in shaa Allah dengan izin-NYA , esok kita akan masuk ke tahun Masihi yang baru . ya , tahun 2013 . dengan ini , saya ingin mengucapkan selamat datang kepada tahun 2013 . semoga di tahun yang baru ni kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan . in shaa Allah . ohh , tak lupa juga kat tahun 2012 , terima kasih sebab dah meninggalkan banyak kenangan , tak kira la kenangan baik ke buruk kan . dan saya juga nak mengucapkan syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi sebab dengan izin-Nya juga kita semua dapat menjalani kehidupan pada tahun 2012 ni . semoga kita sentiasa mendapat berkat dari yang Maha Esa :)
berapa jam yang terakhir sebelum tamatnya 2012 , saya nak share sikit pengalaman saya sepanjang tahun 2012 ni . bolehh nohh . . hehe . okay first sekali , tahun 2012 ni merupakan tahun saya mengambil exam yang terpenting sekali ; STPM ! (actually dah habis pun . . ) alhamdulillah saya dan rakan rakan yang lain dah berjaya melepasai exam tuu dan sekarang tengah tunggu result je .
dalam tahun 2012 juga banyak kenangan manis sepanjang saya bersekolah . antaranya saya banyak ikut program program yang dianjurkan sekolah terutamanya daripada Persatuan Tingkatan 6 . antara program yang dah berjaya dilaksanakan , trip to Parlimen , majlis graduasi , perkhemahan and banyak lagi lah ! memang banyak kenangan kami semua kat situ and I will never forget it . in shaa Allah :D
selain tuu , banyak jugak kenangan dalam keluarga saya . antaranya perkahwinan Acu Mie Aunty Dottie , pertunangan sepupu , abang hafiz dengan kak Azie , celebrate birthday mama yang ke 53 , and banyak lagi .
tahun 2012 memang dah banyak tinggalkan kenangan yang manis dalam kehidupan saya . dan tak kurang juga kenangan pahit yang harus saya lalui . segala pengalaman dan kenangan saya bersama keluarga dan rakan-rakan tak mungkin saya lupakan ( in shaa Allah laa kalau tak hilang ingatan . hehe ) .
semoga kita semua dapat 4P dalam STPM ! :D
salah satu kem yang saya ikuti ; semai dan tanam pokok bakau kat Kuala Gula :)
wedding Uncle Mie and Aunty Dottie :D
pertunangan sepupu ; Abang Hafiz :)
(gambar diambil dari FB abang Hafiz . jangan marah ye abang :D )
sekian sahaja untuk kali ini , terima kasih :)
ASSALAMUALAIKUM :D
Post a Comment