Wednesday, 24 April 2013

Hilang Lagi .

Assalamualaikum . hari tu Bulat , GiGi dengan Buruk Rupa yang hilang . kali ni Putih dengan Kuning pulak . tak tau laa apa nak jadi dengan nasib kucing kucing kat rumah ni . daripada 12 ekor kucing kat rumah ni , sekarang tinggal 4 je ? awat jadi macam tu ? ye laa , ada yang mati , ada yang hilang tanpa dapat dikesan . kesian kucing kucing tu . sedih T_T

Si Putih dengan Kuning ni hilang semalam . tu pun ayah yang kasi tau . semalam , saya , mak dengan Ati takde kat rumah . kami pergi rumah sedara tolong dia masak sebab ada orang order  mi rebus kat dia . bila ayah datang petang semalam kat rumah sedara tu , dia kata Putih dengan Kuning tak balik rumah . dari pagi sampai lah ke malam takde jugak nampak batang hidung kedua ekor tu . mana la depa ni pergi . haih . .

mengikut firasat (ceewaah ! firasat kunun ) Putih dengan Kuning ni hilang atas 1 sebab je . kena baham dengan ular .

kena baham dengan ular .
     
teori ni memang tak dapat nak dinafikan . even mak sendiri pun berfirasat sedemikian . gini cerita nya .  kat sebelah rumah ada satu rumah kosong . dah lama tak berpenghuni . well , kalau dah nama tak berpenghuni , mesti kawasan rumah nya penuh dengan semak samun , lalang bagai . and boleh jadi si ular pun menetap kat situ . ayah ada juga mesin , tebas semak semak kat rumah kosong tu , tapi ayah tak berani nak tebas semua . sebab ada jiran jiran pernah nampak ular kat area area rumah kosong tu . pak cik saya sendiri pun pernah nampak . 

yeah , buat masa sekarang , teori ni je yang kuat bermain di minda . sebab nya , kucing kucing ni suka main dekat tepi pagar jaring tu . kadang kadang celus ke kawasan "bahaya" tu . tambah pulak kami takde kat rumah semalam , so takde sape nak tengok tengokkan kucing tu . 

sedih pulak rasanya bila kucing kat rumah ni makin lama makin kurang . kalau time depa banyak dulu , part yang paling best bila nak bagi makan sebab depa akan berebut rebut , memanjat sana sini sebab nak makan . sekarang tinggal 4 ekor je . dah tak best and meriah macam dulu . sekarang kucing kucing yang tinggal , THOR , POPOK , ATAM dengan TAK BERNAMA . huuu T_T


Okay , thats all for now
Thank you

Assalamualaikum  
 

Tuesday, 23 April 2013

Happy Birthday Nina :D

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum . hari ni 23 April . yea , hari ni birthday Nina . she is one of my best friend . entry kali ni special untuk awak , kawan . hee . ni nak ucapkan Selamat Hari Lahir , Happy Birthday , Sannah Helwah ! sorry , hadiah takde . ingatkan nak buat kad tadi , tapi tak sempat . esok in shaa Allah saya bagi ye . 


semoga awak panjang umur , di murahkan rezeki , dikurniakan kesihatan yang baik . saya doakan awak sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari Ilahi . semoga hidup awak jugak sentiasa happy , ceria bersama dengan orang orang yang menyayangi awak ;)



 Sweet 20 :)



Okay , thats all for now
Thank you

Assalamualaikum

Wednesday, 17 April 2013

Hanya Perlu Menunggu Dan Berdoa . .

