Tuesday, 9 April 2013

Cara Syaitan Nak Goda dan Sesatkan Manusia . .

Bismillahirrahmanirrahim . .
Assalamualaikum dan salam sejahtera .

Alhamdulillah , tadi baru je balik dari surau . ada kuliyyah agama . lepas solat Maghrib berjemaah , kuliyyah agama pun start . actually , dah lama tak pergi kuliyyah kat surau . ada je kekangan nak pergi . nahh , hari ni Alhamdulillah berkesempatan pergi dengan mak and Ati . tajuk kuliyyah hari ni lebih kurang macam tajuk kat atas tu haa . so ni nak share sikit laa apa yang saya dapat masa kuliyyah tu tadi . .

Ustaz tu bagi 3 cara macam mana syaitan nirrojim tu goda and nak sesatkan kita . ni saya cuba ringkaskan apa yang ustaz tu cerita dan berdasarkan pemahaman saya .

1 . Ikat dan tambat hati kita 
langkah pertama syaitan ni akan ambil is dia akan cuba untuk ikat dan tambat hati kita ni untuk buat perkara yang menjurus ke arah maksiat . dia akan cuba untuk memujuk kita suka dengan perkara perkara yang tidak baik . bila dia dah berjaya pujuk kita , dia akan ikat and tambat hati kita untuk terus buat perkara yang tak disukai Allah . so , berhati hati lah dengan bisikan syaitan yang dilaknat ni .

2. Kongsi pada harta
 bila hati kita dah terikat dan tertambat dengan perkara perkara maksiat tu , manusia ni akan kongsikan harta depa ni untuk perkara maksiat tu . maksudnya , manusia sanggup berbelanja lebih untuk melakukan perkara perkara maksiat ni daripada membelanjakan harta yang ada ni untuk jalan yang diredhai Allah . ada jugak ustaz ni bagi contoh contoh semasa . and bila difikirkan balik , betul apa yang ustaz tu cakap . Allahu Akbar . .

3. Pecah belahkan keluarga
ni memang tak dinafikan . syaitan ni memang suka sangat nak pecah belahkan manusia ni . tak kira laa dalam institusi keluarga ke , masyarakat bahkan negara jugak . syaitan memang takkan tenang kalau kita umat manusia ni bersatu . so , syaitan akan berusaha sekeras keras kerasnya untuk mempecah belahkan dan memporak perandakan kehidupan manusia ni . kita sebagai manusia esspecially yang beragama Islam , kita kena sentiasa bersatu dalam apa jua perkara yang kita nak lakukan . jangan bagi can kat si syaitan ni nak menjahanamkan hidup kita . .

so , berdasarkan apa yang saya paham dari kuliyyah ni , syaitan akan cuba berjuta juta cara untuk goda , sesatkan , pecah belahkan and sewaktu dengan nya untuk merosakkan kehidupan manusia . jadi kita sebagai insan yang beragama Islam , berdoalah kepada yang Maha Esa supaya kita sentiasa dirahmati dan mendapat perlindungan daripada segala godaan syaitan . semoga kita semua menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik pada masa depan . . In shaa Allah . . 

                                                            Okay , thats all for now
                                                                      Thank you 

                                                                  Assalamualaikum

p/s : semua yang saya taip ni adalah berdasarkan apa yang saya paham daripada kuliyyah yang saya dengar . jika ada kesalahan dan kekhilafan , diharapkan anda semua dapat menegur dan memperbetulkannya :)

2 comments:

  1. Thanx for sharing shida.. kimi dapat ilmu baru.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome Kimi . Alhamdulillah , moga ilmu yang kita dapat ni dirahmati Allah :)

      Delete