Monday, 31 December 2012

Maas Salamah 2012 , Ahlan Wasahlan 2013 :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera .

in shaa Allah dengan izin-NYA , esok kita akan masuk ke tahun Masihi yang baru . ya , tahun 2013 . dengan ini , saya ingin mengucapkan selamat datang kepada tahun 2013 . semoga di tahun yang baru ni kita dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan dipermudahkan segala urusan . in shaa Allah . ohh , tak lupa juga kat tahun 2012 , terima kasih sebab dah meninggalkan banyak kenangan , tak kira la kenangan baik ke buruk kan . dan saya juga nak mengucapkan syukur yang tak terhingga ke hadrat Ilahi sebab dengan izin-Nya juga kita semua dapat menjalani kehidupan pada tahun 2012 ni . semoga kita sentiasa mendapat berkat dari yang Maha Esa :)

Thursday, 27 December 2012

Saya Perlukan Kerja !

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .



dalam dok tengok Super Spontan ni , saya juga tengah dok fikir nak cari kerja kat mana . lepas je tarikh keramat 12/12/2012 yakni tarikh saya habis exam STPM (hamboih , haha biasa laa , budak BM) asyik dok rumah je . hari hari saya cakap benda yang sama kat mak . nak tau dak ayat apa ? haa ni diaa . "nak cari kerja laa makk " , " nak kerja kat mana ni " , "kerja apa yang boleh buat kat Bidor ni? " . agaknya mak pun dah naik jelak dengo benda yang sama tiap tiap hari . hehehe sori ye mak ;)

Tuesday, 18 December 2012

KISAH KAMI : Majlis Graduasi Dan Makan Malam di Cameron Highland (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .
apa khabar anda semua . semoga sihat sihat selalu lah ye . hari nak nak sambung balik kisah kami (rombongan yang pergi Cameron tuu) . entry yang sebelum ni , saya cerita perjalanan kami , apa kami buat masa dah sampai kat sana and macam macam lagi laa . (kalau dah lupa , sila lah cari and tengok kat entry yang lepas ^^ . macam poyo jap) . back to the topic . kali ni saya nak cerita pasai agenda utama kami ke Cameron iaitu untuk majlis graduasi and dinner . .

Wednesday, 12 December 2012

Hari Terakhir Bergelar Seorang Pelajar Sekolah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .
12 Disember 2012 . ya , tarikh hari ni . tarikh ni merupakan tarikh yang akan saya ingat sampai bila-bila (in shaa Allah) sebab hari ni secara rasminya saya bukan lagi seorang pelajar sekolah . rasa sedih jugak sebab dah tak ada lagi zaman persekolahan . mungkin selepas ni zaman universiti pulak ke (in shaa Allah , mudah mudahan)

Saturday, 1 December 2012

My First Time Masak Nasi Ayam :D

Assalamualaikum . .

disebabkan minggu lepas tak dapat makan nasi ayam , saya dah decide nak masak nasi ayam hari ni . so , malam tadi sembang-sembang la dengan mama pasai nak buat nasi ayam ni . lepas mama kata okay , saya pun terus la text kak Ika (tukang masak masa kerja kat kantin sekolah dulu) mintak resipi nasi ayam . dapat ! terima kasih kak Ika ! hehe .

Thursday, 29 November 2012

Majlis Graduasi Dan Makan Malam Di Cameron Highland (Part 1)

Assalamualaikum . .

dalam dok tengok TV ni , tetiba je teringat pasal Majlis Graduasi dan Makan Malam kat Cameron bulan lepas . actually , ni kali pertama sekolah saya buat majlis graduasi . kiranya , kami la first batch yang buat majlis ni (bangga!) . batch sebelumnya just buat makan-makan biasa je . so , kiranya ni la kejayaan pertama PERTINAM (Persatuan Tingkatan 6) buat majlis graduasi ni . hehe . PERTINAM sekolah kami dipengerusikan oleh Shomaskumar a.k.a diva tingkatan 6 sekolah kami dan pengarah projek untuk majlis ni ialah Fadzlee atau kami panggil Cupot !

Friday, 23 November 2012

saya budak baru :D

Assalamualaikum . .
okay first sekali saya just nak mention kat sini bahawa saya merupakan pengguna blog yang baru ( maaf , saya memang suka guna bahasa baku . hehehe ) saya harap sila beri tunjuk ajar kat saya yang kurang arif ni . untuk first entry ni , saya nak cerita pasal satu award yang saya tengok kat 8TV semalam . anda semua mesti tau kan award apa . pada yang tak tau tuu , malam tadi ada SHOUT AWARD ! for me takde la spesial mana pun award ni . sama je dengan award yang lain . tapi ada satu kategori ni yang buat saya tertarik . tak tau la apa nama kategori tuu tapi dia pasal pengguna media sosial like youtube semua tuu (mungkin sebelum ni dah sedia ada kategori ni , tapi baru kali ni saya berkesempatan menontonnya . *hamboi , ayat aku ) . and the winner for this category is MATLUTHFI !!! saya dengan adik saya happy gila bila nama si matluthfi ni naik . semua orang mesti tau kan siapa si matluthfi ni . mamat ni popular kat youtube . dia punya video semua best yang amat and the most important is video dia semua sarat dengan pelajaran + lawak . congratz matluthfi ! hehe rasanya cukup dulu kot untuk first entry ni . kalau ada masa , saya post lagi .

sekian , terima kasih :)