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

2 hari lepas yakni 15 APRIL , permohonan kemasukan ke IPTA / POLITEKNIK untuk lepasan SPM , STPM , DIPLOMA , MATRIKULASI dan seangkatan dengannya (ada lagi ke selain yang dinyatakan ? hehe ) dah tutup . dari bulan Januari dulu dia bukak permohonan baru 2 hari lepas dia tutup . lama gila . berdasarkan daripada Facebook UPU , dia kata masa permohonan kali ni , paling panjang . 99 hari . memang lama . 


dari Facebook UPU

dalam tempoh 99 hari tu , saya hanya menggunakan lebih kurang dalam jangka masa 2 minggu (mungkin lagi sikit daripada yang dinyatakan ) saya isi lepas dapat result . dan hanya kemaskini sebanyak 2 kali sahaja . padahal dia kasi chance kemaskini 3 kali . tapi saya buat dua kali je ? ish ish ish , bazir je yang last tu . tapi takpe , harap harap semua yang saya isi tu betul dan menepati apa yang dia nak . course yang dipilih pun , Alhamdulillah , kebanyakannya saya minat . terima kasih kat kaunselor sekolah sebab tolong saya buat pilihan . sebab sebelum ni saya tak tau nak isi apa . huh teruk gila kau shidah =,=  

mudah mudahan apa yang saya isi tu betul , tepat dan course yang dipilih tu harap harap ada la sangkut nanti . Amiinn . . tolong doakan yea . heee . .

kepada semua kengkawan , saya doakan semoga permohonan anda juga nanti diterima dan berjaya ke menara gading seperti yang diimpikan , in shaa Allah . sama sama lah kita Menunggu dan Berdoa . .




" semoga impian ku untuk ke menara gading akan tercapai "

Okay , thats all for now
thank you

Assalamualaikum  


 
 

Monday, 15 April 2013

Selamat Pengantin Baru , Mashi :)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera . semalam one of my beloved friend telah melangsungkan perkahwinannya . Alhamdulillah . berjuta tahniah untuk Masitah binti Mohd Kamil ( Mashi ) dan pasangannya . I'm happy for you dear :')

berdasarkan info yang saya dapat daripada Dayah , Mashi nikah 13 April hari bersamaan dengan birthday dia . ohh , memang sweet . tak sangka , dalam ramai ramai , Mashi kawin dulu . tapi , masa majlis walimatul urus dia semalam , saya tak pergi . memang sedih sangat ! maaf ye Mashi . bukan tak nak datang , tapi tak ada transport . wuuwuu T_T . memang teringin sangat nak tengok Mashi naik pelamin . tapi , apakan daya , tak ada rezeki . .


 tapi , takpe . untuk Mashi , shida doakan semoga Mashi tabah melalui kehidupan yang baru sebagai seorang isteri , semoga Mashi jadi isteri yang solehah dan taat pada suami dan semoga menjadi ibu yang penyayang dan terbaik untuk bakal bakal zuriat Mashi nanti . In shaa Allah . . SELAMAT PENGANTIN BARU , Dear :') 

waktu jamuan tingkatan 5 . cepat masa berlalu . and now , you're married :')

Okay , thats all for now 
Thank you
Assalamualaikum  

Saturday, 13 April 2013

Salah Seorang Daripada Penerima Anugerah . Alhamdulillah . .

Bismillahirrahmanirrahim . .

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

Alhamdulillah , pagi tadi dapat menghadiri majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Bidor kali ke 9 . dan saya salah seorang daripada penerima anugerah tu . Syukur Alhamdulillah . and now , nak cerita la sikit pasal Hari Anugerah tu tadi .

pagi tadi pergi sekolah pukul 8 . ayah hantar . lepas semua tetamu kehormat sampai , majlis pun bermula dalam pukul 8.30 . macam biasa la kan , kalau dah majlis rasmi macam ni , mesti ada ucapan kan . tadi 3 orang berucap . pegawai PPD , pengetua yang comel and lagi sorang sape tah . tak ingat . hee . kalau bab bab dengar ucapan ni , memang agak tak berapa nak suka la kan . dengar sikit sikit je . selebihnya , bersembang dengan kengkawan . hahah teruk betul perangai . lepas 3 orang tetamu tu habis ucapan , ada persembahan dari student . lepas persembahan , acara penyampaian hadiah pun mula . start dari kelas Pendidikan Khas , sampai laa ke Form 6 . 

bila dah sampai turn Form 6 nak ambik hadiah , tetiba je rasa malu . hahah . ye laa , tak pernah pernah naik pentas ambik hadiah , tetiba je kali ni naik pulak . Alhamdulillah , semua okay tadi . ni nak kasi tau sikit nama nama student Form 6 batch 2011/2012 yang dapat anugerah tadi . seramai 27 orang yang dapat Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2012 .

