Wednesday 12 December 2012

Hari Terakhir Bergelar Seorang Pelajar Sekolah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .
12 Disember 2012 . ya , tarikh hari ni . tarikh ni merupakan tarikh yang akan saya ingat sampai bila-bila (in shaa Allah) sebab hari ni secara rasminya saya bukan lagi seorang pelajar sekolah . rasa sedih jugak sebab dah tak ada lagi zaman persekolahan . mungkin selepas ni zaman universiti pulak ke (in shaa Allah , mudah mudahan)

hari ni hari terakhir exam STPM . paper Bahasa Melayu . Alhamdulillah boleh jawab . lepas habis exam tadi memang happy sangat . tapi bila fikir fikir balik sedih pun ada sebab lepas ni dah tak dapat nak rasa apa yang saya rasa selama 13 tahun bergelar pelajar sekolah . sayu je hati tadi . lepas ni semua orang akan bawa haluan diri masing masing . nak jumpa macam selalu dah tak boleh dah . kalau nak jumpa mesti kena buat appointment dulu . haha . tadi sementara tunggu ayah datang ambik kat sekolah tadi tengok classmates main baling baling tepung . nasib baik laa tak jadi mangsa tadi . hahaha . kalau dak habis baju sekolah . ingatkan bila ada birthday je diorang main baling baling tepung , rupanya last day sekolah pun ada jugak . haish , rugi betul tepung tuu . haha . kalau diikutkan pembaziran tepung yang diorang buat tuu dah boleh buat cekodok untuk dijual kat pasar malam je . haha . agaknya happy sangat kot dah habis sekolah . takpe lahh . lepas ni confirm saya rindu dengan korang semua . rindu nak dengar Quna gelak , tengok Ummu dengan Ter gaduh , tengok Khalik frust bercinta (hehe , jangan marah ye khalik) tengok ayoy study , rindu tengok givin menari , dengar shomas buat pengumuman dalam kelas , rindu abah ajib bagi nasihat , rindu Ain , Eina , Tiqah , Beah and semualah ! kita harap kita boleh jumpa lagi lepas ni yea . semua kenangan yang ada akan kita ingat sampai bila bila (in shaa Allah)

okay , rasanya ni dulu kot untuk entry kali ni . saya harap semua kawan kawan saya sentiasa happy dengan hidup masing masing . In shaa Allah :)

                                       ni lah pelajar pelajar Pra-U Atas 2
                                                    batch 2011/2012

                                                  Sekian , Assalamualaikum :)

Post a Comment