Saturday, 17 August 2013

Its All About Asmaliyana Suhaimi . My New Friend .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 

Assalamualaikum w.b.t

aku ada seorang kawan baru . nama dia Asmaliyana Suhaimi . aku panggil dia Asma , kadang kadang aku panggil dia Ma je . aku mula kenal dia pada tanggal 4 Ogos 2013 bersamaan 26 Ramadhan 1434 H iaitu pada hari lahirnya . aku kenal dia melalui seorang kawan . pada waktu itu , kawan aku nak menyambut hari lahirnya di KFC . lalu dia mengajak aku untuk memeriahkan lagi . bermula dari situ aku mula berkenalan dengannya . 

dia seorang gadis yang manis , lawa dan seorang yang sangat baik . tak pernah lagi aku jumpa seorang kawan yang baru kenal melakukan seperti yang dilakukannya . pada malam hari lahirnya itu , seorang lagi rakanku tidak dapat menyertai sewaktu menyambutnya . selepas dia menghantarku pulang setelah berbuka di KFC tu , dia pun pulang kembali ke rumahnya dia Tapah . Jarak antara Bidor dan Tapah hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit menaiki kereta . pada jam 10 , malam yang sama , dia sanggup datang ke Bidor dan mengambil aku untuk ke rumah rakan ku yang lagi satu semata mata nak potong kek hari jadinya itu . kemudian dia hantar aku balik . sejak daripada tu , kami mula rapat .

pada raya ke 3 , dia ada mengajak untuk pergi beraya ke rumah rakan rakan yang lain . pada waktu tu , aku takde kat rumah . tapi pada raya ke 6 , dia ajak aku dan rakan ku pergi ke Ipoh untuk berjalan jalan . biasalah orang muda . hee . sepanjang kami berjalan kat Ipoh tu , kalau boleh , semua benda dia nak bayarkan . aku hanya mengeluarkan duit untuk membeli makanan aku dan dia dan membayar tiket wayang . tu pun aku berkeras dengan dia untuk aku bayar sendiri . kalau tak , semuanya dia nak bayar . bagi aku , itu tak cukup . kalau boleh aku nak membayar duit tol , duit minyak , duit makan ( ye , kamu ada makan lagi selepas tengok wayang .

keeseokkannya pulak , kami keluar lagi . kali ni pergi ke open house rumah cikgu . then , kami ke KFC pulak . tu pun dia ada belanja jugak . aku sampai segan dengan dia . tapi dia tak kisah . 

keesokkannya lagi , kami keluar lagi . kali ni ke rumah open house kawan pulak . selepas tu kami berjalan jalan . dalam jalan jalan tu , ada je benda yang dibelikan untuk kami . ye . bila aku menolak , dia akan memaksa untuk menerimanya . aku bertambah segan . sepanjang kami keluar , hanya dia sahaja yang mengeluarkan wangnya . aku menjadi serba salah . 

aku bercerita bukan untuk menunjukkan betapa kayanya dia atau apa . cuma aku terfikir , kawan yang aku baru sahaja kenal , sanggup buat macam tu . kalau sudah lama kenal takpe la kan . selalunya , kalau orang yang baru kita kenal , dia takkan buat macam ni . tapi dia tak . dia sangat berbeza . 

pada hari yang kami keluar bersama tu , aku ada meluahkan satu perkara kat dia . entah kenapa , aku boleh menceritakan apa yang terpendam kat dalam hati aku selama ni kat dia . aku rasa sangat selesa dengan dia . dan dia juga ada memberi nasihat tentang perkara yang aku ceritakan padanya . kini , aku mula sayang pada dirinya . sayang sebagai seorang sahabat . aku harap dia juga rasa apa yang aku rasa ni . 

terima kasih ALLAH sebab Kau kurniakan seorang sahabat yang baik ke atas diriku . ditambah perkenalan kami itu , terjadi pada bulan Ramadhan . bulan yang baik . pasti ada hikmahnya di situ . aku mengharapkan perkenalan kami akan berterusan sehingga hujung nyawa kami . in shaa ALLAH . .

luahan rasa tulus dari hati . . .

HASHIDAH ZULKEFLI  . . 

Post a Comment