1. Nur Hidayu (Best Student untuk STPM)
2. Shomaskumar
3. Mohamad Fadil
4. NorAdillah 
5. Sahrul
6. Lee Li Kuan
7. Soh Chui Ling
8. Ummu Kalsum
9 . Muhammad Zulfaqeh
10. Tew Kok Hoong
11. Rahmawati
12. Nadhirah
13. NurHashidah (thats me !)
14. Faizol
15. Renuka
16. Nurul Aqilah 
17. Ayu Hartini
18. Vasanti 
19. Karthiyahini
20. Mohamad Razib
21. Umi Aliah
22. Mazuin
23. Nurul Hidayah
24. Abdul Qayyum
25. Malisa
26. Nurul 'Izzati
27. Wong Yee Bing

haa , ni laa nama nama yang dapat anugerah tu tadi . Alhamdulillah , lepas selesai bahagian satu penyampaian hadiah ni , ada persembahan lagi dari student dengan cikgu . kali ni koir . tadi choral speaking . lepas persembahan , sambung balik penyampaian hadiah . kali ni lebih kepada cikgu cikgu yang ambik hadiah . kebanyakkannya untuk subjek yang dapat pencapaian tertinggi untuk SPM dan STPM . dah selesai semua , ada jamuan dan majlis pun bersurai . 

Tahniah diucapkan kepada NorHidayu sebab jadi pelajar terbaik untuk STPM 2012 . kepada Shomaskumar , tahniah jugak sebab jadi tokoh pelajar . kepada cikgu cikgu , terima kasih atas usaha dan ilmu yang cikgu dah bagi kat kami ni . terima kasih sangat sangat :D

Sijil Penghargaan 

piala (ni pun panggil piala ke ? )

 
ehem ;)

lepas dah habis semua majlis Hari Anugerah ni , pergi kenduri dekat rumah sedara . ada kenduri akikah dan doa selamat . makanan dia sedap ! memang best makan tadi . Alhamdulillah . rezeki tuu . dekat rumah sedara tu ada banyak bebudak kecik . comel comel belaka ! yang paling comel anak Tante Eka la . Arissa , Amani dengan Aryan . whoa ! memang excited dapat jumpa Aryan . comel dan baik gila ! rasa macam nak bawak balik je . . selesai kenduri , dalam pukul 4 baru laa sampai rumah . Alhamdulillah , hari yang happy . terima kasih Yaa Allah :')

Amani baru lepas nangis

  Aryan yang suka masukkan jari dalam mulut

 Mak dengan Tante Eka :)

Aryan yang comel , baik dan manja <3


Okay , thats all for now 
Thank you

Assalamualaikum 
 

Tuesday, 9 April 2013

Dapat Anugerah ? ?

Bismillahirrahmanirrahim . . 
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Alhamdulillah , baru je selesai masak untuk tengahari ni . menunya , gulai taucu dan ikan goreng . ya , itu sahaja . simple menu for lunch today :)

hari ni , pagi pagi lagi dah dapat berita yang sangat happy . Alhamdulillah . macam ni , pagi tadi bukak FB . tetiba dapat satu komen dari one of my friend , Shomas . ni haa komen yang dia bagi  . 

  
hari anugerah ? surat jemputan ? ? seriously ? ? unbelievable . serius ! macam tak percaya je . mula mula rasa macam "aku ni mamai ke apa ni ? " then , terus mesej Shomas untuk dapatkan kepastian . dan Alhamdulillah , betul . .

