Saturday 26 January 2013

Kenangan : Kempori Pengakap Peringkat Negeri Perak ; Semai dan Tanam Pokok Bakau (Part 1) !

Assalamualaikum dan salam sejahtera . . 
 

masa sekolah hari tuu , saya ada ikut satu program pengakap . nama program tuu  Projek ‘Ombak Hijau’: ‘Program Pengakap Tanam Pokok Serentak Negeri Perak Dan Malaysia’. saya dan 11 rakan yang lain (Ira , Abby , Miera , Syahir , Ter , Ayoy , Faqeh , Cupot , dan 3 student form 2 ) telah ikut program ni . program ni dibuat kat Kuala Gula , Perak . setiap daerah ada hantar satu wakil sekolah . based on nama program tuu , kami telah pun berjaya semai dan tanam anak pokok bakau kat Kuala Gula . ohh lupa nak kasi tau tarikh . program tuu dibuat pada 21-22 September 2012 . 

kami telah memulakan perjalanan pada petang hari Jumaat 21 September 2012 . kami pergi naik 3 buah kereta . 2 kereta cikgu yang drive . satu lagi , Syahir drive . (guna kereta cikgu Rahma) . sampai kat Kuala Gula dah nak dekat senja dan kami terus check in kat asrama SK Kuala Gula . lepas dinner , kami pun mulakan program malam tuu . antara program malam tuu , kami diberi penerangan tentang pokok bakau , macam mana nak semai , tanam , keadaan dia macam mana , langkah keselamatan and macam macam lagi laa . lepas dah selesai tuu semua , kami ada buat 'night walk' . lepas tuu balik bilik , terus tidur . ZzZzZ . . 
sebelum bertolak

sampai kat SK Kuala Gula
dengar penerangan
night walk

esoknya , lepas dah bersiap siap dan melakukan istiadat pagi , kami telah dipecahkan kepada 2 kumpulan . satu kumpulan akan buat aktiviti semaian , lagi satu akan tanam pokok bakau kat lapangan . dah siap , tukar pulak . adil la kan . haha . lepas dah diberi penerangan ringkas , kami pun mula laa bergerak ke lokasi . ohh , kumpulan saya merupakan kumpulan yang kena buat aktiviti semaian dulu , so kami pun bergerak laa ke tempat semaian . .

kumpulan yang buat aktiviti semaian


sebelum nak semai anak pokok bakau tuu , kami kena masukkan lumpur kat dalam planting bag . lumpur tuu , MasyaAllah , bau gila ! pungent ! nak tak nak kena laa buat kan . mula mula memang rasa nak muntah , tapi bila dah dapat biasa dengan bau tuu , takde apa dah . sorang kena masukkan lumpur kat dalam 5 planting bag . lepas dah selesai bubuh lumpur , kami mulakan laa aktiviti semaian . senang je cara semainya . cucuk je dia punya benih pokok , dah siap . simple as 1 , 2 , 3 . .

packing + main lumpur :)
semai anak pokok bakau . cucuk cucuk je :)
benih yang kami semai ni , kena tunggu kalau tak silap 3 bulan baru boleh tanam kat lapangan . tapi yang kami nak tanam kat lapangan tuu , dah cukup umur untuk ditanam . ni hanya untuk pengetahuan dan cara cara untuk menanam sebatang pokok bakau . rasanya cukup dulu kot . in shaa Allah esok saya sambung kisah kami tanam anak pokok bakau pulak . hehe . 


                                              Okay , that's all for now
                                                      Thank You

                                                   Assalamualaikum 

2 comments:

  1. sukanya dpt g kem pengakap..:) teringat zaman skul2 dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah , kann . . best kem ni . rindu nak sekolah balik . hehe :)

      Delete