Tuesday 21 May 2013

11 Things About Me .

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera . saya telah ditag oleh Kimi Jamai untuk join satu permainan ni . nama permainan tu seperti yang tertera pada tajuk . yeah , 11 things about me . apa nak tulis 11 benda pasai diri saya ? kadang kadang , saya pun tak paham dengan diri sendiri . haa macam mana tu ? haha . okay , setiap permainan mesti ada peraturan dia kan ? so , ni dia peraturannya : 

1. Post this rules
2. Write 11 things about yourself
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.

set , peraturan pertama sudah diikuti . sekarang move on ke peraturan yang kedua pulak . tulis 11 perkara tentang diri anda . okay , ni serba sedikit tentang diri saya :




  1. seorang pencinta kucing
  2. sangat suka kepada bayi dan kanak kanak
  3. anak ketiga daripada 4 orang adik beradik
  4. lahir tahun 1993
  5. kurang berminat dengan warna pink
  6. suka dengan aktiviti lasak / extreme
  7. tak pandai bawak kereta 
  8. fobia dengan anjing
  9. lepasan STPM
  10. kuat makan (lebih lebih lagi dah tak sekolah ni)
  11. tak suka dengan binatang yang tak ada tulang belakang @ jenis yang lembik lembik
haa dah lepas dengan peraturan yang ke 2 . so , itulah serba sedikit about myself . sekarang ni nak jawab pulak soalan dari Mr. Kimi Jamai yakni orang yang telah menge-tag saya untuk join program ni . so Kimi , ni ha jawapannya ^^ 

1. Nama penuh hgpa ?
  ~ NurHashidah binti Zulkefli

2. Umur ? 
  ~ 19 tahun 5 bulan .dah habis jujur dah . haha

3. Buah kegemaran dan kenapa ?
  ~ buah mangga sebab dia sedap

4. Selalu dak datang blog Kimi ? sebab .
  ~ selalu sangat . sebabnya best baca tulisan dari Kimi . 

5. Bila Accident yang paling teruk dan langgar apa ?
  ~ paling teruk yang pernah kena masa Form 2 masa nak balik sekolah . motor yang langgar sampai guling guling tengah jalan

6. pernah nampak hantu ? hantu apa ?
  ~ tak pernah , tapi kelibat dia pernah laa . nampak sekali lalu je . tak tau pulak hantu apa

7. kalau ada buku , nak bubuh tajuk apa ?
  ~ entah laa . tak tau lagi . haha

8. suka kucing tak ? 
  ~ mestilah suka ! kat atas tu pun dah kata pencinta kucing :D

9. ayat bila angkat fon selepas bagi salam ?
  ~ tak cakap apa lepas bagi salam sebab tunggu orang yang call tu jawab salam dulu ^^

10 . teringin nak belajar bahasa apa ?
  ~ bahasa Perancis , Jepun , Arab

11. pengalaman memalukan ?
   ~ bila family cerita kisah masa kecik kecik dulu kat sedara mara . (malu gila!)

haa dah habis jawab soalan daripada Mr.Kimi . harap Kimi puas hati dengan jawapan yang shida kasi ni . haha . sekarang nak bagi soalan pulak kat rakan blogger yang akan ditag . so , here the questions ^^
  1. nama manja dalam family ?
  2. suka buat apa bila ada waktu free selain blogging , facebooking ?
  3. minat warna apa ?
  4. negeri mana yang tak pernah pergi lagi ?
  5. suka makan apa ?
  6. sudah berapa lama berkecimpung dalam dunia blogging ?
  7. suka baca blog siapa ? kenapa ?
  8. subjek yang dibenci masa sekolah ?
  9. benda yang meng-annoyingkan anda ?
  10. benda yang buat anda happy ?
  11. suka dengar lagu genre apa ? kenapa ?
itu sahaja soalan dari saya . kalau boleh sila jawab dengan jujur . heee . okay sekarang misi untuk menge-tag rakan blogger pulak . saya tag Mira , Nysa , AlynDheaMurni , Miza , AmnaAireyn , Puteri , Yayai , Wany . selamat menjawab soalan ^^

Okay , thats all for now 
Thank you

Assalamualaikum

6 comments:

  1. Hahaha.. xsuka binatang yang lembik2 yer shida.. nah pacaatt!! haha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuuddiia ! pacat kasinya . kalau ada depan mata confirm dah terjerit jerit tak ingat dunia :D

      Delete
  2. dah tau serba sedikit tentang shida..alyn pun ada ditag oleh sorang adik ni..tapi tak sempat buat lagi..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat laa . macam menarik je game ni . shida pun ada tag Alyn ^^

      Delete
  3. erk,akak? maaf,saya baru tau akak tag saya. once again,maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh takpe takpe . no offense . don't worry dear :D

      Delete