selama bertahun tahun sekolah menengah dari Form 1 sampai laa ke Form 5 , tak pernah pernah dapat jemputan untuk hadir ke majlis Hari Anugerah Sekolah . kali ni , Alhamdulillah dapat . bersyukur sangat sangat . . sebelum ni , masa dari lower six sampai ke upper six , memang dah simpan angan angan and impian nak dapat anugerah . impian dan angan angan ni datang waktu tengok senior senior Form 6 yang lepas lepas dapat anugerah . so , dari situ lah angan angan nak hadir and ambik anugerah kat sekolah tu muncul . .

dan In shaa Allah , semua angan angan serta impian tu akan terlaksana hari Sabtu ni . In shaa Allah dengan izin-Nya . Ramai jugak kengkawan yang lain dapat jemputan untuk Hari Anugerah ni nanti . Alhamdulillah . . nanti kita jumpa kat sekolah ye . hehe

nama nama yang kena datang untuk Hari Anugerah tu nanti :)


angan angan ku menjadi nyata . In shaa Allah :)

Okay , thats all for now
Thank you

Assalamualaikum   

Cara Syaitan Nak Goda dan Sesatkan Manusia . .

Bismillahirrahmanirrahim . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Alhamdulillah , tadi baru je balik dari surau . ada kuliyyah agama . lepas solat Maghrib berjemaah , kuliyyah agama pun start . actually , dah lama tak pergi kuliyyah kat surau . ada je kekangan nak pergi . nahh , hari ni Alhamdulillah berkesempatan pergi dengan mak and Ati . tajuk kuliyyah hari ni lebih kurang macam tajuk kat atas tu haa . so ni nak share sikit laa apa yang saya dapat masa kuliyyah tu tadi . .

Ustaz tu bagi 3 cara macam mana syaitan nirrojim tu goda and nak sesatkan kita . ni saya cuba ringkaskan apa yang ustaz tu cerita dan berdasarkan pemahaman saya .

1 . Ikat dan tambat hati kita 
langkah pertama syaitan ni akan ambil is dia akan cuba untuk ikat dan tambat hati kita ni untuk buat perkara yang menjurus ke arah maksiat . dia akan cuba untuk memujuk kita suka dengan perkara perkara yang tidak baik . bila dia dah berjaya pujuk kita , dia akan ikat and tambat hati kita untuk terus buat perkara yang tak disukai Allah . so , berhati hati lah dengan bisikan syaitan yang dilaknat ni .

2. Kongsi pada harta
 bila hati kita dah terikat dan tertambat dengan perkara perkara maksiat tu , manusia ni akan kongsikan harta depa ni untuk perkara maksiat tu . maksudnya , manusia sanggup berbelanja lebih untuk melakukan perkara perkara maksiat ni daripada membelanjakan harta yang ada ni untuk jalan yang diredhai Allah . ada jugak ustaz ni bagi contoh contoh semasa . and bila difikirkan balik , betul apa yang ustaz tu cakap . Allahu Akbar . .

3. Pecah belahkan keluarga
ni memang tak dinafikan . syaitan ni memang suka sangat nak pecah belahkan manusia ni . tak kira laa dalam institusi keluarga ke , masyarakat bahkan negara jugak . syaitan memang takkan tenang kalau kita umat manusia ni bersatu . so , syaitan akan berusaha sekeras keras kerasnya untuk mempecah belahkan dan memporak perandakan kehidupan manusia ni . kita sebagai manusia esspecially yang beragama Islam , kita kena sentiasa bersatu dalam apa jua perkara yang kita nak lakukan . jangan bagi can kat si syaitan ni nak menjahanamkan hidup kita . .

so , berdasarkan apa yang saya paham dari kuliyyah ni , syaitan akan cuba berjuta juta cara untuk goda , sesatkan , pecah belahkan and sewaktu dengan nya untuk merosakkan kehidupan manusia . jadi kita sebagai insan yang beragama Islam , berdoalah kepada yang Maha Esa supaya kita sentiasa dirahmati dan mendapat perlindungan daripada segala godaan syaitan . semoga kita semua menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik pada masa depan . . In shaa Allah . . 

