Monday 4 November 2013

Abang Hafiz Dah Bergelar Suami . Weee !

Assalamualaikum w.b.t

holla ! after 2 weeks dapat balik update blog ni . ni pun balik kejap je dari Kajang sebab ada benda nak kena buat . InShaa Allah Jumaat ni balik ke Kajang balik untuk Majlis Persandingan Abang Hafiz pulak . fuh , busy jugak Shi ni kan *sila jangan poyo* . sementara dah balik ni kan , boleh la jugak share kisah pernikahan dan persandingan Abang Hafiz dekat belah perempuan kat Palong 7 . so , here we go =)


Abang nikah hari Sabtu (2112013) lepas Zohor . so kami gerak dari Kajang pukul 9 pagi .6 kereta pergi menghantar . disebabkan malam sebelum tu Shi tak tidur , maka sepanjang perjalanan Shi tidur je dalam kereta . tau tau je dah sampai kat Palong . sampi sampai je kat Palong terus pergi masjid untuk get ready nak nikah . sementara nak tunggu masuk waktu Zohor , kami sempat gila gilaan kat luar masjid . 





 


Azan Zohor berkumandang , maka aktiviti gila gilaan terhenti seketika . perlu menunaikan kewajipan dulu . hee . so , lepas solat semua dok berkumpul untuk majlis nikah . nasib baik la proses nak nikah tu lama . selalunya kalau pergi tengok orang bernikah , lama gila . banyak sangat yang ditanya jurunikah tu . tapi nasib Abang baik . kejap je . dan dengan sekali lafaz , Abang dah sah bergelar suami kepada Kak Azie ! whoa ! macam tak caya je . bergenang jugak la air mata kegembiraan . hee . so Abang , tahniah la ! sekali lafaz je tu ! hee . bukan senang kan ? hehe






haaa ! nampak muka happy Abang kat situ . hehe ;)


so , the next day , majlis persandingan . tema belah perempuan warna purple . cantik the pengantins . hee . majlis persandingan mula pukul 1.30 pm . ada la sesi menepung tawar . and for the first time , Shi menepung tawar . hahaha , macam aneh je bila Shi pergi buat benda tu . dah nama pun first time kan . mesti rasa macam pelik je , macam tak kena je . *ehhh ? ? * hahaha =D







dah selesai berjimba kat rumah pengantin , kami pun bergerak balik . Abang ditinggalkan kat rumah pengantin untuk membasuh segala periuk belanga . wahahaha XD . okay , tak lawak . 


to Muhammad Hafiz Bahari dan Noraziah Taslem , Selamat Pengantin Baru ! hujung minggu ni ada lagi sanding sanding . kali ni kat Kajang pulak . heee . Kak Azie , jaga Abang elok elok . hee . and Abang , semoga menjadi ketua keluarga yang baik dan soleh untuk isteri dan anak anak nanti . In shaa Allah . .


Note : Semoga berbahagia and cepat cepat dapat anak ! heee :D
  

 

1 comment: