Thursday, 27 December 2012

Saya Perlukan Kerja !

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .



dalam dok tengok Super Spontan ni , saya juga tengah dok fikir nak cari kerja kat mana . lepas je tarikh keramat 12/12/2012 yakni tarikh saya habis exam STPM (hamboih , haha biasa laa , budak BM) asyik dok rumah je . hari hari saya cakap benda yang sama kat mak . nak tau dak ayat apa ? haa ni diaa . "nak cari kerja laa makk " , " nak kerja kat mana ni " , "kerja apa yang boleh buat kat Bidor ni? " . agaknya mak pun dah naik jelak dengo benda yang sama tiap tiap hari . hehehe sori ye mak ;)


yea , memang saya tengah dok cari kerja ni . tapi bukan laa kerja tetap . nak cari kerja sementara je sampai dapat tawaran pergi belajar mana-mana (in shaa Allah . mudah-mudahan ) tapi kat Bidor ni nak kerja apa ? ? kalau ada kedai buku boleh laa jugak . nak kerja kat 1 pasaraya ni memang tak laa . huuuu ~~ apa nak buat nii . kalau kerja ni , boleh laa cari duit poket sendiri , tak payah mintak kat parents kan . . at least boleh kurangkan beban diorang kan .

dulu lepas SPM saya pernah kerja kat kantin sekolah kat Tapah nuun . tapi sekarang dah tak ada dah . Cik Nor ( bos masa kerja kantin tuu) dah habis dah dia punya tender kat kantin tuu . dia pun ada jugak buat katering . tapi paham paham je la , katering ni bukan nya hari hari ada . so , saya kena la cari kerja lain kan ? but the problem is KERJA APA ? ?

masa kat kajang 2 , 3 hari lepas , my cousin abang Boboy ada bagi tau yang satu kedai muzik kat METRO KAJANG ada kerja kosong . yeah ! kedai muzik ! syiok gila bila dapat tau ada kerja kosong kat kedai muzik tuu . tapi disebabkan esoknya saya kena balik Bidor , saya pun mintak laa tolong dia tanyakan kat tempat tuu . bila saya text dia tanya ada kosong ke tak , dia cakap TAK ADA ! ohh soo saadd ~~ :( berharap sangat dapat kerja kat situu . mungkin dah ada orang masuk kot sebab cousin saya cakap pun tak sure ada kosong lagi ke tak . mungkin takde rezeki kot . takpe lah kann . mungkin rezeki kat tempat lain . keep on searching yea Shidah . harap dapat laa kerja dalam waktu yang terdekat ni . Amiinn . . okay , sekian untuk kali ni . doa doa kan saya dapat kerja yang baik .
   
                                                        Terima Kasih
                                                     Assalamualaikum :)

Post a Comment