                                                            Okay , thats all for now
                                                                      Thank you 

                                                                  Assalamualaikum

p/s : semua yang saya taip ni adalah berdasarkan apa yang saya paham daripada kuliyyah yang saya dengar . jika ada kesalahan dan kekhilafan , diharapkan anda semua dapat menegur dan memperbetulkannya :)

Sunday, 7 April 2013

Berkelah Kat Teluk Kemang , Port Dickson dengan Family Mak Teh . Awesome !

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

Alhamdulillah , baru je sampai dari rumah Mak Teh kat Kajang . naik bas pukul 6.30 petang tadi . abang Hafiz dengan mak teh yang hantar kat Puduraya . sedih nak balik . saya dengan Ati siap doa kot kot tiket habis . tapi , ada jugak . haha , jahat tak ? Mak tak bagi duk lama lama kat Kajang , nanti tak nak balik langsung . hahah .

Okay , hari ni nak cerita kami berkelah kat Port Dickson (PD) . kami semua pergi semalam . . dua kereta . satu kereta abang Hafiz , satu kereta lagi abang Boy punya . kami bertolak dari Kajang dalam pukul 9.30 am . around pukul 11 gitu kami pun sampai kat Teluk Kemang , Port Dickson . dah turun barang barang semua , apa lagi makan time laa ! lapar gila ! dari rumah tak makan langsung ! excited nak pergi la katakan . ni kali kedua saya ke Port Dickson . 

I like PD . actually , I like all the beach in the Malaysia . bila lepak lepak kat tepi pantai , rasa nyaman , tenang je . sambil tengok gelagat orang , sambil tu merenung jugak keindahan alam ciptaan Tuhan . SubhanAllah ! thats why , saya suka lepak kat tepi pantai . 
okay , sambung cerita . lepas makan makan semua , apa lagi . terjun terus ke laut ! berjimba kat dalam air laut tu . ombak dia punya la kuat . banyak kali tersedak and tertelan air laut . masin gila ! (air laut memang la masin . apaa daaa ) . kat situ banyak jugak game like naik banana boat and jet ski . tapi tak naik pun .

dah puas berenang - renang , projek tanam manusia pulak . mangsa , Abang Boy . actually , dia merelakan diri nak tanam . Ati dengan Kak Nadya yang bersungguh menanamnya . saya just touch up touch up je (kemalasan melanda) . lepas tu , sambung balik terjun ke laut . makin tinggi hari , makin kuat dia punya ombak . dari air tu surut , sampai air pasang baru laa kami stop mandi manda . lama kan ? 

lepas dah puas berjimba dalam air laut , siap siap laa nak balik . satu part yang paling tak best bila dah mandi laut is time nak salin pakaian . memang tak suka . ramai ramai , penuh toilet tu . tapi nasib baik hari tu tak de la pack sangat toilet tu . boleh laa setakat nak cuci diri . dah siap siap semua , time to go home ! around pukul 4 gitu , kami pun bergerak la pulang je Kajang . memang penat gila ! dah penat , benda paling best is tidor ! kesian abang Hafiz drive sorang sorang . sorry ye abang . hehe .

and itulah cerita and pengalaman saya hujung minggu ni . its awesome ! serious ! lagi lagi bila pergi dengan family kan ? thank you Mak Teh , thank you Kak Nadya , thank you Abang Hafiz , thank you Abang Boy and thank you Pak Teh . lain kali kita pergi ey , hahaha (muka tak tau malu) . love you <3 <3 . 


Mak Teh dengan Mak
<3
 

Nak balik dah . 
Mangsa . muehehe

  gadis pantai . hew hew ~
 
 

ahaks ;)

adik yang kengkadang sangat annoying

KAMI <3



 
tuudiaa ! guna boboboy nak majukan bisnes . haha

 buku yang dibeli kat kedui buku dalam Puduraya

                                            Okay , thats all for now
                                                     Thank you

                                                 Assalamualaikum

Wednesday, 3 April 2013

Bila Ditanya Soalan Itu . . .

