Sunday 27 January 2013

Kenangan : Kempori Pengakap Peringkat Negeri Perak ; Semai dan Tanam Pokok Bakau (Part 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera . .

ni nak sambung balik kisah kenangan saya pergi semai dan tanam pokok bakau . 

lepas dah semai benih pokok bakau , kami pun bergerak laa nak pergi ke lapangan untuk tanam anak pokok bakau . nak pergi ke lapangan tuu , kami kena naik bot . sementara tunggu kumpulan yang lagi satu sampai dari lapangan , kami pun lepak lepak laa kat tepi jeti . bila group yang pergi tanam tu dah sampai , kami pun get ready laa dengan pakai jaket keselamatan dan terus naik bot , pergi ke kawasan lapangan . perjalanan ke lapangan cuma mengambil masa selama lebih kurang 15 minit . orang yang bawak bot tuu saje je bawak slow slow sebab nak bagi kami tengok view sepanjang nak ke lapangan tuu . setiap satu bot ada seorang yang berpengalaman dalam menanam pokok bakau ni . mak cik tuu kami panggil Mak Long (dia yang gelarkan diri dia Mak Long) kalau ada apa apa yang tak paham ke , nak tanya soalan ke boleh tanya kat Mak Long ni . Mak Long ni sporting habis . best sembang dengan dia . macam dah lama kenal je .

bersiap untuk ke lapangan :)


dalam bot menuju ke lapangan :)

Mak Long yang sporting :D
bot pegawai


antara view sepanjang perjalanan ke lapangan
                                       



sampai ke tempat yang dituju , kami pun turun dari bot dan bergerak ke lapangan . punya la susah nak jalan sebab kaki tenggelam dalam lumpur . terpaksa laa berpaut dengan kawan yang lain . kat kawasan lapangan pulak , memang kawasan lumpur je laa . dalam dia boleh sampai ke lutut . kalau dah sampai lutut tu memang kena mintak tolong kawan laa suruh tarik . maka , kami pun tanam laa anak pokok bakau seperti yang dah diterangkan . lepas habis tanam pokok bakau , ada lah seorang Hamba Allah ni (group saya jugak) pergi main baling lumpur . pada hal pegawai kat situ dah bagi amaran jangan main baling lumpur , takut terkena kat anak pokok bakau tuu, tapi dia pergi baling . saya bengang and terus kejar dia , konon balas dendam laa . nasib baik kena . haha padan muka ! dah selesai semua , kami pun bersihkan diri dalam air , naik bot and terus balik ke jeti . 

#gambar semasa tanam pokok bakau tak ada sebab tak dibenarkan bawak kamera ke kawasan lapangan atas sebab sebab keselamatan #

bergambar kat jeti bersama Mak Long :)
 

lepas dah selesai semua aktiviti semai dan tanam , kami pun balik ke bilik , bersihkan diri , makan tengah hari , kemas kemas barang dan get ready untuk majlis penutup pada petang tuu . saya dengan 4 lagi ahli pengakap dari sekolah lain telah dipilih untuk membaca deklarasi masa majlis penutup tuu . petang tuu , majlis perasmian penutup telah diadakan dekat Kuala Gula Sanctuary Resort . dalam majlis penutup tuu , peserta diberi sijil penyertaan dan Syahir jadi wakil untuk terima sijil tuu . majlis tersebut selesai dalam pukul 6 gituu . lepas dah masukkan barang dalam kereta , kami plan nak pergi Zoo Taiping Night Safari . selepas semua orang setuju , kami pun bergerak ke Zoo . lepas dah puas tengok binatang binatang , kami pun balik laa dan sampai kat Bidor lebih kurang pukul 1 pagi . fiewww , memang penat tapi berbaloi dapat join aktiviti macam ni . . it is a very interesting experience . . memang satu kenangan yang best sangat untuk dikenang ! terima kasih kat Cikgu Ridzuan , Cikgu Rahma and Cikgu Zalida sebagai guru pengiring kami :)
get ready nak pergi majlis penutup bersama Ira :)
tengah dok baca deklarasi
bergambar lepas majlis penutup :)
nak balik dahh

cikgu cikgu pengiring
                                                          


                      
                                              Okay , that's all for now
                                                      Thank you

                                                   Assalamualaikum

6 comments:

  1. ehh.. pengakap jugak? sama lagi.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah pengakap jugak . hehe salam pengakap kimi ! haha :D

      Delete
  2. Woooo..! Syok gilo noh hangpa smua.. Bukan maen skan lg.. Hahaa! Cm ni gaya nyer trip pengakap..? Hhmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang syok gila ! hehe . so apa lagi , join la pengakap :)

      Delete