Monday, 25 March 2013

Cerita Sepanjang Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Tapah .

Bismillahirrahmanirrahim . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

dah lama tak jengah blog . dah 3 hari blog ni ditinggal dan dipinggirkan . actually , bukan suka suka tak nak jengah blog . ada kerja . ni sepanjang tiga hari ni , ada banyak benda nak cerita kat sini secara ringkas :) minggu lepas hari Rabu , Cik Nor (bos katering) ada panggil untuk kerja , masak masak . kali ni bukan untuk orang kawen , kali ni kami kena berniaga . bukak gerai dekat padang kat Tapah sebab ada Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia . 2 hari 3 malam kami berniaga . kami buat jualan makanan kat situ . kami jual mee kari/sup , laksa , bihun sup/kari . ni nak cerita sikit sepanjang 2 hari 3 malam kami berniaga kat karnival tu .

Jumaat (22 March 2013)
petang Jumaat , saya dan mama pergi la ke rumah sewa Cik Nor . masak masak untuk berniaga malam tu . dah selesai masak semua , dalam pukul 8 gitu kami pun terus pergi ke padang tempat karnival tu berlangsung untuk berniaga . malam tu ada forum perdana . sambil sambil berniaga tu dengar dengar lah sikit ceramah nya . lepas dah habis ceramah , kami kemas kemas gerai balik ke rumah sewa Cik Nor . sambung masak untuk berniaga esoknya . tidur pukul 2 pagi .

Sabtu (23 March 2013)
bangun pukul 6 pagi , sambung masak + buat preparation untuk berniaga hari ni . dah siap , dalam pukul 9 pagi , kami mula berniaga kat kawasan karnival . memang ramai sangat manusia hari ni . sampai tak menang tangan nak buat makanan untuk customer yang datang kat gerai kami . pagi tu , ada senam aerobik , aktiviti sukan , macam bola jaring , futsal , pameran . petang pulak ada game bola sepak . sempat la jugak tengok depa main .

 petang tu , masa duduk lepak lepak (customer dah kurang sikit) ada la 2 orang retis (actually artis) Astro datang kat gerai kami . lepak lepak . artis yang datang tu , Abu dari kumpulan Mamu Raja Lawak 4 dengan Shahrol dari Kumpulan Shiro Maharaja Lawak Mega . Abu Mamu Raja Lawak tu kejap je lepak . yang lepak lama si Shahrol tu . time tu , saya tengah buat sandwich . bila dah siap , boleh pulak Cik Nor suruh serve sandwich tu kat Shahrol Shiro . malu kot !dia siap bangun konon bagi penghormatan kat saya masa nak serve tu . malu lagi . Cik Nor nak ambik gambar , tapi malu dah menguasai diri , takde la ambik gambar dengan dia . masa dia nak makan , lagi la rasa malu . takut tak sedap . sebelum dia makan , sempat lagi dia buat lawak . bertambah tambah rasa malu tu . sempat jugak tengok dia makan . dalam 2 , 3 ketul jugak la dia makan sandwich tu . masa dia nak chow , dia cakap sandwich saya sedap ! dia kata rasa sandwich saya macam sandwich adik dia ! whoa , terharu kejap . hahaha . 

Abu kumpulan Mamu Raja Lawak 4 :D

tukang makan sandwich saya , Shahrol Shiro :D

p/s : sumber gambar dari pak cik Google :)
 
malam tu ada konsert . pengacaranya , si Shahrol tu . antara artis yang buat persembahan malam tu , Rini , Isma , Lufya , Nadia , Alif dengan Black . best la jugak . part yang paling best bila Shahrol buat rap lagu Teman Pengganti . hancur terus lagu tu . haha :D . kami selesai berniaga dalam pukul 12.30 malam gitu . penat gila !

