petang petang macam ni , mungkin ramai yang tengah dok melepak lepak . tak kira laa dengan kawan ke , family ke , girlpren or boypren atau siapa siapa je laa . kalau petang petang macam ni , dapat makan pisang goreng dengan teh 'O' memang best kan . heheh . kali ni rasanya nak bagi satu resipi kek yang mudah dan ringkas untuk di buat . based on the title above (ceewaah !
so , here the ingredients and steps to make this kek batik .
bahan bahan :
- 1 kg biskut cik marie (patah 4)
- 1 tin susu pekat
- 8 biji telur ayam
- 6-8 sudu marjerin . (nak guna buttercup pun boleh dan lagi sedap sebenarnya)
- milo (saya guna paket yang kecik dan habiskan)
- 1 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan gula (kalau nak manis lagi , boleh tambah)
- masukkan semua bahan KECUALI biskut cik marie ke dalam kuali dan masakkan dia .
- kacau sampai masak dan pekat dan jangan sampai hangit . nanti pahit pulak kan ? haha
- agak agak dah masak and dah pekat , tutup api kemudian terjunkan biskut cik marie ke dalam kuali tuu dan kacau sampai rata .
- dah ratakan semua , masukkan dalam loyang atau apa apa bekas kemudian padatkan dia .
- dah padatkan dia , sejukkan dia dalam peti ais .
- kemudian , potong kan dia dan sedia untuk dimakan :)
terima kasih kepada Encik Google untuk gambar ni . |
haaa , senangkan . sesiapa pun boleh buat . boys pun boleh try buat benda ni . in shaa Allah sedap . hehe . kek batik ni sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut , minum petang dan macam macam lagi lahh . haha :)
Okay , that's all for now
Thank you
Assalamualaikum
wahh , chef cik HZ heheheh ... sedapnyer , hantar lah ke trolak sikit .. lapo gak nie ..
ReplyDeletehaha chef ke ? ? haha . mana ada buat . hehe . nanti kalau saya buat , in shaa Allah saya hantar ye . hehe :)
DeleteWah, maila hantaq kat kimi sikit.. hehe.. :D
ReplyDeletehantar kat kimi ? ? hamboih , jauh laa . cer kimi try buat ? amacam ? ? hehe
Deletekalu kimi buat bukan jadi kek batik.. jadi ulaq sawa batik plak satgi.. haha
Deletehahaha . kalau jadi ular sawa batik , shidah lari dulu . hehe :D
Delete