Thursday 14 March 2013

Finally , 18 March :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera . . 

semalam kawan saya si Ain text saya . dia cakap result STPM keluar 18 hari bulan ni . dia kata kali ni CONFIRM . ye laa , sebelum ni ada ura ura kata result STPM keluar 7 March lepas . tapi takde . Ain cakap dia dengar berita tu kat Radio Era . saya pun macam percaya dengan tak percaya je . lepas tu bukak Facebook tengok kat group sekolah , cikgu Juhaizam ada kasi tau benda yang sama jugak . bermakna , sah la berita tuu . . pagi tadi baru baca surat khabar semalam . ada terjumpa laporan yang menyatakan result keluar hari Isnin ni nanti . so kali ni , memang betul betul yakin yang result keluar 18 March ! tak sabar nak pergi ambil . 


result STPM tu boleh diambil kat sekolah pukul 12 tengah hari nanti . nak check kat portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) pun boleh . kalau malas nak pergi sekolah atau bukak internet , guna je SMS . lagi senang . tapi bagi saya , saya tak akan check guna SMS atau kat portal MPM tu . saya nak pergi ambik terus kat sekolah . baru best ! jumpa kawan kawan , cikgu cikgu . boleh jugak share result tu dengan kawan kawan kan . (kalau result tu okay laa . kalau tak okay , balik rumah terus ! haha ) kat sekolah nanti boleh mintak pendapat cikgu pasal course yang sesuai untuk masuk universiti nanti kan ? (in shaa Allah)

mungkin sekarang ni ada antara kawan kawan saya yang tak senang duduk nak tunggu result hari Isnin ni nanti . nervous ? ? bagi saya , nervous tu tak ada lagi kat dalam diri ni . tapi mungkin ada kawan kawan yang tak lena tidur malam fikirkan pasal result tu . nervous saya datang bila saya dah masuk pagar sekolah nak pergi ambik result tu . memang dari dulu macam tu . tak tau laa kenapa ==' . 

apa apa pun , tunggu je laa hari Isnin nanti . still ada masa lagi nak berdoa kat Yang Maha Esa . minta minta semua nya baik dan dapat keputusan yang cemerlang . doakan saya dan kawan kawan saya dapat keputusan yang baik dalam STPM ni . kepada student PRA-U SMK BIDOR BATCH 2011/2012 , saya harap kita semua akan dapat keputusan yang baik nanti . mudah mudahan semuanya akan dipermudahkan . sama samalah kita berdoa supaya kita dapat keputusan yang cemerlang . Amiinn . . jumpa hari Isnin ni :)




Okay , thats all for now
Thank you 

Assalamualaikum  
 

6 comments: