Monday, 25 March 2013

Cerita Sepanjang Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Tapah .

Bismillahirrahmanirrahim . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

dah lama tak jengah blog . dah 3 hari blog ni ditinggal dan dipinggirkan . actually , bukan suka suka tak nak jengah blog . ada kerja . ni sepanjang tiga hari ni , ada banyak benda nak cerita kat sini secara ringkas :) minggu lepas hari Rabu , Cik Nor (bos katering) ada panggil untuk kerja , masak masak . kali ni bukan untuk orang kawen , kali ni kami kena berniaga . bukak gerai dekat padang kat Tapah sebab ada Karnival Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia . 2 hari 3 malam kami berniaga . kami buat jualan makanan kat situ . kami jual mee kari/sup , laksa , bihun sup/kari . ni nak cerita sikit sepanjang 2 hari 3 malam kami berniaga kat karnival tu .

Jumaat (22 March 2013)
petang Jumaat , saya dan mama pergi la ke rumah sewa Cik Nor . masak masak untuk berniaga malam tu . dah selesai masak semua , dalam pukul 8 gitu kami pun terus pergi ke padang tempat karnival tu berlangsung untuk berniaga . malam tu ada forum perdana . sambil sambil berniaga tu dengar dengar lah sikit ceramah nya . lepas dah habis ceramah , kami kemas kemas gerai balik ke rumah sewa Cik Nor . sambung masak untuk berniaga esoknya . tidur pukul 2 pagi .

Sabtu (23 March 2013)
bangun pukul 6 pagi , sambung masak + buat preparation untuk berniaga hari ni . dah siap , dalam pukul 9 pagi , kami mula berniaga kat kawasan karnival . memang ramai sangat manusia hari ni . sampai tak menang tangan nak buat makanan untuk customer yang datang kat gerai kami . pagi tu , ada senam aerobik , aktiviti sukan , macam bola jaring , futsal , pameran . petang pulak ada game bola sepak . sempat la jugak tengok depa main .

 petang tu , masa duduk lepak lepak (customer dah kurang sikit) ada la 2 orang retis (actually artis) Astro datang kat gerai kami . lepak lepak . artis yang datang tu , Abu dari kumpulan Mamu Raja Lawak 4 dengan Shahrol dari Kumpulan Shiro Maharaja Lawak Mega . Abu Mamu Raja Lawak tu kejap je lepak . yang lepak lama si Shahrol tu . time tu , saya tengah buat sandwich . bila dah siap , boleh pulak Cik Nor suruh serve sandwich tu kat Shahrol Shiro . malu kot !dia siap bangun konon bagi penghormatan kat saya masa nak serve tu . malu lagi . Cik Nor nak ambik gambar , tapi malu dah menguasai diri , takde la ambik gambar dengan dia . masa dia nak makan , lagi la rasa malu . takut tak sedap . sebelum dia makan , sempat lagi dia buat lawak . bertambah tambah rasa malu tu . sempat jugak tengok dia makan . dalam 2 , 3 ketul jugak la dia makan sandwich tu . masa dia nak chow , dia cakap sandwich saya sedap ! dia kata rasa sandwich saya macam sandwich adik dia ! whoa , terharu kejap . hahaha . 

Abu kumpulan Mamu Raja Lawak 4 :D

tukang makan sandwich saya , Shahrol Shiro :D

p/s : sumber gambar dari pak cik Google :)
 
malam tu ada konsert . pengacaranya , si Shahrol tu . antara artis yang buat persembahan malam tu , Rini , Isma , Lufya , Nadia , Alif dengan Black . best la jugak . part yang paling best bila Shahrol buat rap lagu Teman Pengganti . hancur terus lagu tu . haha :D . kami selesai berniaga dalam pukul 12.30 malam gitu . penat gila !

Ahad (24 March 2013)
hari ni berniaga jugak . aktiviti hari ni masa karnival tu , ada acara sukaneka , pertandingan karaoke dengan battle of the band . berniaga macam biasa . customer pun ramai jugak . ada jugak YB yang datang singgah melawat . bila petang , hari dah gelap macam nak hujan . dalam pukul 4 lebih tuuuudiia , hujan lebat sesangat sampai banjir sikit . ! siap dengan ribut , kilat sekali . menakutkan la jugak . ada khemah yang roboh . nasib baik khemah kami berniaga tak roboh . kalau tak , naya je . Alhamdulillah semua okay . 

malam tu , ada persembahan kebudayaan dengan battle of the band . masa nak mulakan battle of the band , ada masalah teknikal . so jadi lambat mulanya . dalam pukul 11 baru nak mula battle nya . Alhamdulillah , malam tu semua jualan habis . kemas kemas lepas tu balik rumah sewa Cik Nor .

haa , tu la kisah sepanjang kami berniaga and karnival tu . overall , semuanya okay and happening . alhamdulillah , banyak rezeki kami sepanjang 3 hari tu . rasanya , dah banyak saya taip . stop kat sini dulu ye . hehe

                                                Okay , thats all for now
                                                       Thank you

                                                   Assalamualaikum

Post a Comment