Bismillahirrahmanirrahim . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

kalau ada lelaki yang tegur saya kat Facebook , soalan pertama yang depa akan tanya , 
" BOYFRIEND tak marah ke kalau awak chat dengan saya ni ? "
" ni takpe ke chat dengan saya . nanti BOYFRIEND awak marah pulak . "
 dan soalan yang sewaktu dengannya  . . selalunya , yang tegur macam ni lelaki yang tak berapa nak kenal sangat .

aduhh ! kenapa laa soalan ni selalu je keluar . for me , it is sangat annoying ! zaman sekarang ni memang WAJIB ke ada boyfriend or girlfriend ? ? kalau tak ada , kita ni dianggap ketinggalan zaman ke ? ? bila dijawab takde , tak percaya pulak . lepas tu mula la keluar ayat yang saya sendiri bila baca rasa geli geleman . wahai orang orang yang sedemikian , tolong lah jangan tanya soalan macam tu kat siapa siapa pun . 

bila ada orang tanya soalan macam tu , saya akan terus buat muka yang sangat annoying , rasa malas nak jawab . then after a while , baru la saya jawab soalan yang ditanya secara ala kadar je . tak nak laa di cop as orang sombong kan . then bila dah dijawab , melarat pulak soalan dia . kenapa tak ada boyfriend laa , itu la , ini laa . Ya Allah , rasa menyampahh sangat dengan soalan tu ! bila dah habis part tu , baru la soalan soalan lain yang keluar . kenapa soalan pertama yang ditanya mesti soalan tu ? dah takde soalan lain ke ? penat laa nak jawab . fieww ~~



saya ni , bukannya orang yang rajin sangat nak tegur or mulakan perbualan dengan someone kat Facebook or mana mana esspecially dengan strangers . saya hanya akan tegur orang tu bila ada benda penting nak ditanya and dengan orang yang saya kenal . 

haa , ni nak cerita sikit laa . hari tu ada sorang laki ni , tegur kat Facebook . tak kenal pun siapa . and as ussual , soalan tu pun ada ditanya . bila dah jawab dia boleh tanya saya " awak ni lesbian ke ? " kurang ajar kan ? disebabkan saya kata saya tak ada boyfriend , senang senang je label orang as lesbian . masa tu memang marah yang teramat sangat ! sampai menggigil dibuatnya . tak pernah rasa macam tu . kenapa laa ada orang yang berfikiran macam tu ? ? hiew ~~  tak paham dengan dunia sekarang ni . 



so , saya harap la kan , boys kat luar sana , tak payah laa nak tanya soalan tu macam tu kat mana mana girls pun . tak semua girls akan suka bila ditanya soalan macam tu . I know , tak semua boys macam tu . harap harap lepas ni , takde laa orang akan tanya soalan macam tu lagi . .

                                                 Okay , thats all for now
                                                          Thank you 

                                                       Assalamualaikum

Tuesday, 2 April 2013

Nuha Nur Iris Mohd Razuan , Bayi Pertama Kak Nurul :D

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

pagi tadi saya , ati , mak dengan ayah pergi Sungkai rumah Cik Ina . pergi sana sebab nak tengok baby baru kakak sepupu , kak Nurul . Alhamdulillah , baby tu sihat , ibu baby pun nampak sihat . nama baby tu Nuha Nur Iris binti Mohd Razuan . nama dia secomel dengan wajah dia . 

Nuha Nur Iris

Iris lahir rasanya dalam minggu lepas tapi baru hari ni berkesempatan nak pergi tengok dia . Cik Ina cakap , baby Iris ni akan nangis bila dia lapar and bila dia mandi . tadi dapat laa dengar dia nangis sekejap sebab dia lapar . lepas ibu dia bagi susu , terus tidur . Ya Allah , comel betul !

agak lama jugak laa lepak lepak rumah Cik Ina tadi . sempat minum pagi kat rumah Cik Ina . hehe terima kasih Cik Ina . to Iris , bila dah besar nanti jadi anak yang solehah ye dear :D

                                                 Okay , thats all for now
                                                         Thank you

                                                      Assalamualaikum

p/s : gambar Iris diambil dari Facebook Eyla Nabila . hehe

Monday, 1 April 2013

Bila Rasa "Sakit" Tu Muncul Kembali . .

