Assalamualaikum dan salam sejahtera . .
sepatutnya , entry ni ditaip semalam . tapi ada je halangan bila nak menaip . so hari ni baru dapat peluang untuk berkongsi sedikit apa yang saya rasa semalam . Alhamdulillah ..
semalam 18 March . bagi orang biasa tarikh tu biasa je . tapi bagi student STPM batch 2011/2012 tarikh ni la yang di nanti-nantikan . yes ! semalam result STPM keluar . Alhamdulillah . keputusan keluar pukul 12 tengah hari semalam . saya pegi sekolah lebih kurang pukul 12.15 gitu . sampai je depan pagar sekolah , tangan dah menggigil . rasa takut tu dah datang dah . rasa macam nak balik pun ada . tapi teruskan je laa . nasib baik ada Ain sekali masa tu . takde la sorang sorang masuk dalam sekolah .
sampai je kat dewan , tengok kawan kawan yang lain sibuk menge'call' orang , bersembang pasal result depa , ada yang tengah beratur nak ambik result . bertambah cuak lagi rasanya . selalunya , orang pergi ambik result sendiri dulu baru nak sibuk tengok result orang lain . saya pulak , sibuk tengok result orang lain , baru nak pergi ambik result sendiri . first , saya pergi jumpa guru kelas dulu . ambik sijil sijil yang berkenaan . lepas dah ambik sijil semua , baru laa beratur nak ambik result .
tiba je giliran , rasa takut tu dah masuk tahap nak terkeluar jantung . lagi lagi cikgu pulak yang tolong koyakkan slip tu . so , dia la orang pertama yang tau result tu . lepas dah diserahkan result tu , bukak and taraaaa !
.
.
.
.
.
*ambik dari laman portal MPM*
ni lah result STPM saya . lepas dah tambah bahagi semua , pointer keseluruhan 2.75 . walaupun takde la hebat mana , tapi saya sangat bersyukur dengan apa yang saya dapat . ALHAMDULILLAH . bila mak and ayah tengok result ni semalam pun , depa agak happy la jugak .
okay , sambung cerita kat sekolah tadi . lepas dah bukak result tu , memang happy la sebab lulus semua . 4 Principal . Alhamdulillah . agak lama jugak la lepak kat sekolah . tunggu kawan kawan yang lain sampai sebab nak tau result depa . haha . menyebok je kan . apa apa pun tahniah kat semua kawan kawan yang dah berjaya dapat keputusan yang baik . semoga anda semua dapat masuk universiti pilihan and dapat course yang anda minat . tahniah diucapkan .
terima kasih jugak kat semua cikgu cikgu Tingkatan 6 SMK Bidor , Cikgu Juhaizam , Cikgu Fendi , Cikgu Ridzuan , Cikgu Wahab , Sir Azizul , Cikgu Zalida , Cikgu Hasmahani , Cikgu Norehan , Cikgu Lily and Miss Chan . tak lupa jugak kat semua sahabat sahabat Pra-U A 1 dan Pra-U A 2 , terima kasih untuk segalanya . mudaha mudahan kita semua dapat menjejak kaki ke menara gading . in shaa Allah .
result dah dapat . sekarang , misi untuk isi UPU pulak . haa , yang ni satu hal lagi . pening nak mengisinya . nak pilih course apa , uni mana . kalau sikit tu takpe la jugak , ni suruh pilih sampai lapan . yang saya minat ada la satu dua macam tu . yang 6 lagi nak bubuh apa ? kena pikir betul betul sebelum isi UPU tu . mudah mudahan semuanya dipermudahkan . Amiinn . .
hari khamis ni pulak , result SPM keluar . my sista , si Ati punya turn pulak ambik result . haha . tapi , saya tengok dia cool je . macam takde perasaan . anak aunty Farah pun sama jugak ambik result SPM khamis ni . by the way , harap harap result depa okay dan cemerlang . Amiinn . .
Okay , thats all for now
Thank you
Assalamualaikum
tahniah :) dh berjaya nt jgn lupe kite .
ReplyDeleteterima kasih momo . in shaa Allah , tak lupa :)
Deletealhamdulillah..tahniah ya shida..nanti isi upu tu isi elok2 tau...buat kajian sikit..huhu..:)
ReplyDeletealhamdulillah , terima kasih alyn . in shaa Allah :)
DeleteTahniah! Cepat isi borang UPU. Khamis ni turn ati and nisa pulak.... dup dap dup dap!
ReplyDeletehehe thank you thank you . haa tu laa . tak sabar nak tunggu result diorang ! :D
Deletehye saya sama pointer dengan awak heheh btw saya stpm tahun 2018
ReplyDelete