Monday, 14 January 2013

KENA MAKAN !

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

ni nak kasi tau satu cerita ni . semalam my mama masak gulai lemak ikan siakap , sayur sawi rebus , sambal tumis petai + ikan bilis , ikan goreng and ikan masin . memang sedap . semalam jugak my uncleS , andak and acu ada datang rumah , makan kat rumah ni haa . ohh lupa nak kasi tau , rumah saya jugak didatangani seorang tetamu and dia pun makan laa sekali kat rumah ni . disebabkan tetamu yang datang tuu tak berapa familiar sangat , so saya tak de la makan sekali dengan orang lain . segann dan ditambah lagi saya tengah tak berapa nak "sihat" , so mood pun tak berapa nak okay laa .


lepas tetamu tu dah balik , saya still tak makan lagi . sampai laa petang . disebabkan tak berapa nak "sihat" tuu , saya dok memerap je laa dalam bilik sambil layan movie + online . dah puas semua tuu , tidor kejap and terjaga betul betul pukul 7 p.m . bangun bangun terasa lapar yang teramat sangat sangat sangat . mana tak lapar , semalam makan nasi lemak je . lepas tuu mana ada makan benda lain . ehh , ada la makan benda lain tapi sikit je . tu pun coklat yang Syahir bagi . malam tuu baru laa nak makan lepaih seharian tak makan .

dalam dok on the way nak ke dapor ambik nasi , kepala tetiba pening + mata berpinar pinar je . nasib baik ada kusyen kat ruang tengah tu . dengan pantasnya (hamboih ayat . . ) saya pun meng-'landing' kan badan kat kusyen tuu . agak agak dah lega sikit , bangun la balik pi dapur . dah siap siap ambik nasi semua , saya pun pi la dok kat meja . pening lagi , then pergi balik kat ruang tengah , landing balik kat kusyen tadi . agak agak dah kurang pening tuu , bangun pi la balik kat mejaa makan and saya pun makan laa nasi tuu . .

dalam tengah dok makan nasi , tetiba je kepala ni pening balik . haish , memang suka main main la pulak kepala ni kan . takkan laa nak berhenti makan and landing lagi kat kusyen tuu kan . soo disebabkan dah tak larat nak bangun duduk bangun duduk , saya pun terus laa sambung makan sambil letak kepala kat atas meja . memang dah tahap teruk dah tuu kan . hahaha . dengan tangan menggigilnya . memang kena teruskan makan untuk dapatkan balik tenaga . kalau dak , haish tak tau laa apa jadi . makan tu pun tak habis . sian nasi tuu . lepas makan saya landing balik sebab tak hilang lagi pening tuu . . dulu pernah jugak jadi macam ni . pening kepala + mata berpinar . ni kiranya kali kedua laa . tapi masa first time dulu , lagi teruk . kena kat pasar pagi . nyaris nyaris tak pitam . mesti orang ramai tengok . uish , malunyaaa ... semuanya disebabkan TAK MAKAN !

so moral of the story , kita kena makan walau apa pun yang terjadi . tak kira laa kita sibuk mana , malas macam mana pun , kita KENA MAKAN . kalau makan kena ikut time . jangan suka suki je . nak makan , makan . tak nak makan , sudah . tak boleh . nanti badan takde energy susah nak buat aktiviti kan . soo makan tuu penting ! tapi kalau dah makan tuu jangan laa sampai tak larat nak bangun . ikut lah cara Rasulullah makan . makan apabila lapar , berhenti sebelum kita kenyang . okay ;)

                                                   that's all for now
                                                       thank you
                                                          
                                                  Assalamualaikum :)

Post a Comment