Ahad (24 March 2013)
hari ni berniaga jugak . aktiviti hari ni masa karnival tu , ada acara sukaneka , pertandingan karaoke dengan battle of the band . berniaga macam biasa . customer pun ramai jugak . ada jugak YB yang datang singgah melawat . bila petang , hari dah gelap macam nak hujan . dalam pukul 4 lebih tuuuudiia , hujan lebat sesangat sampai banjir sikit . ! siap dengan ribut , kilat sekali . menakutkan la jugak . ada khemah yang roboh . nasib baik khemah kami berniaga tak roboh . kalau tak , naya je . Alhamdulillah semua okay . 

malam tu , ada persembahan kebudayaan dengan battle of the band . masa nak mulakan battle of the band , ada masalah teknikal . so jadi lambat mulanya . dalam pukul 11 baru nak mula battle nya . Alhamdulillah , malam tu semua jualan habis . kemas kemas lepas tu balik rumah sewa Cik Nor .

haa , tu la kisah sepanjang kami berniaga and karnival tu . overall , semuanya okay and happening . alhamdulillah , banyak rezeki kami sepanjang 3 hari tu . rasanya , dah banyak saya taip . stop kat sini dulu ye . hehe

                                                Okay , thats all for now
                                                       Thank you

                                                   Assalamualaikum

Monday, 18 March 2013

Alhamdulillah , Result STPM Yang Memuaskan :D

Bismillahirrahmanirrahim . .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

sepatutnya , entry ni ditaip semalam . tapi ada je halangan bila nak menaip . so hari ni baru dapat peluang untuk berkongsi sedikit apa yang saya rasa semalam . Alhamdulillah ..

semalam 18 March . bagi orang biasa tarikh tu biasa je . tapi bagi student STPM batch 2011/2012 tarikh ni la yang di nanti-nantikan . yes ! semalam result STPM keluar . Alhamdulillah . keputusan keluar pukul 12 tengah hari semalam . saya pegi sekolah lebih kurang pukul 12.15 gitu . sampai je depan pagar sekolah , tangan dah menggigil . rasa takut tu dah datang dah . rasa macam nak balik pun ada . tapi teruskan je laa . nasib baik ada Ain sekali masa tu . takde la sorang sorang masuk dalam sekolah .

sampai je kat dewan , tengok kawan kawan yang lain sibuk menge'call' orang , bersembang pasal result depa , ada yang tengah beratur nak ambik result . bertambah cuak lagi rasanya . selalunya , orang pergi ambik result sendiri dulu baru nak sibuk tengok result orang lain . saya pulak , sibuk tengok result orang lain , baru nak pergi ambik result sendiri . first , saya pergi jumpa guru kelas dulu . ambik sijil sijil yang berkenaan . lepas dah ambik sijil semua , baru laa beratur nak ambik result .

tiba je giliran , rasa takut tu dah masuk tahap nak terkeluar jantung . lagi lagi cikgu pulak yang tolong koyakkan slip tu . so , dia la orang pertama yang tau result tu . lepas dah diserahkan result tu , bukak and taraaaa !
                                                             .
                                                             .
                                                             .
                                                             .
                                                             .
*ambik dari laman portal MPM* 
 
ni lah result STPM saya . lepas dah tambah bahagi semua , pointer keseluruhan 2.75 . walaupun takde la hebat mana , tapi saya sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat . ALHAMDULILLAH . bila mak and ayah tengok result ni semalam pun , depa agak happy la jugak . 

 okay , sambung cerita kat sekolah tadi . lepas dah bukak result tu , memang happy la sebab lulus semua . 4 Principal . Alhamdulillah . agak lama jugak la lepak kat sekolah . tunggu kawan kawan yang lain sampai sebab nak tau result depa . haha . menyebok je kan . apa apa pun tahniah kat semua kawan kawan yang dah berjaya dapat keputusan yang baik . semoga anda semua dapat masuk universiti pilihan and dapat course yang anda minat . tahniah diucapkan .

terima kasih jugak kat semua cikgu cikgu Tingkatan 6 SMK Bidor , Cikgu Juhaizam , Cikgu Fendi , Cikgu Ridzuan , Cikgu Wahab , Sir Azizul , Cikgu Zalida , Cikgu Hasmahani , Cikgu Norehan , Cikgu Lily and Miss Chan . tak lupa jugak kat semua sahabat sahabat Pra-U A 1 dan Pra-U A 2 , terima kasih untuk segalanya . mudaha mudahan kita semua dapat menjejak kaki ke menara gading . in shaa Allah . 

result dah dapat . sekarang , misi untuk isi UPU pulak . haa , yang ni satu hal lagi . pening nak mengisinya . nak pilih course apa , uni mana . kalau sikit tu takpe la jugak , ni suruh pilih sampai lapan . yang saya minat ada la satu dua macam tu . yang 6 lagi nak bubuh apa ? kena pikir betul betul sebelum isi UPU tu . mudah mudahan semuanya dipermudahkan . Amiinn  . . 

hari khamis ni pulak , result SPM keluar . my sista , si Ati punya turn pulak ambik result . haha . tapi , saya tengok dia cool je . macam takde perasaan . anak aunty Farah pun sama jugak ambik result SPM khamis ni .  by the way , harap harap result depa okay dan cemerlang . Amiinn . . 

