habis , Ustaz Kazim ada bagi tips macam mana nak lembutkan hati anak anak yang degil , tak mau dengar kata . caranya , ambik rambut anak tu , buat solat hajat 2 rakaat , baca bismillah 1000 kali , sebut 'Ya Allah' 1000 kali dan berdoa kepada Allah supaya dilembutkan dan diterangi hati anak . lepas tu , letak rambut anak tu tadi kat bawah bantal tempat tidur anak . in shaa Allah dengan izinnya , hati anak tersebut akan lembut . 

Thats all for now

Thank you


note : sambutan Aidiladha kali ni dah macam Aidilfitri . banyak sangat makanan . siap ada kuih raya lagi . Selamat Hari Raya Aidiladha !
  

Tuesday, 24 September 2013

What To Do -_- ? ?

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum w.b.t

sekarang ni Shi officially dah jadi penganggur balik . penganggur balik ? kenapa pulak penganggur balik ? yea , sebelum raya hari tu Shi ada kerja kat Speedmart . tak lama pun kerjanya . sebulan setengah je . hawat kejap sangat hang kerja Shi ? well , memang nak kerja lama sikit . tapi ada sebab yang tak dapat nak dielakkan , Shi pun quit kerja kat Speedmart tu . balik Bidor pun dah nak dekat raya . so , lepas dah raya , tak tau nak buat apa . dok la rumah balik . macam apa je kau ni Shi . kerja sebulan je . baik tak payah kerja kalau macam tu . tapi , kesah ke semua tu ? Shi ada sebab yang kuat kenapa Shi quit kerja kat Speedmart tu . biarlah Allah and family je yang tau . 

13 September lepas , result rayuan UPU dah keluar . bila check , ternyata Shi dah dikecewakan pihak UPU buat kali kedua . terima kasih UPU kau dah buat aku macam ni -_- . punyalah Shi berharap dapat masuk mana mana IPTA , tapi nampak gayanya , belum rezeki lagi . takpe takpe , ni semua ketentuan daripada DIA . kalau dia kata belum lagi masanya , maknanya belum lagilah jawabnya . tak kiralah kau dah buat surat rayuan hantar kat kementerian sana nun , kalau Yang Maha Besar kata belum lagi , thats mean belum laa . mula mula masa check rayuan and dapat tau tak dapat , menitik la jugak air mata ni . masa tu ada katering , semua orang tak berani nak tegur . ye laa , orang tengah bersedih (kononnya laa) . lepas dah dapat nasihat daripada kengkawan , tak sampai setengah jam , dah okay balik . yeah , Shi memang orang yang cepat tukar mood . 

and now , Shi dah tak tau nak buat apa . nak kerja , kerja apa je yang ada kat Bidor ni . nak apply second intake , belum bukak lagi . so memang kena dengan tajuk entry kali ni , What To Do kan ? any suggestion , meh la share dengan Shi . hee 


peace yaww ~~

p/s : muka happy , tapi dalam hati hanya DIA je yang tau .

Wednesday, 11 September 2013

Aku dan Ice Cream

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Shi seorang peminat tegar ice cream . kalau jumpa orang jual ice cream , mesti terkinja kinja nak pergi beli . kalau tiba tiba mood nak makan ice cream tu membuak , shi akan beli banyak banyak . hari tu Shi beli dua ice cream . ice cream walls oreo dengan hersheys tu . melayag 25 ringgit beli ice cream semata mata . bila ayah dapat tau , mengucap panjang dia . mana nya tak mengucap panjang ayah tu , beli ice cream  je sampai 25 ringgit . kalau ayah dibagi 25 ringgit tu kat ayah , confirm dia pergi beli ayam dua ekor buat lauk kat rumah . tahan jugak sampai 2 , 3 minggu . ni beli ice cream yang tak sampai seminggu dah habis . tak ke membazir namanya tu . tapi , apakan daya , dah nama pun suka tahap dewa pasal ice cream ni . terima je la anak dia ni . 




Lepas dah beli 2 bekas ice cream tu , esoknya pulak pergi lagi beli ice cream . padahal 2 bekas ice cream tu pun tak habis lagi . ni semua sebab Atie la ni . petang tu , ada apek yang biasa bawak motor jual ice cream paddle pop tu kan , boleh pulak dia nak beli ice cream yang tu . sebagai kakak yang baik kan (kononnya la kan ) Shi pun belikan la . ehh ehh tetiba pulak mama pun nak ice cream tu . okay , layankan aje . bila tengok depa ada ice cream sornag satu , Shi mana boleh tinggal , kena la ada satu jugak . tapi Shi punya ice ceram yang mahal sikit daripada mama and Atie punya . total harga ice cream untuk petang tu dalam 7 ringgit . hambik kau , dalam 2 hari je , duit melayang 32 ringgit semata mata nak radak ice cream kat tekak ni . phew phew ~~ 

bila dah dapat makan ice cream , dia punya nikmat , Allah je la yang tau .  best rasanya . kalau boleh hari hari nak makan . tapi confirm la mama tak kasi . nanti tak pasal pasal demam + selsema + kencing manis kalau makan banyak banyak . muda muda lagi dah ada kencing manis . uish , tak mau la Shi . .

p/s : kalau dah lama tak makan , tapi bila dah dapat , boleh tak makan sampai perut kembung ?