Thursday 2 May 2013

Kanak-Kanak dan MukaBuku

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum . zaman sekarang ni , semua orang tak kira kecik ke besar , tua ke muda mesti ada akaun laman sosial esspecially MukaBuku (Facebook) . bagi yang dah besar , dah akil baligh , dah boleh fikir sikit sikit tu tak kisah la nak ada mukabuku ni . tapi bagi adik adik yang berumur setahun jagung yakni yang masih belum akil baligh tu , boleh kah mereka berMukaBuku




bagi saya , takde masalah kalau bebudak ni nak ada MukaBuku . tapi menurut pandangan saya yang tak seberapa ni , lebih baik bebudak bawah umur ni tak ada MukaBuku . ye la , depa ni kan kecik lagi . lebih baik depa habiskan zaman kegemilangan kanak kanak depa ni dengan benda benda yang menyeronokkan . kalau zaman zaman saya dulu , kami tak ada facebook ni . apa yang kami tau , kami main masak masak , panjat pokok , redah semak belakang rumah , mandi sungai , polis entry , batu seremban , layang layang , gasing and banyak lagi lah . kalau nak di-listkan , memang tak ter-list game yang saya pernah main masa kecik kecik dulu . semua merasa . so , kalau boleh , saya nak adik adik zaman sekarang ni rasa apa yang kami pernah rasa dulu . memang best sangat sangat . kalau boleh nak pergi balik masa masa tu .

mungkin ada yang akan cakap permainan macam tu tak relevan lagi untuk zaman sekarang . tapi sebenarnya , permainan macam tu laa yang dapat mengingatkan balik zaman kegembiraan kita masa kecik . bebudak zaman sekarang ni pulak dok asyik ngadap mukabuku atau main game online . macam tak best je nak kenang balik bila dah besar .  sebab bila depa dah besar , benda benda macam tu still ada lagi . kalau ada perubahan pun , tak besar . so , depa ni takkan nak sangat kenang balik zaman kanak kanak depa . 

kalau ada bebudak yang suruh buatkan muka buku untuk depa , korang boleh tanyakan beberapa soalan macam kat dalam video ni

tapi kalau bebudak tu dapat jawab semua soalan yang macam kat dalam video tu , buat je la muka buku untuk diorang . haha :D

p/s : kalau ada yang tak bersetuju @ tak suka dengan apa yang saya tulis dalam entry kali ni , saya mohon maaf . sekadar pandangan sahaja :)


 


6 comments:

  1. adik alyn selalu minta buatkan akaun muka buku..tapi alyn tak buat..tak suka kecik2 dah ada muka buku..

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pendapat akak. main permainan dulu/tradisional rasa ebih seronok . bila main,main ramai-ramai. ada sesi melawak. gaduh pun ada. tapi semua tu yang menghidupkan suasana. Ala kalau yang gaduh tu,tak lama baiklah. nama pun budak. Haha. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kan ? akak nak sangat bebudak sekarang rasa apa yang zaman kami rasa dulu . :)

      Delete
    2. alamak. saya baru perasan tajuk entry saya ada kaitan dengan fb. sory,tak bermaksud nak copy or buat entry yang hampir sama dengan akak.

      Delete
    3. ehh , takpe la dik . akak tak kisah pun . lagi pun pengisian kita tak sama . kalau sama pun apa salahnya . bertukar pendapat :) jangan risaulah . tak ada apa yang nak di-sorrykan :)

      Delete