                                                  Okay , thats all for now
                                                          Thank you

                                                      Assalamualaikum
                                                      

Thursday, 14 March 2013

Finally , 18 March :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera . . 

semalam kawan saya si Ain text saya . dia cakap result STPM keluar 18 hari bulan ni . dia kata kali ni CONFIRM . ye laa , sebelum ni ada ura ura kata result STPM keluar 7 March lepas . tapi takde . Ain cakap dia dengar berita tu kat Radio Era . saya pun macam percaya dengan tak percaya je . lepas tu bukak Facebook tengok kat group sekolah , cikgu Juhaizam ada kasi tau benda yang sama jugak . bermakna , sah la berita tuu . . pagi tadi baru baca surat khabar semalam . ada terjumpa laporan yang menyatakan result keluar hari Isnin ni nanti . so kali ni , memang betul betul yakin yang result keluar 18 March ! tak sabar nak pergi ambil . 


result STPM tu boleh diambil kat sekolah pukul 12 tengah hari nanti . nak check kat portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pun boleh . kalau malas nak pergi sekolah atau bukak internet , guna je SMS . lagi senang . tapi bagi saya , saya tak akan check guna SMS atau kat portal MPM tu . saya nak pergi ambik terus kat sekolah . baru best ! jumpa kawan kawan , cikgu cikgu . boleh jugak share result tu dengan kawan kawan kan . (kalau result tu okay laa . kalau tak okay , balik rumah terus ! haha ) kat sekolah nanti boleh mintak pendapat cikgu pasal course yang sesuai untuk masuk universiti nanti kan ? (in shaa Allah)

mungkin sekarang ni ada antara kawan kawan saya yang tak senang duduk nak tunggu result hari Isnin ni nanti . nervous ? ? bagi saya , nervous tu tak ada lagi kat dalam diri ni . tapi mungkin ada kawan kawan yang tak lena tidur malam fikirkan pasal result tu . nervous saya datang bila saya dah masuk pagar sekolah nak pergi ambik result tu . memang dari dulu macam tu . tak tau laa kenapa ==' . 

apa apa pun , tunggu je laa hari Isnin nanti . still ada masa lagi nak berdoa kat Yang Maha Esa . minta minta semua nya baik dan dapat keputusan yang cemerlang . doakan saya dan kawan kawan saya dapat keputusan yang baik dalam STPM ni . kepada student PRA-U SMK BIDOR BATCH 2011/2012 , saya harap kita semua akan dapat keputusan yang baik nanti . mudah mudahan semuanya akan dipermudahkan . sama samalah kita berdoa supaya kita dapat keputusan yang cemerlang . Amiinn . . jumpa hari Isnin ni :)




Okay , thats all for now
Thank you 

Assalamualaikum  
 

Monday, 11 March 2013

Apabila Adik Beradik Mama Berkumpul . .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

tadi Cik Laili , Andak , Acu and Acik datang rumah . depa ni semua adik mama . Andak and Acu datang dari Tapah . Cik Laili and family datang dari Sungkai . Acik dari belakang rumah je . depa datang petang tadi . minum minum petang . then dalam pukul 6.30 gitu , mama terus je cakap kat Cik Ina (wife Cik Laili) "makan malam kat sini ye ? " saya terus cakap kat mama "Jom masak ! " terus pergi dapur dan mulakan masakan . . 

menu makan malam tadi , ayam masak kicap , ikan kering goreng , ikan pekasam , tumis sayur kacang , jelatah , ikan goreng , sambal kelapa , sambal belacan , ulam ulam and asam pedas . banyak kan ? haa tu la jadi bila dah ramai . makan ramai ramai memang best . riuh satu rumah . saya dengan Acu sampai berebut rebut sambal kelapa . Acu tu memang macam tu . tak pernah tengok orang senang . ada je benda nak sakat orang .  