Bismillahirrahmanirrahim . . 
Assalamualaikum dan salam sejahtera . 

dah lama tak update blog . dekat seminggu rasanya . banyak benda yang dikongsikan tapi keadaan diri yang tak berapa nak sihat minggu lepas tu yang rasa malas yang amat sangat nak menaip ! hari ni baru ada feel nak menaip lepas dah sihat sikit . Alhamdulillah . .

sekarang ni saya baru je sihat daripada sakit . biasa la , dengan cuaca sekarang yang tak menentu , sekejap panas , sekejap hujan ni , saya demam + cirit birit . bukan saya sorang je yang demam , adik saya pun join sekali demam tu . lepas mak dengan adik pergi klinik , belikan ubat semua , Alhamdulillah , demam pun kebah . 

petang Jumaat lepas , dua dua belah tangan ni tak boleh angkat . rasa sakit sangat kat bahagin pangkal lengan tu . bila masuk senja pulak , kaki pulak rasa yang sama . Allahhu Akbar , what's wrong with me ? dah la waktu ni mak takde kat rumah . dia pi tolong sedara masak sebab ada kenduri hari Sabtu tu . ayah pulak lambat balik . bila malam , sakit tu makin kuat . tak tahan sangat sampai nangis dibuatnya , malam tu dalam pukul 8 lebih mintak tolong ayah bawak pi kat mak . cerita semua , lepas tu mak sedara cakap , sakit saya tu tak boleh dirawat dekat hospital . saya dah risau dah . adakah " sakit " lama saya datang balik  ?

 
malam tu , pak sedara telefon ustaz yang dekat dengan rumah dia . suruh datang tengok keadaan saya and rawat saya . masa tu keadaan saya agak teruk jugak . badan panas , tangan tak boleh gerak + angkat . sejam lepas tu baru la ustaz tu datang dan mula rawat saya . and macam yang mak sedara cakap , memang " sakit " saya ni tak boleh dirawat kat hospital . ustaz tu kata ada " something " kat bahagian tangan saya dengan kaki . 

Ustaz tu merawat saya dengan menggunakan ayat ayat suci Al Quran . Ya Allah , masa dia rawat tu , rasanya sakit sangat . hanya DIA je yang tau macam mana rasa sakit tu . rasa sakitnya , sama macam dulu . malam tu jugak , saya di suruh mandi dengan air ais + air yang dah dibacakan dengan Ayat al Quran . lepas mandi , datang pulak sorang lagi ustaz rawat saya . dan Alhamdulillah , syukur kepada Allah , Tuhan sekalian alam , dengan Izin-Nya , saya pulih dari " sakit " tu . 


Ustaz tu jugak , ada bagi air penawar dan minyak yang jugak dah dibacakan dengan Ayat Suci Al Quran . in shaa Allah dengan izin Allah , semuanya akan kembali pulih seperti sedia kala . 

Alhamdulillah , dengan izin-Nya , hari ni saya dah boleh angkat kedua dua belah tangan saya , walaupun ada lagi rasa sakit sikit sikit . in shaa Allah , dalam beberapa hari ni , akan pulih sepenuhnya . Alhamdulillahh . 

kita kena sentiasa ingat , kat mana pun kita berada , apa je yang kita buat , dengan siapa kita selalu bersama , SYAITAN tu sentiasa ada dengan kita untuk menyesatkan dan memudaratkan kita . jadi kita kena persiapkan diri kita supaya diri kita tak mudah untuk disesatkan dan dimudaratkan oleh Syaitan Laknatullah ni . .


Okay , thats all for now
Thank you

Assalamualaikum