Friday, 30 August 2013

Semoga Berjaya !

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t . .
malam ni , bila bukak Facebook , ramai kengkawan yang update status yang menunjukkan diorang happy . yea , lagi 2 hari pendaftaran untuk program Ijazah Sarjana Muda sesi 2013/2014 . terserlah keterujaan depa . tapi saya cuma mampu jadi pemerhati sahaja . saya jugak tumpang gembira untuk diorang . kalau saya kat tempat diorang pun saya akan rasa benda yang sama . impian yang selama ni nak menjejakkan kaki ke menara gading dah tercapai . siapa tak happy kan ? well , rezeki masing masing Tuhan dah kasi . kita tak boleh nak pertikaikan .
saya ? haha , tak dapat tawaran mana mana pun . dah buat rayuan . tunggu keputusan je sekarang ni . mungkin minggu ke 2 bulan September . harap harap keputusannya mampu menggembirakan kedua orang tua . kalau tak , mungkin takde rezeki . semuanya dah ditetapkan Tuhan . kita tak mampu nak mengubahnya . kalau ada , Alhamdulillah . kalau takde , maybe rezeki saya ke arah yang lain . in shaa Allah . doakan kami yang buat rayuan ni . . .
kepada rakan rakan yang bakal mendaftar 1 & 2 September ni , saya nak ucapkan semoga berjaya . belajar sungguh sungguh , jaga diri . gunakan peluang yang ada sebaik mungkin . in shaa Allah , kalau ada jodoh , ada rezeki kita akan jumpa lagi . 
SEMOGA BERJAYA !
Assalamualaikum . .

Post a Comment