 

lepas dah makan makan , kemas kemas, basuh pinggan semua , duk laa lepak lepak sambil tengok TV . cik sepupu sepapat dari yang kecik sampai ke besor bercakap non stop ! memang meriah habis ! and just now , Cik Laili with his family and Acu baru je balik . tinggal laa Andak kat rumah ni dan keadaan menjadi normal semula (tak berapa nak meriah dahh ) 

                                                 Okay , thats all for now 
                                                         Thank you 

                                                      Assalamualaikum 

Sunday, 10 March 2013

Selamat Hari Lahir yang ke 15 cik sepupu :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

Selamat hari lahir , happy birthday , sannah helwah NORTANTIANA BADRUL HISHAM ! (kak yong)

tadi baru je balik dari birthday party kat rumah kak yong . actually kak yong tak tau ibu , atok , opah and pakcik makcik dia nak buat party untuk dia . senyap senyap je . kengkawan dia pun join sekaki "bersubahat" dengan family kak yong ni . birthday party yang simple tapi awesome ! thanks kak ecah and family jemput kami sekeluarga ! 

birthday girl
*sorry aku 'curi' gambo ko kat FB* 


tadi masa mula mula kak yong sampai dari lepak dengan kawan kawan dia yang "bersubahat" tu , terserlah terkejut + terharunya ! sampai nangis terharu . alololo . haha . lepas acara potong kek , bergambar semua , kami makan makan . menu yang disediakan bihun goreng , jajan , keropok keropok , cekelat and air gas berkarbonat ! (macam poyo je ayat tu kan ? ) 

lepas kenyang semua , kami senyap senyap ambik tepung and terus baling ke kak yong ! terkejut lagi budak tu . habis satu badan dia penuh dengan tepung . haha . sorry ye yong . bukan selalu . siapa yang join main tadi habis kena tepung termasuk la saya . hahaha . memang best ! okay kak yong , alang takde hadiah nak bagi kat kak yong . alang cuma 
 boleh buat entry ni untuk kak yong . terima lah dengan hati yang ikhlas ye . hahaha :D


nah , kek untuk ayong . hehe :D

Okay , thats all for now
Thank you

Assalamualaikum   

Sunday, 3 March 2013

Bercuti di Cameron Highland :D

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

Alhamdulillah , sudah selamat sampai dari Cameron Highland . Aunty Farah , Aunty Liza , Uncle Mie , Aunty Dottie , Toksu and the kids meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. semoga dipermudahkan . amiinn :)

kami naik ke Cameron semalam lebih kurang pukul 10 pagi dari rumah saya . 3 kereta yang pergi . maka , bermulalah perjalanan kami ke sana . kami ikut Tapah . nak ikut Simpang Pulai , jauh . jalan punya jalan , singgah kat Lata Iskandar sebab si kecik Umar nak tengok air terjun . suka betul dia bila tengok air terjun tu . around 15 minutes , kami pun continue our journey naik atas nuuun . . macam biasa laa , bila naik Cameron , kita kena spare minyak angin , ubat tahan muntah bagai . takut takut ada yang tak tahan nak muntah . ye laa , jalan nak ke sana macam ular kena palu . Alhamdulillah , tak ada yang muntah . pening pening tu biasa laa .

around 2 jam perjalanan , kami stop kat Cameron Valley . kami lepak kat situ minum teh perisa strawberry dengan makan scone . memang best ! agak lama jugak laa lepak kat situ . lepas dah puas makan and minum teh , kami pun terus pergi check in apartment Crown Imperial Court kat town Brinchang . dah angkat segala barang masuk apartment , kami rehat rehat , ibu ibu masak untuk lunch . dah makan , lepak sementara tunggu pasar malam bukak . cuaca kat sana , masyaAllah sejuk ! ! ditambah lagi hari hujan . lagi laa sejuk . toksu siap berselubung dengan comforter sebab sejuk sangat . lepas hujan berhenti , kami semua pergi pasar malam . memang ramai sangat orang . macam macam yang kami beli . siap beli stoking lagi sebab sejuk sangat ! separuh jalan , hujan balik . berteduh la kami kat khemah orang meniaga tu .dah reda sikit hujan  suddenly , Aunty Farah and Aunty Liza cakap depa nak balik apartment . rupanya badan Imann dah mula panas . demam . si kecik Umar pulak dah mengantuk . so depa pun balik apartment , kami yang lain , teruskan jelajah pasar malam tu . kami balik apartment before maghrib . 

malam tu , lepas makan makan , Aunty Farah , Aunty Liza , Aunty Dottie and mama kata nak keluar . saya pun join la depa . kami berlima turun ke bawah nak beli ubat . alih alih pergi balik ke pasar malam . ye laa , Aunty Farah and Aunty Liza tak puas jalan kat pasar malam tuu . macam macam yang dibelinya . Aunty Liza siap beli strawberry coklat sampai RM50 ! banyak betul dibelinya ! dah puas memborong , naik balik apartment . lepak , makan and tidor . Z z z Z

pagi tadi lepas breakfast , kami keluar pergi jalan jalan lagi . destinasi kami , pergi Cactus Point . macam macam jenis , saiz kaktus yang ada . bunga bunga pun ada jugak . Aunty Dottie banyak jugak beli kaktus kat situ . mama beli bunga ros . then , kami ke satu tempat ni lagi (lupa apa nama tempat tu) . kat situ , kami jalan jalan + membeli Strawberry kering . kat situ jugak ada kebun cendawan . macam macam cendawan ada . and for sure ,  pergi mana mana mesti ada je yang tanam strawberry . lepas tu , kami balik apartment , kemas kemas then check out . before turun , kami singgah kat Big Red Strawberry Farm . makan makan kat situ . Nisa belanja . thank you Nisa . kat situ jugak , ibu ibu borong sayur sayuran . murah harganya ! sebungkus RM2 . fresh pulak tuu . Aunty Dottie ada belikan mama satu pokok bunga kat sini jugak . thank you Aunty Dottie . dah habis jelajah , kami pun teruskan lah perjalanan balik . kat bawah ni ada sikit gambar masa kami kat atas  (DARI CAMERA AUNTY FARAH . THANKS FOR THE PICTURE)

 
Si Kecik Umar :)

                                                                                  


 
Ehh ? ? 

 
besar kan kaktus tu ? ? 


 
:D


 
Aunty Liza

 
Nisa and Aunty Farah ;)

 
with my mama and sista !


 
Aunty Farah and Yin ;)


 
Ibu Ibu borong sayur :D

 
Imann ;)

 
the kids :)


 
Nisa :D

 
muda mudi <3


 
Aunty Dottie ;)

 
Nisa and Yin ;)

 
Aunty Dottie and Mama <3
 terima kasih banyak banyak Aunty Farah , Aunty Liza , Aunty Dottie , Uncle Mie , Toksu , Nisa , Yin and the kids sebab sudi invite kami . seronok sangat . semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu . love <3 <3

                                                Okay , thats all for now
                                                       Thank you

                                                    Assalamualaikum

Friday, 1 March 2013

Sannah Helwah Fatih Seferagic :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera . . 

hari ni , 2 Mac 2013 . bukak Facebook tengok ada satu satu status dari Fatih Seferagic . dia taip kat situ "I turned 18 today alhamdulillah :)" . apa ? ? dia baru 18 tahun ? ? MasyaAllah . ,muda lagi rupanya jejaka ni . ingatkan dah 20 something . SubhanAllah . Sannah Helwah ya Akhi . Barakallahu Fiek . 

for those yang tak tahu siapa Fatih Seferagic ni , dia seorang jejaka tampan yang dilahirkan kat German . sekarang dia stay kat Houston . dia jugak seorang cikgu Quran . SubhanAllah , muda muda dah jadi cikgu Quran . apa yang saya tau , dia ni hafal 30 juzuk al Quran . Alhamdulillah . . kalau nak tau lagi pasal Fatih Seferagic ni , silalah Google pasal dia . dia jugak ada Facebook account . taip je nama Fatih Seferagic atau klik sini . in shaa Allah , hujung bulan June nanti dia nak datang Malaysia . ada program kat sini . program apa , Wallahu'alam . . kalau dapat join program tu mesti best kan . whoaa . . anyway , happy birthday , sannah helwah Fatih Seferagic . may Allah bless you always . Amiinn :)






Okay , thats all for now
Thank You 

Assalamualaikum